![]() |
| Puteri Harbour for tea
Lepas lunch kami berangkat ke salah sebuah masjid berdekatan yang disebelahnya ada taman dan kolam ikan yang besar. Jangan tanya aku lokasinya dimana. Aku kagum melihat kipas dengan bilah besar. Patutlah sejuk! Yang juga menarik perhatian aku ialah sewaktu nak mengambil wuduk, ditepinya ada sebuah peti ais berpintukan cermin sama seperti di restoran mamak. Didalamnya ada tapai dan air mineral memenuhi ruangan setiap shelves. Aku cari tempat untuk membayar ataupun kotak untuk dimasukkan wang. Tak ada....Di pintu peti ais tersebut ada sebuah nota yang dilekatkan. Nota itu bertulis, menjemput tetamu rumah Allah untuk makan dan minum seadanya. Apa yang ada didalam peti ais tersebut ialah sedekah daripada masyarakat setempat. Aku pasti setiap hari ada yang bersedekah disitu. Aku kagum.....idea bernas dan niat yang amat murni!
Lepas solat dan makan tapai serta minum air mineral, kami bergerak lagi ke satu destinasi yang aku tak tahu dimana. Tapi namanya Puteri Harbour. Cantik kawasannya. Ramai pelancong disitu. Rupanya "Hello Kitty" pon ada kat situ.Pemandangan amat mengagumkan. Kami naik ke tingkat atas yang bersebelahan dengan salah sebuah hotel. Ada bar, lounge, swimming pool dan observation deck. Kami duduk di lounge sambil memesan minuman. Bersembang sakan sampai tak ingat dunia. Lounge menjadi kecoh hanya dengan kami. Mat salleh yang tengan mandi pon heran! Hahahahahahaha....Hampir satu jam setengah kami disitu dan kami harus bergerak ke destinasi lain. Dalam perjalanan pulang ke hotel, ada message masuk ke dalam group whatsapp kami bertanya samada kami nak berhenti makan goreng pisang cheese! Pergh, penyamun ni semua memang gila! Kami meneruskan perjalanan ke Pine Studio (betul ke nama ni?) tapi malangnya ia ditutup kerana ada penggambaran. Kami hanya berfoto diluar sebagai 'syarat' yang kami dah sampai!
Sampai di hotel, berehat sebentar, mandi dan bersalin pakaian. Tepat pukul 7.30 kami bergerak sekali lagi ke rumah salah seorang rakan kami si Ad yang menyediakan bbq dinner! Ini trip gila.....Kami semua terpegun dengan menu yang dihidangkan malam tu. Tak ada nasi. Yang ada ialah ubi kayu rebus, sambal, ayam dan ikan bbq. Mak aiii.....pengsan aku. Kami memang dah lama tak makan ubi kayu. Aku berani kata yang sebahagian kami dah agak bertahun tak makan macam tu! Walaupun perut masih kenyang, malam tu kami makan macam seharian berpuasa! Semuanya sedap. Kopi O pon sedap sampai tambah berjag-jag!
![]()
BBQ dinner
Aku rasa neighbour kawan aku tu mesti bertanya pada diri sendiri, bilalah budak-budak ni semua nak bersurai? Punyalah bising nak mampus! Hahahahahahaha......Aku rasa dalam pukul 10 malam kami dah memohon izin untuk bergerak pulang ke hotel. Bahaya duduk lama-lama takut bersambung dikedai kopi berdekatan pulak! Dengan rasa berat hati dan perut yang amat berat, kami memohon izin dari tuan rumah untuk beransur. Bersalam bagaikan tak jumpa esoknya.....ada yang berpeluk sampai 2-3 kali! Hahahahahahaha.......Perjalanan pulang mengambil masa selama 30 minit. Sampai dihotel sempat lagi bersembang di lobby. Cerita lagi. Woit, bukan sepanjang hari dah duduk bercerita ke? Dari satu cerita ke satu cerita yang lain. Tak kering gusi kami ketawa. Bila dah tak boleh ketawa, kami tahu yang kami harus balik ke bilik dan tidur...hahahahahahahahaha.......penyamun betul budak-budak ni....
