Rabu, Ogos 22, 2012

1st day Hari Raya 2012

Marina kecoh nak tudung...

Macam biasa, kami tak tukar curtain, tak tukar sofa, tak tukar kereta dan dan tukar apa-apa....semuanya masih pakai benda-benda yang sama...Infact baju melayu pun tak bertukar kami anak-beranak! Hahahahahaha.....pasal apa nak tukar sedangkan semuanya masih suci murni dan dalam keadaan baik? Seluar baju melayu aku, macam biasalah....pakai getah elastik, jadi aku tak perlu tukar selama 5 tahun! Malam raya, lepas kami anak-beranak masukkan kuih dalam balang, anak-anak main bunga api, kemas rumah sikit, kami cuma duduk melepak menikmati keindahan dan kesyahduan malam raya di balcony rumah. Ramai neighbours dah balik kampung dan banyak rumah yang dah kosong. Tapi di musim perayaan ni, security ditambah beberapa orang lagi. Jadi pada yang balik bercuti, depa taklah risau sangat. Dalam masa yang sama jugak, tidak ada "movement" dari segi lori masuk keluar dll sebab takut depa angkut dengan rumah-rumah sekali!
Macamana boleh senyum ni? Selalu bertekak depa 2 ni!

Di pagi raya yang syahdu, kami bangun awal. dan menyucikan diri. Marina dah tak sabar nak semayang raya dengan abang-abang. Tudung dah beli kat Ampang Point sehari sebelumnya. Pukul 8 pagi kami mula bergerak dari rumah. Alaaa...taklah jauh pun. Kalau jalan ada lah dalam 5 minit. Masjid masih lengang dan yang ada cuma tok imam dan ahli jawatankuasa masjid. Aku duduk belakang sekali sebab aku bawak Marina dan tak mahu jemaah lain terganggu. Muka Marina nampak bercahaya sebab ni lah kali pertama aku bawak dia berjemaah beramai-ramai. Tepat pukul 8.30 pagi, semayang pun bermula. Mata Marina liag dok tengok kiri-kanan. Sat-sat dia toleh kat aku....sat-sat dia buat muka kat aku...sat-sat dia cuit abang...nakal gila! Marina ni pulak kalau orang tak biasa tengok dia, depa akan kata, "isshhhh, baik sunggoh budak ni...". Tapi bila dia ada dirumah, abang dengan yuya termasuklah aku sekali akan jadi letih melayan dia cakap...macam "popcorn" mulut dia...dari mula dia celik mata sampailah dia tidur malamnya...

Alamak...blurr laaa...

Lepas semayang raya, aku bergegas balik kerumah. Berkumpul sekejap, anak-anak beratur sambil memohon maaf dan mencium tangan, merupakan saat yang sangat syahdu. Dalam hati aku terdetik isshhh cepat sungguh depa ni membesar...Macamanalah gamaknya bila sorang-sorang mula meninggalkan kami nanti! Pergh....syahdu ada.....ngeri pun ada! Hahahahahaaaa. Lepas selesai semua, aku terus bertukar pakaian, capai beg dan bergegas ke hotel pulak. Ada Hari Terbuka Raya yang mesti aku handle. Total guest ialah 700 orang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun half way through, hujan turun mencurah-curah. Keluarga aku datang ke rumah terbuka, makan sikit dan tiba masa untuk aku hantar depa kerumah kakak aku yang berdekatan pulak. Adoi Kak Anne buat beriani daging...darrrcha.....macamana aku tak makan? Habislah diet aku macam ni! Semuanya selesai dalam lebih kurang pukul 6 petang. Aku pack kan barang, pecut balik Ampang. Pukul 8 nanti aku nak bawak semua tengok cerita PARA NORMAN pulak! Aku sampai rumah pukul 7 malam. Letih punya pasal aku terlelap sampai pukul 7.20pm. Aunty kejut aku dan bagitahu anak-anak dah ready nak tengok wayang....aku bangun, mandi, pakai baju, terus bawak depa ke MBO Ampang. Satu-satunya panggung kat Malaysia ni yang tak pernahnya full walaupun cerita BLOCKBUSTER! Kami adalah antara 10 orang yang menonton waktu tu...amacam, bestkan? Hhahahahahaaaa...

WIWIT lah tu...dah 4 tahun dengan kami nak masuk tahun ke 5!

