Selasa, Januari 29, 2008

Cuti di KL

Lebih kurang 3 minggu aku berada di KL, agak banyak aktiviti bersama keluarga yang dapat aku lakukan. Yang paling gembira tentulah Azumi dan Yuya. Marina masih belum mengerti banyak maklumlah belumpun 2 tahun umurnya. Semua kehendak mereka cuba aku turuti termasuklah tidur lambat pada hari Jumaat dan hari Sabtu! Yuya walaubagaimanapun akan terlelap dikerusi pada pukul 9 malam walaupun siang tadi beria-ia benar dia tak mahu tidur. Azumi, memang tahan orangnya. Sanggup bersengkang mata sampai pukul 1 pagi bersama-sama aku menonton Astro. Aku gembira dapat menghabiskan masa bersama-sama mereka walaupun aku tahu yang Wakana tak berapa setuju kalau mereka tidur lambat. Alah.....sekali je....namun ia tetap berlarutan selama aku di KL!

Hari minggu yang lepas aku menghantar kedua-dua anak lelaki aku ke kelab bolasepak mereka sama seperti hari-hari minggu yang lain. Setelah selesai latihan, Coach R memanggil kesemua ibu-bapa dan meminta jasa baik kami supaya bersetuju untuk beliau menambah jadual latihan kerana memandangkan kejohanan bolasepak peringkat umur telah pun banyak didalam kalendar tahun 2008 bermula pada bulan Februari nanti. Aku bersetuju tetapi aku berpesan kepada Azumi dan Yuya supaya pelajaran tidak diabaikan. Kalau tidak, latihan di kelab akan aku batalkan serta-merta. Azumi berjanji yang dia akan belajar bersungguh-sungguh bukan kerana takut terkandas ddalam pelajaran tetapi lebih kepada takutkan tak dapat menghadiri latihan bolasepak!

Kami menonton wayang bersama. Sempat aku membawa mereka menonton Alvin and the Chipmunks dan beberapa buah filem lagi. Menonton DVD berjudul "Bee Movie" lebih memuaskan hati aku kerana semua dapat menonton bersama-sama sambil berbaring didepan TV (my favourite pastime with the family). Agak memeranjatkan bahawa Marina jugak tidak bergerak-gerak menonton bersama kami. Mungking karektor ataupun rupa bentuk lebah@tebuan itu sendiri sungguh lucu ataupun menarik dimata Marina.......gelak ketawa mereka membuatkan aku berasa seperti aku tidak mahu mereka membesar.....biarlah mereka sebegitu sahaja didepan aku......mana mungkin......masa berlalu begitu pantas. Azumi masih lagi baby, sekarang sudahpun berumur 10 tahun. Dulu sentiasa memegang tangan aku kemana sahaja aku membawa mereka tetapi kini tidak lagi.....sudah tidak menonton siri cartoon lagi, sudah tidak terlenggak di depan TV melayan cerita Ultraman lagi.......wow, inikah aku semasa kecil dahulu?

Menghantar dan mengambil mereka disekolah merupakan rutin harian aku semasa bercuti. Selepas menghantar mereka, aku menghantar Wakana ke tempat kerjanya. Selalunya aku sampai pada jam 8.00 pagi dan kami akan bersarapan bersama-sama kerana dia bermula hanya pada pukul 8.30 pagi. Sudah agak lama kami tidak makan bersama tanpa anak-anak. Sekali-sekala kami memerlukan waktu sebegini...

Apabila bercuti, masalah utama aku ialah makan. Dari pagi sampailah ke malam ada sahaja makanan yang nak aku rasa ataupun terpaksa merasa! Hasilnya, berat aku telah pun naik sebanyak 2 kilo! Hari terakhir aku di KL, kami sekeluarga ke Kampung Baru. Rasanya nak makan masakan melayu. Walaubagaimanapun ia hanyalah indah khabar dari rupa. Makanan tak sebagus mana. Rasanya lebih kurang sahaja dan para pekerjanya tidak bercakap langsung! Bisu mungkin.....ataupun mereka sebenarnya bukan orang Melayu. Mungkin Thai ataupun Myanmar, mana mampu kita menilai kerana semuanya nampak sama. Apa yang aku makan pada hari itu? Pajeri nenas, daging goreng, ikan kembong bakar 2 ekor dan ulam-ulaman. Anak-anak aku ala kadar dan Wakana, kari ikan. Harganya sangat berpatutan. Parking sungguh senang kerana aku kesana pada pukul 11 pagi. Sepulangnya aku kerumah, kepala aku berdenyut-denyut. Sudah sah ini semua gara-gara santan (pajeri nenas) tadi yang aku makan dengan lahapnya. Pada sebelah petang aku teraksa ke klinik untuk mendapatkan ponstan untuk melegakan kesakitan.......

2 ulasan:

A Journal of life berkata...

It is so much fun to spend time with your children... Semakin anak-anak membesar, semakin tua lah kita...

Uncle berkata...

Alamak, janganlah cakap tua.....actually MATURE! Hah3...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...