Ahad, April 04, 2010

Lazy Sunday

(Miss Taman Cahaya 1)

(Miss Taman Cahaya 2)

(Yuya dengan glove baru dari Langkawi)

(The best supporter of all times)

(Future Executive Chef)

Malam tadi aku ada dinner kat Awana Porto Malai. Dijemput untuk menghadiri dinner yang julung-julung kali depa buat untuk meraikan para pengusaha tourism yang ada di Langkawi ni. Ramai yang aku jumpa kat sana. Aku terkejut beruk bila tiba-tiba aku berjumpa dengan orang yang sangat lama aku dah tak jumpa. Nama dia Syukri. Orang lama kat sini. Siapa kah orang yang bernama Syukri ni? Dulu dalam entry aku yang dah lama dulu, aku ada cerita yang aku dulu dok gila main rugby. Aku main untuk Royal Selangor Club. Aku rasa masa tu umur aku baru dalam lingkungan awal 20-an dan makan tidur aku cumalah bola lonjong tu. Lepas training, kami akan berkumpul ramai-ramai kat Long Bar di Selangor Club tu. Ramailah players yang melepak dan minum kat situ. Alan Manan lah, Norman Manan lah..(former national players), Yusuf lah...dan ramai lagi yang aku pun dah lupa nama depa. Dan dalam ramai-ramai tu Syukri adalah salah seorang daripadanya. Aku ingat lagi ada sekali kami diajak kerumah Syukri untuk sama-sama makan malam. Syukri yang masak untuk kami. Malam tu dah lah lepas main rugby, jadi kami makan macam esok dah tak dak lagi!

Semalam masa aku tengah dok bersembang dengan kawan-kawan baru yang aku jumpa, tiba-tiba aku ternampak kelibat si Syukri ni dalam gelap. Aku tegur dia, kami bersalam dan bertanya khabar. Dia masih ingat aku lagi walaupun dia, aku nampak dah agak berusia sikit...maklumlah dah lebih dari 20 tahun dulu kami main sama-sama. Syukri ni sebenarnya adalah President for Langkawi Tourism Association. Syukri jugak adalah pengusaha restaurant yang sangat famous kat Langkawi ni. Lighthouse Restaurant kat Pantai Tengah tu dialah yang punya! Selain daripada tu Syukri jugak sekarang ni merupakan salah seorang orang kuat Rugby Kedah. Dia tanya samada aku nak main beach rugby ataupun tidak semperna "langkawi water festival" next week. Aku cakap, keinginan masih tinggi tapi kemampuan dah kurang...aku takut "lower back" aku terpeleot lagi nanti. Sapa nak jawab? Dah lah aku baru mula kerja kat sini. Sapa nak jaga aku nanti? Sapa nak usung aku nanti dan sapa nak picit belakang aku nanti? Nak harapkan budak sorang yang nama "LAN" tu....hmmmmm....jangan haraplah....heh3....sorry LAN, Uncle suka kacau!

Di pagi minggu ni, kat sini aku dah tak payah nak pergi pasar cari ikan kembong. Malam tadi aku tidur dalam pukul 2 sebab tengok rugby Tri Nations on youtube. Memang best tengok South Africa main. Pagi ni aku bangun awal jugak. Lepak sekejap kat bilik, mandi dan keluar pergi breakfast. Sekali ni aku pergi Mutiara Burau Bay for a small breakfast. Ramai sungguh manusia.....dalam perjalanan nak kesana, masa kat selekoh nak ke Harbour Park, aku ternampak geng-geng lama aku melepak kat tengah jalan. Aku perlahankan kereta, lambai tangan kat depa, senyum sikit sebagai tanda hormat dan depa pun berlari-lari anak ketepi jalan sambil dok kendong anak-anak beruk depa....aku senyum dan depa kerenyeh kat aku! Heh3...ada jugak geng kat sini!

Selama aku kat sini ada jugak aku berjumpa dengan orang penting negara. Sapa yang tak kenal dengan Datuk Azhar Mansur? Memang famous dan aku berbangga jugak walaupun cuma dapat shake hand dengan dia...heh3...Kapal layar dia masih ada lagi kat Harbour Park. Nanti kalau ada masa, aku akan ambil gambar kapal layar dia. Datuk AM masih macam dulu jugak. Rambut panjang sampai kebahu dan nampak sangat ceria. Aku agak kalau aku berkesempatan duduk dengan dia, mahu aku tanya macamana dia tahan cabaran duduk kat tengah-tengah laut sampai berbulan-bulan! Ish...tak sanggup aku! Mahu gila aku duduk sorang-sorang macam tu!