Lepas  tengok wayang, depa tak mahu balik pulak.....depa nak pi minum dulu dan ronda-ronda kat KL. Macam biasa, "Saya Yang Menurut Perintah" terus lah pusing-pusing KL. Bagi depa happy. Apa lagi aku nak tengok selain daripada tengok depa seronok adik-beradik....Takpa, biaglah aku susah sikit...biaglah aku naik moto cabok pi balik pi balik asalkan makan-minum depa, pakaian depa, pelajaran depa tak terabai.......

Ada pulak terselit kat tengah!

Sambil pusing sambil aku dok mencari manalah Hotel Grand Hyatt ni? Bila aku masuk ke Impiana Hotel, rapat ke kiri dan bagi signal, aku berhenti sekejap dan tengok....pergh..."gah" sungguh hotel ni....habislah hotel-hotel lain yang dok ada sekeliling tu....kuranglah business depa nanti! MO? IMPIANA? TRADERS? Akan keciklah kek depa bila dah kena share ramai-ramai nanti....selain daripada tu, yang selalunya menjadi igauan ngeri pada pengusaha-pengusaha hotel ialah, habislah staff depa akan lari ke hotel baru nanti....aku dengar pulak, "perks" depa kat sana sangat menarik! Fuyooo....tiba-tiba screen kereta aku diketuk orang. Aku toleh dan nampak muka security guard yang begis suruh aku jalan.....hahahahahahahaaa....."Sorry Baya!!"

Abang kontrol macho...

Jam dah manunjukkan pukul 11 malam. Anak-anak tak mahu balik lagi walaupun aku dah dengar abang dengan yuya dah berdengkur! Woit, mana lagi nak pergi ni? Aku cilok masuk kat RAWSHA. Dan aku bagitahu kat anak-anak yang nanti aku akan bawak depa makan kat sana. Tapi mesti lunch dan bukannya dinner! Aku ada sebab nak pergi lunch instead of dinner! Hahahahahahaaaa....

Alamak, hemmsemmm pulak budak ni...anak sapa ni?

Dari semalam lagi henpon aku aku asyik berbunyi. Sampai penoh inbox aku. Dari merata-rata aku dok dapat sms raya. Alhamdulillah depa masih ingat kat aku walaupun aku pun dah lupa kat depa! Last-last masa nak tidoq aku pi letak "silent mode" sebab kalau tidak, sampai ke sudah aku tak tidur! Anyway, terimakasih banyak-banyak sebab menghantar sms raya kat aku walaupun aku kadang-kadang terlupa sapa yang hantar! Hahahahahahaha.....OK people, have a good horey-horey raya week....jangan terlebih makan.....jumpa lagi dalam posting aku yang akan datang...yang tu aku akan cerita pasai aku pi check-in kat hotel baru di KL ni dengan family! Amboih....macam orang kaya-kaya!

14 ulasan:

kakcik berkata...

Salam Aidil Fitri buat Shah sekeluarga. :)

norh berkata...

Salam aidilfitri uncle

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga!

Uncle berkata...

Salam Norh.
Salam aidilfitri jugak buat anda sekeluarga!

Ibu n Abah berkata...

selamat menyambut hari raya uncle...
(baru nampak wiwit... namanya dah dikenali lama dulu...)

Uncle berkata...

Salam Kak.
Wiwit tu dah 4 tahun saya nak ambik gambaq dia tapi tak dapat...maklumlah...pemalu orangnya!

faradia berkata...

Salam uncle..
Selamat hari raya..maaf zahir batin..sy pun ske g MBO..tiket murah tp makanan cm mahal skit.. kalu nk jmat beli makanan..bole beli kt UO kt bwh...hehe

Uncle berkata...

Salam Fara.
Eh jangan beli kat UO.....ada sekali tu Uncle beli Twisyies kat mamak dekat lift mbo tu tapi ditahan petugas...katanya tak boleh bawak makanan luar....Uncle pikir, eh betul jugak! Lupalah...

faradia berkata...

Salam uncle...

Sebab 2 ramai org bw beg masuk mbo...hehe

Uncle berkata...

Salam Faradia.
Oh ya ka? Ishhh depa ni....btw, kalau tak malam ni, esok Uncle nak bawak depa tengok wayang sat.....Ice Age kot....bagi Marina happy!

faradia berkata...

Salam uncle..

Best ye..da lame x g tgk wayang...boleh la aunty bw beg..hehehe..have fun...

Uncle berkata...

Salam Fara.
Alamak...Ice Age dah habis lah! Tak sempat nak tengok! Nevermind...cerita lain banyak lagi....

azieazah berkata...

Lawanya baju raya sedondon kaler biru lembut. Sejuk mata tengok. Auntie jahit kah?

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Semuanya tempah baju tahun lepas tu....baju raya Marina, aunty yang buatkan!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...