Ok semua, aku sambung lagi nanti mingu depan bercerita tentang hari terakhir kami di JB. Sekarang aku nak bersiap sedia untuk ke Bangi dulu sebab ada pertandingan Futsal Sdara 2016 yang bakal berlangsung sebentar lagi. Batch 85 dah dimasukkan ke dalam group "LEJEN". Hahahahahahahaha.....
|
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, November 26, 2016
Sdara 85 ke Selatan Day 2
Khamis, November 10, 2016
Sdara 85 ke Selatan Day 1
![]() |
| Ini Chelayer the Slayer!
Nanti bila-bila aku pree, aku sambungkan lagi. Ni baru arrival day kan......belum second and third day.....lagi haru-biru!
|
Sabtu, Oktober 29, 2016
Sibuk betul kali ni!
Jumaat, Oktober 21, 2016
Pembinaan Hotel Kecil (bah 7)
Selasa, Oktober 11, 2016
Short Break..Bali
Minggu ni aku stop cerita pasal hotel sekejap. Beralih topik sikit kepada apakah aktiviti aku minggu lalu...
Maya Muchtar and me!
Rabu lalu aku berangkat ke Bali buat kesekian kalinya. Kali ini aku dah merancang untuk bertemu beberapa orang sahabat yang dah lama aku tak jumpa dan aku tahu mereka berada di Bali. Perancangan mesti teliti. Aku sampai betul-betul pukul 12.20pm seperti tertera di kepingan tiket. Mulanya aku ingatkan flight pukul 12.20pm. Jadi aku book teksi pada pukul 9.30am. Sehari sebelum berlepas, aku check tiket sekali lagi dan kali ini aku baru terperasan yang 12.20pm ialah 'arrival time' aku di bali dan flight aku sebenarnya ialah pada pukul 9.20am! Kelam-kabut aku talipon teksi untuk tukarkan waktunya! Hahahahahahahaha...
Aku mahu mencuba Malindo. Ternyata ianya amat memuaskan. Lebih baik daripada saingannya. Lebih leg room dan servicenya bagus serta ada makanan yang dihidangkan walaupun hanyalah 2 keping roti bom dan kuah dhal vegetarian. In-flight movienya juga bagus. 2 jam berlalu tanpa aku sedar. Aku memang akan menonton movie jika kemana-mana kerana lebih mengasyikkan. Beberapa in flight movies dan aku pun dah nak sampai.
Sesampainya aku di bandara (airport) aku disambut oleh Hamidi. Rakan lama aku yang dah 5 tahun bertugas di Kuta. Beliau terkejut melihat aku yang hanya ber tee lusuh jenama hrc, seluar separas lutut dan berselipar. Hamidi tanya mana luggage aku. Aku jawab mana ada......satu beg kecil dan satu beg sandang saja yang aku bawak..dia geleng kepala. Hahahahahahaha....Hamidi ni jugaklah yang bersama aku dulu di Jakarta dan Shanghai Marriott serta di Saudi Arabia. Kenal sangat dengan perangai masing-masing! Aku sering travel begitu. Tak suka mengusung pelbagai keperluan hingga sarat!
Jumaat, September 30, 2016
Pembinaan Hotel Kecil (bah 6)
Assalamualaikum kepada semua yang masih setia membaca cerita-cerita aku. Tempat kerja aku kini telah masuk ke fasa terakhir pemindahan barang-barang. InsyAllah dalam masa beberapa hari saja lagi kesemuanya akan dihantar ke lokasi rahsia. Setelah itu, kerja-kerja pembinaan akan bermula. Ia akan bermula dengan memecahkan apa yang patut.....Aku akan update dari semasa ke semasa dengan harapan ia bakal membantu adik-adik diluar sana untuk melihat dan mengetahui dengan lebih mendalam kerja-kerja pembinaan hotel yang bermula daripada 'kosong'.
