(fish feeding..budak2 happy!)
(cantik sungguh ikan ni)
(depa panggil bukit gorilla)
(serene...)
(dah besar anak-anak aku)
(masa pergi mangrove tour)
(marina yang ambik gambar orang paling hensem kat pantai chenang!)
(depa tak habis2 cari siput)
(miss chenang..)
(posing ganas....apa nak jadi 10 tahun lagi?)
Amboi seronok sungguh anak-anak aku hari tu. Aku pun tumpang seronok bila tengok depa seronok. Sebenarnya aku pun tak pernah ronda banyak-banyak tempat kat sini. Tapi aku memang dok tunggu depa datang sini sebelum aku pun sama-sama horey dengan depa. Tak lah banyak sangat tempat yang aku bawak depa tapi cukuplah untuk depa balik dengan senyum ataupun mengigau ingatkan tempat ni.
Tapi bila depa dah balik, aku pulak mengigau ingatkan depa! Malam sebelum depa balik aku sempat bawak depa makan kat satu seafood restaurant kat Kuah yang katanya bagus sesangat. Aku sampai kat situ tapi orang masih tak ramai. Cuma ada satu meja Mat Salleh kat situ. Lepas aku, ada family India datang. Lepas tu family Tionghua datang berderet-deret.....kemudian family Melayu pun datang duduk sebelah meja aku. Wah....ni mesti bagus ni...sangkaan aku tak meleset. Memang bagus kat situ. Harganya ok dan makanannya sedap. Bila dah bagus dan sedap, aku pun makan tak ingat dunia. Lepas makan Lala Cili sepinggan besar, aku teringat yang anak-anak aku cuma dok tengok aku makan! Aku cuma perasan kat depa bila sepinggan dah habis! Heh3...kangkung belacan lagi sepinggan pun habis kat aku jugak...malam tu pulak makan chocolate yang abang dan yuya beli. Makan lagi...dan lagi...dan lagi...esok pulak aunty kata nak makan laksa. Aku pecut kereta macam race kat Bahrain. Stop kat depan masjid untuk makan laksa. Laksa dan cendol habis kami bedal. Petang masa nak hantar depa kat airport, kaki kanan aku dah rasa lain macam. Aku heran...berdenyut-denyut rasanya. Sampai kaki kanan aku kena seret masa nak jalan. Pergh...ni kacau ni!
Lepas hantar depa, aku talipon kat staff aku mintak tolong bawak kereta sebab aku dah tak boleh nak tekan minyak. Dia tolong bawak pergi klinik kat Pdg Mat. Tutup la pulak malam tu...banyak-banyak malam dia tak nak tutup pulak! Laju staff aku pecut kereta walaupun malam tu entah macamana hujan turun lebat. Kami terus ke Kuah. Ada satu lagi klinik bukak sampai pukul 10 malam. Dia tengok kaki aku terus dia cakap ni pasal seafood! Aku angguk-angguk kepala. Ish....macamana dia tahu ni? Dia ada bela ka? Dia suruh aku londeh seluar, dia cucuk aku sedas.....dia suruh aku balik. Esoknya aku lega. Masa lepas jumpa doktor dan sebelum aku balik malam tadi, doktor tu sempat pesan kat aku, "Shahrir...bila umur meningkat, makanan kena jaga...". Aku jeling doktor tu siiiaaaap....siiiaaaapppp........malam tu aku tak boleh tidur lelap....kata-kata dia terngiang-ngiang kat telinga aku!
Kat sini aku ada kawan yang aku kata "pandai makan". Bukan pasal apa, kalau cerita pasal makanan apa sekalipun, dia mesti tahu mana nak cari. The next day tu kami bertiga pergi Perak sebab ada urusan. Cerita dalam kereta tak dak lain. Semua cerita pasal makan. Habislah aku sekali ni! On the way nak kesana saja, ada 2-3 tempat kami stop. Makan nasi kandar la....segala! On the way back pulak, kawan aku teringat kat cendol. Kami pecut kereta Myvi laju membelah highway. Sebelum cilok satu selekoh nak ke Kuala Perlis, kami sempat berhenti kat tepi jalan dan makan cendol dengan tapi kat kedai "Joe Cendol". Memang magic sungguh Joe ni. Sedap bagai nak gila!
