Sabtu, Ogos 25, 2012

2nd day Raya Pt 1

Abang yang ambik gambar.

Pada Hari Raya ke dua, kami sekeluarga mendapat jemputan "maha istimewa" daripada rakan blogger tegar, si LW! Jemputan pukul 11 pagi tak aku sia-siakan sebab LW kata dia nak masak beriani dan pasta yang mana kedua-duanya merupakan favourite aku. Selain daripada tu ada pulak ditambah dengan nasi himpit dan kuah kacang yang kesemuanya dibuat sendiri. Rating aku bagi, almost perfect...memang sedap dan aku mengucapkan berbanyak terimakasih kerana menjemput aku sekeluarga melawat rumah LW dan menikmati juadah terhebat abad ini!

King size bed

Daripada rumah LW, aku bergegas ke Damansara pulak sebab aku ada buat booking di Royal Bintang Damansara yang baru saja 5 minggu dibukak katanya. Rate yang ditawarkan ialah "special rate". Aku ambik 2 bilik, connecting. Sekarang kalau nak kemana-mana aku kena booking sampai 2 bilik sebab abang dan yuya dah besar dari dulu dan memerlukan sedikit privacy. Kalau nak cramp satu bilik, kesian kat aku sebab selalunya akulah yang akan kena tidur kat atas lantai! Aku yang bayar aku yang tidur kat bawah! Kalau depa kesian kat aku, depa bagilah TOTO satu! Hahahahahaha....tapi this time, selepas penat bekerja, dan kami pulak tak balik kampung, sengaja aku nak bagi family aku happy sikit. Cuti 2 hari tak membenarkan aku pulang ke Penang. Lagipun kalau aku balik ke Penang, maknanya kami beraya cuma ber 5 anak-beranak sebab semua kakak-kakak aku dan abang-abang aku ada kat KL! Kesian jugak kat anak-anak sebab depa tak dak kampung dah! Untuk mengharungi traffic jam selama 6-8 jam untuk balik ke Penang, aku rasa tak berbaloi walaupun rasa macam meriah!


Hollywood twin bed for abang and yuya!

Sekali ni aku berani cakap yang aku sukakan hotel ni. Ini kerana biliknya agak luas (Deluxe), pemandangan mengadap infinity pool yang menarik, susun atur bilik yang kemas, peralatan yang moden serta penataan lampu yang mencukupi membuatkan aku boleh membaca dimana-mana sudut pun didalam bilik ini. Di katil boleh baca, di wing chair boleh baca, di toilet bolet baca, di working table pun boleh baca. Ini penting dan patut diberi perhatian oleh semua hotel yang didalam pembinaan ataupun sedang melalui proses menaik taraf. Tingkap yang luas juga membuatkan penghuni merasakan yang bilik ini lebih besar walaupun aku tak berapa suka dengan sudut atas curtain yang bagi aku agak "heavy" dengan ropol-ropol tak kena gaya berbanding dengan set-up yang senada! Ruang almari baju juga luas dengan lampu automatik diisi dengan seterika dan boardnya sekali melekat kemas di dinding dalam almari. Susun atur amenities minibar tanpa minuman alkohol harus dipuji. Jumlah kopi dan teh uncang mencukupi untuk 2 orang dan boleh diminta dari housekeeping untuk ditambah jika perlu. Bilik air juga luas dan dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama ialah shower area beserta dengan "rain shower" berjenama GROHE diasingkan dengan pintu kaca. Bahagian sinki juga luas untuk tetamu meletakkan toiletries untuk lelaki dan wanita. Lampu di bilik air adalah mencukupi dan jika terlalu terang, sebahagiannya boleh ditutup! Bahagian ke-3 pula ialah toilet yang juga menggunakan pintu kaca. Manakala tingkap sebelah sana boleh melihat terus ke katil tetapi mempunyai lapisan bidai yang boleh menutup terus agar tidak dilihat sewaktu "berurusan". Bilik yang bersambung dengan 2 pintu kedap suara juga sama susunannya kecuali jenis katil yang berbeza!


Yuya enjoying a movie..

Abang, Yuya dan Marina suka sangat dengan arrangement aku pada raya tahun ni. Depa kata kalau tahun depan pun lagu ni bagus jugak! Kami relax dulu dibilik selama 2 jam sebelum cucu menakan aku sampai. Kayla dan Izatt sampai pukul 4 petang manakala Kak Anne yakni nenek depa berkesempatan berhari raya. Aku baby sit depa! Hahahahaha...Baby sit depa ni tak bermakna aku duduk dibilik jaga depa.....aku bawak budak-budak tu semua turun ke tingkat satu dan bagi depa main "ice skating". Ini lah satu-satunya hotel yang mempunyai ice skating rink didalam hotel! Konsep yang sangat menarik. Ada beberapa restaurant di hotel ni, tapi aku rasa ini semua tak perlu sebab tetamu mempunyai pilihan yang lebih banyak di The Curve! Cukup setakat satu All Day Dining dan satu lagi Lounge. Kalau ada pun restaurant lain, baiklah di convertkan menjadi "function room". Aku rasa itu lebih banyak kegunaannya.