Sekejap tadi aku sempat berskype dengan anak-anak aku. Abang dapat jadi Olahragawan sekolah 2010 walaupun tangan kanan dia bengkak sebab jatuh masa main bola wakil daerah Ampang minggu lepas. Yuya pulak sedih sikit sebab Bin Beramboi meninggal. Yuya kata, pagi dia dah tak ceria tanpa Din Beramboi. Alfatihah untuk dia. Marina pulak sibuk dok cerita yang dia makan nasi ayam yang aunty buat hari ni. Aku pun cakap aku makan nasi ayam jugak tapi kat Kedai Nasi Ayam Pak Ya kat Kuah...

21 ulasan:

My Life berkata...

salam
dear uncle

nasik ayam pakya mmg sedap.. semua bahan yg dimasak menggunakan kayu api...hihihiihi

catz berkata...

baca blog uncle asyik mengingatkan saya tentang langkawi.
teringin nak ke langkawi pula.
tgh survey hotel for good rate, hiks.
any suggestion?
and tgh duk google tiket.
dah setahun lebih tak ke langkawi.
nasi ayam pak ya tak pernah try, tapi dulu biasa terlalu kat depan kedainya, femes katanya kan.
oh..saya teringin pula nak ke lighthouse restoren itu...apa landmarknya ya? tq

PermataMutiara berkata...

Al Fatihah utk Allahyarham Din Beramboi

rezeki berkata...

ssalam uncle

tu sesekali uncle mesti bawakkan gang2 tu kacang hehehe

wah, yuya pun dah bergiat aktif sebagai pemain bolasepak ye, semoga terus suksess


kat langkawi sekrg dh mula musim hujan ka, monsun barat daya ?

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

tahniah buat abang! bapaknyer senyum sampai telingalah tu...happy :)

lama jugak tunggu ceriter2 uncle ke udara...ye la, ceriter ala2 telenovela cam dolu2...hehehe

uncle, take care!

Aunty W berkata...

Semalam abang & Yuya makan my nasi ayam banyak gila!!Masa makan nasi ayam, depa tak cakap apa-apa pun. Concentrate eating. Cuba concentrate belajar sekit...

uncle pet.. berkata...

ankel.. "bermula nya di sini.." bila nk mula blik ni..?? ahiksss..
btw.. chek dh kena relocate ke kolumpo blik dh ni.. haru sgguh.. ahaksss..

Uncle berkata...

Aku nak mintak maaf pada semua sebab aku tak tahu pasal apa semua comments tak keluar2!

Uncle berkata...

Dear Uncle Pet.

InsyAllah "mulanya disini" akan keluar balik nanti...sabag sat naaa....aik dah balik KL pulak?

Uncle berkata...

Dear Aunty W.

Yes memang betul. But I'm sure, the kids are trying their best. Their result shows....well done!

Uncle berkata...

Dear KN.
Tunggu kemunculan telenovela lagi sekali. Tengah cari ilham kat kedai nasi ayam Pak Ya ni...

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Memang la ni musim hujan. Asalkan petang mesti hujan...therefore, jangan datang petang...datanglah pagi! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Permata Mutiara.
Yes...alfatihah!

Uncle berkata...

Dear Catz.
Kalau macam tu tak payahlah nak pikir banyak2...datang ja kat langkawi ni. Tapi this weekend jangan datang...maybe uncle tak ada...amacam kalau next weekend?

Uncle berkata...

Dear ML.
Pakai kayu api? Betul ke? Patutlah....Uncle baru tahu ni...

hazlan berkata...

hahaha mana nak boleh picit uncle,,,nanti tak rasa apa2,,,klau nak picit kena suruh penyamun kat SPA la,,,,teman pi ambil ubat pun ok latuuu,,,,kan aunty kan hehehehe,,

kucingorengemok berkata...

salam uncle... lama dah tak mai sini. amboi marina, cantiknya baju!

Uncle berkata...

Dear Lan....
bila nak pekena teyy ni? Cerita dah berzaman!

Uncle berkata...

Dear KOG.
Rajin2 lah datang lain kali....

dilaOHdila berkata...

salam Uncle....................
percutian uncle yang sangat best. alahai comey sungguh anak dara uncle tuh....

Uncle berkata...

Dear Dila.
Memang terkenangkan anak2! Rasa macam nak terbang la ni jugak!

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...