Lama tak naik bot. Seronok pulak rasa. Aku terlena dan sedar-sedar dah sampai jeti Kuah. Nasib baik ada orang tunggu. Dia tanya kaki aku sihat ka? Aku angguk-angguk. Dah tak larat nak cakap. Bukan pasal letih, tapi pasal kenyang! Sampai bilik, aku naik pelan-pelan. Masuk toilet pelan-pelan...tutup pintu pelan-pelan...naik weighing scale pelan-pelan......jeling pelan-pelan....mata aku terbeliak. Sekali ni aku jerit kuat-kuat.....heh3...
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, Mac 27, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
18 ulasan:
Salam Uncle..
cuba bagi tau apekebenda yang buat Uncle jerit tu..???
muehehehehhh...:DD
Yoo Uncle dear salam,
Wahhh bes nya rempit2 with the whole family:)
Psstt Uncle, ini suggestion jer eh for your gout
Nek dah a few mths kena CTS (carpal tunnel syndrome), ni akibat banyak sangat dok kat puter, ketak ketik tiap minit..allalala
One of Nek's customer, she is a doctor in KL, recommended Nek taking Transfer Factor 4life, what is it for, Nek kasi uncle keja sket pi google, hahaha
Nek dah cuba makan for almost 3 weeks, pergi massage and also trying chiro, alhamdullilah things are getting better:))
By the way product ni ada in Msia and its from USA, kalau Uncle nak cuba and tatau kat mana nak cari, feel free to e mail Nek ok:)
Take care and a happy weekend!
Salam from Phoenix, AZ
NR
trigt kt laksa sedap auntie eh.. ahiksss..
gamak nya cmna la kelaku org tua kena londeh suaq depan doketot eh ankel.. ahaksss..
laaa.. joe cendoi pulut tu ka.. awt ankel xello mai.. chek ddk kt area situ ja.. 5min pn xsmpai klu nek moto..
salam uncle
alaaa, kesian uncle
pi je terbang jap, 1/2 jam dah sampai kl hehe
tapi lagi kesian kat penimbang berat tu heheheh
tambah sekilo dua takpa, heheh
baru macho
Dear Pinat.
Ala...jerit2 manja sikit.....anyway, sekarang dalam process menurunkan balik yang terlebih tu! Heh3...
Dear NR.
Thanks for the suggestion. Hai tak tahulah macamana boleh dapat. I have to revise my diet again!
Dear UP.
Sorry tak dan nak habaq. Kelam kelibut nak hambat bot hari tu. Nasib baik dan naik pukui 7!
dear uncle,
patutlaer KN dengar jerit2 manjer aritu...rupanyer weighing scale uncle 'buat hal'...heheheh
uncle jerit sbb nak bagi tahu, berat uncle kurang dari 70 kg,,, masa dia timbang tu 69.4 kg,,,,hahahaha
Dear Uncle,
Geo Kilim mangrove tour tu memang highlight of Langkawi lah....memang best...Insyallah kalau ke Langkawi akan cubak lagi menyusuri paya bakaunya...indahnya Malaysia...
Hi Uncle..
Baca cite uncle sal makanan semua nampak sedap..
apa nama kedai yg sedap kat langkawi tu..teringin lak nk gi..
genki de ne..
Dear KN.
Tu la pasai...weighing scale tu kalau naik, alamat, bateri dah "kong"....kalau weight turun, alamat dia, memang bagus weighing scale tu! Heh3...
Dear Haslan.
Have we met before? You sound very familiar with my "surrounding".....mungkin kita pernah berjumpa satu masa dulu.....hmmmmm!
Dear Ona.
Memang best giler....datanglah sini...boleh bawak jalan-jalan tangkap ketam!
Dear Rezeki.
Sorry lambat nak jawab sebab tersangatlah busy bila Langkawi dah start hujan! Heh3...sejuk sikit rasa la ni...
Dear Ms L.
Kalau datang sini Uncle akan bawak ke tempat makan yang power kat sini.. cakap saja nak makan apa!
cantik jari marina...
sib baik tak terkaver muka yg paling hensem di pantai itu...
:)
Dear Dr Singa.
Pak dia pun cun jugak!
Catat Ulasan