Meanwhile, Marina sibuk buat homework!

Sesampainya Marina dibilik, dia sibuk mencari pensel. Aku tanya nak buat apa? Dia jawab nak buat homework! Amboi rajin sungguh "anak dara" aku sorang ni! Abang dengan Yuya tak pernah pun teringatkan homework...aku pulak yang selalu dok ingatkan depa! That reminds me bahawa esok pagi aku kena check buku sekolah depa satu persatu! Tapi jangka hayat Marina buat homework tak lama sebab bila cucu menakan aku sampai, depa semua kalut nak turun bawah pi skating...adoiii....aku bawak depa turun ke tingkat satu. Sementara aku dok melangut tengok depa jatuh-bangun, aku pekena mocha coffee sebab aku dah tak tahan sejuk. Actually bukannya aku tak tahan sejuk, tapi aku tak prepared dengan cuma memakai t-shirt dan seluar jeans. Tak cukup tu!

Baby Papa!

Selama 2 jam depa dok main tu, aku dah berpuluh kali berulang pi toilet. Hahahahaha.....takpalah...biar depa seronok...aku kecut tak pa....ice skating rink disitu taklah sebesar mana tapi memadailah untuk beginners macam anak-anak aku. Tapi surprisingly, lepas 30 minit, depa dah meluncur sendiri tanpa bantuan dari sesiapa. Railing pun dah tak payah pegang lagi! Hebat sungguh budak-budak ni. Kalau tiap-tiap hari macam ni, aku rasa next winter olympics depa boleh lah mewakili negara! Ramai jugak budak-budak melayu yang tak balik kampung datang ke situ. Sewaktu aku dok "keras" menanti depa, aku panjangkan kaki melewati "connecting bridge" dan rupa-rupanya aku berada didalam kawasan The Curve. Mak aiii...dekatnya....sangat convenient untuk istirehat selama sehari!


"There's light at the end of the road!"

The next day tu sewaktu aku turun nak bersarapan, aku terkejut bila aku ditegur bila aku sampai di entrance restaurant. Aku langut dan ternampak muka bekas pekerja aku dilangkawi dulu. Dia senyum....katanya dia dah agak yang aku menginap disitu daripada senarai nama tetamu yang akan turun breakfast. Kami bersembang sekejap sebab dia busy dengan tetamu-tetamu yang lain. Adoi...mana aku nak lari nanti pasai hampir kesemua hotel yang dok ada ni especially di KL, aku akan jumpa former associates aku. Tapi alhamdulillah walaupun depa ni dok kena jerit dan marah daripada aku, depa ni setiap kali aku jumpa dan tanya, depa bagitahu pasai kena jerit dan kena marah lah depa dapat naik pangkat....aik, pun ada lagu ni? Alhamdulillah! Senang aku dengar dan tengok depa yang semakin lama semakin serasi bekerja di hotel!

Ok people, dah nak julin bijik mata aku. Have a nice weekend and Selamat Hari-Hari Raya!


12 ulasan:

kakcik berkata...

Selamat berhari minggu Shah. hujan lebat pagi ini di Ampang. Sambung tidur sedap ni...

norh berkata...

Uncle, nak duit raya.. ;)

azieazah berkata...

Wahhh seronoknya beraya cara UNCLE sefamili ni, kan? Menghabiskan masa di luar rumah bersama keluarga, wpun takda kampung. Apa nak buat ye tak Uncle?

Nampak sungguh, hotel dan diri Uncle tak boleh dipisahkan lagi dah...Beli la satu Uncle, buat istana hinggap. Heh heh heh!

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Sedap sungguh hujan pagi ni nooo...jadual asal nak ke gym tapi terpaksa ditukar. Saya ke kubur arwah mama instead.....2 jam terasa yang mama sangat dekat dengan saya....
cuaca mendung,
hujan gerimis,
hati menangis!

Uncle berkata...

Salam Norh.
Boley...boley...teringat lagu raya Jalil Hamid! Hahahahaha...

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Macamana nak pisahkan saya dan hotel....dah lebih 25 tahun dibidang ni...beli satu? Saya lebih nyaman menguruskan kepunyaan orang lain...insyAllah!

rezeki berkata...

salam uncle

sama lah kita,saya melepak kat penang raya ni hehehe

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Alamak, kat Penang pulak? Orang Penang pon tak balik Penang! Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir dan Batin!

awang berkata...

salam, pak cik

Waaaa pak cik sambut hari raya kat hotel, saya pun berhari raya kat hotel juga, tapi berbeza sedikit sebab saya kena bekerja, hehehe,,,

Uncle berkata...

Salam Awang.
Alhamdulillah...bagi anak-anak happy sikit...kesian depa la ni tak dak kampung lagi dah!

The Singing Pilot berkata...

Happy raye uncle

Lady Windsor berkata...

Salam uncle,
aaa over aaa kata hidangan yang maha hebat tu..hahaha saya masak sempoi jer...itu pun kecut hati nak jamu manager hotel dan anak buahnya..maklumlah saya ni bukan tukang masak..kehkehkeh! okeh len kali boleh mai lagi yer..

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...