Didalam cerita-cerita yang lalu, aku sedikit-sebanyak menyentuh mengenai jabatan-jabatan didalam sebuah hotel kecil yang perlu ada. Jika adik-adik merancang untuk membina hotel besar, ada beberapa jabatan lagi yang perlu ditambah. Tetapi untuk projek kali ini, biarlah kita mula dengan scale yang kecil. Jabatan itu nanti boleh kita gabungkan kemudian. Contohnya, human resources, finance, security dan beberapa lagi.
Ada beberapa rakan-rakan aku yang anak mereka sedang mula mencari tempat untuk latihan amali. Disini aku berikan sedikit pandangan mengenai permohonan. Oleh kerana aku dah lama tidak melakukan kerja-kerja amali, maka aku dah lupa proses yang berlaku diantara pihak Hotel School dan Hotel penerima itu. Sewaktu aku belajar di sana dulu, kesemua hotel schools mempunyai pegawai (placement officer) yang bertugas untuk menempatkan para pelajar ke hotel-hotel yang telah disediakan. Itulah tugas mereka. Jadi kami cuma harus pergi menghadapi temuduga sebelum diterima masuk. Banyak juga permohonan yang ditolak!
Kepada adik-adik yang berada di sekolah, kolej, universiti tempatan, aku tak pasti. Mungkin juga ada yang harus memohon sendiri. Jika ini berlaku, aku syorkan agar adik-adik beranikan diri untuk terus ke hotel dan pergi ke Human Resources Department. Berpakaianlah dengan sopan. Bawa segala sijil dan surat rujukan yang ada bersama-sama dengan adik-adik (untuk mengelak daripada melakukan 2 kali kerja). Jangan lupa foto adik-adik sama. Bila di HR, bacalah papan kenyataannya. Jika tidak ada apa yang menarik, adik-adik ketuk dan masuk ke dalam pejabat. Beritahu pegawainya dengan secara sopan apa kehendak adik-adik. Isilah borang jika perlu. Tanyakan dan catatkan nama pegawai berkenaan untuk rujukan panggilan seterusnya. Serahkan sijil-sijil yang adik-adik bawa tadi bersama surat permohonan yang telah diisi. Pastikan kesemua sijil yang adik-adik bawa adalah salinan dan telah disahkan.
Seminggu selepas itu adik-adik boleh membuat panggilan ke hotel tersebut dan merujuk semula. Ini dilakukan jika adik-adik tidak mendapat panggilan daripada pihak hotel. Ini bukan terhegeh-hegeh namanya tetapi menunjukkan adik-adik memang berminat.
Minggu depan jika tidak ada aral melintang, insyAllah aku akan ke Bali sebentar. Ada beberapa perkara yang aku mahu selesaikan disana. Bertemu rakan-rakan perhotelan bakal memberikan aku gambaran yang lebih jelas mengenai halatuju pelancongan serta trend-trend terbaru kini. Ramai para hoteliers yang pernah belajar di suisse dulu kini akan berkumpul di Nusa Dua, Bali. Tak sabar aku untuk bertukar-tukar fikiran dan mendengar pengalaman mereka. Doakan agar aku sihat sewaktu disana selama beberapa hari agar dapat aku bergaul, bertukar idea, berbincang mengenai teknologi serta sistem (booking engines, reservations system, marketing strategies) hotel terbaru dan sedang dipraktikkan sekarang. Aku tak sabar dan pastinya bertemu rakan-rakan lama yang sealiran bakal membuatkan adrenalin aku bergerak bertambah kencang....Have a wonderful long weekend people!
Selasa, September 20, 2016
Pembinaan Hotel Kecil (bah 5)
Langgan:
Catatan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Ini merupakan route saya pergi dan balik kerja setiap hari. Dah lama saya nak berhenti dan ambil gambar tetapi oleh kerana jalan aga...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
(aku nak buat macam nilah kat pintu bilik aku!) (terpacak dessert aku) (traditional fool@ful container) (cold cut biasa2 ja) (entrance aku) ...














