(cable car)
(sayup cc dari bawah...berani ka aku?)
(salah satu lorong kat tepi laut)
(panas lit-lit ni)
(sebahagian daripada pantai)
(panas gila ni)
(aku melepak sat kat sini sambil baca paper)
(habis BH aku baca kat sini)
(kawasan letak kereta)
Hari ni aunty menyambut hari jadi dia. Aku dah ucapkan selamat hari jadi pada dia pagi tadi. Aku tahu yang aunty sunyi dan nak sambut hari jadi sama-sama sebagai satu keluarga. Tapi apa nak buat, aku kat sini dan dia pulak kat sana! Dulu pun macam ni jugak...aku pun tak tahu sampai bila benda ni nak berakhir. Dah bertahun-tahun kami dok macam ni. Takpalah...ni semua cabaran dan kami sanggup tempuh sama-sama demi masa depan kami dan anak-anak.
Aku kenal aunty sejak dari tahun 92. Jadi bermakna dah 18 tahun.Sejak kami muda belia sampailah kami la ni dah berkerut kat dahi, hitam pelupok mata dan rambut kami pun dah sama-sama beruban. Tapi bagi aku ni semua tak pulak menjadi masalah. Sebab aku kenal hati budi aunty. Kami "aged" bersama-sama. Susah-senang kami bersama. Aunty paham aku dan aku pun paham aunty. Aunty dah banyak sangat berkorban untuk aku. Lepas aku balik ke sini dulu, aunty susah-payah kumpul duit untuk datang menjenguk aku di KL. 2 kali aunty pergi KL melawat aku. Dari mula sebagai kawan biasa, kami dah mula jadi kawan rapat. Talipon 2 minggu sekali dah menjadi kemestian kami. Kadang aku talipon, kadang aunty pulak yang talipon. Walaumacamanapun, kami tak pulak meluahkan perasaan masing-masing. Cuma sekadar nak berjumpa saja....
Aunty tak banyak kerenah. Dia suka duduk kat Melia Hotel KL dan aku selalu kesana kalau dia ada kat situ. Aku park motor kapchai aku betul-betul kat tepi "disco" Melia! Special parking kat situ untuk aku. Sampai dari doorman ke FOM semuanya aku kenal. Ada sekali tu depa siap ajak kami pergi tengok bola Selangor lawan lagi! Punyalah rapat kami ni...ada sekali tu aku cakap kat aunty yang aku nak ajak dia jalan-jalan kat KL dan aku akan pick up dia kat lobby hotel lepas habis kerja. Aunty pakai baju cantik. Bila aku sampai, aku nampak yang aunty dah tunggu aku kat lobby. Happy dia dan bersemangat nak keluar sama-sama. Dia tanya aku, kereta kat mana? Aku cakap ada kat luar. Bila sampai kat tepi motor, aku bagi helmet hitam kat dia dan aku pakai helmet merah! Dia terkejut tapi pakai jugak. Aku melancung satu KL naik Honda Cub C70 aku! Kami happy......dalam hati aku, aku dah kata, mungkin ni lah calon untuk aku sebab dia tak merungut pun kalau naik kapchai dengan aku. Hujan ka panas ka, dia redah jugak sama dengan aku.
Masa aku sambung belajar kat luar negeri dulu, dia bertungkus-lumus kerja over time semata-mata nak kumpul duit untuk melawat aku. Aku tahu yang aunty kerja siang dan malam. Aku tahu dia letih. Aku tahu masa tu yang dia sayangkan aku...horey! Oleh sebab dia dah berkorban sampai macam tu, aku pun kumpul duit jugak, kerja masa weekend Sabtu dan Ahad dari pagi sampai ke malam semata-mata nak simpan duit dan beli tiket kapalterbang paling murah dalam dunia!
Masa aku kerja kat tempat lain bertahun-tahun, aunty lah yang bertungkus-lumus menjaga keluarga. Membesarkan anak-anak kami sorang-sorang dia. Aku tahu dia letih. Aku tahu bila kadang-kadang dia talipon sambil menangis. Tapi dia tak pernah komplen. Dia kata tu tanggungjawab dia. Mana aku nak cari kalau macam ni? Masa mama duduk dengan aku sekejap, aunty lah yang mandikan mama lepas dia balik dari kerja. Aunty jugaklah yang sapu ubat kat kaki mama sebab mama ada sikit kencing manis. Aunty jugak yang bangun malam-malam tolong buat susu kalau mama lapar tengah-tengah malam. Aku bersyukur sangat. Mana aku nak cari orang macam ni dalam dunia ni? Bukannya takdak, mungkin ada tapi nak cari yang sanggup berkorban dengan aku dan serasi, susah kot....tak tahulah aku sebab aku pun tak pernah teringat cari lain!
Masa di airport dan masa nak datang sini tempohari, aku ada bertanya kat aunty. Macamana dia boleh percaya kat aku? Macamana dia sanggup berkongsi hidup dengan aku dan macamana dia sanggup tinggalkan ugama dan keluarga dia semata-mata nak kahwin dengan aku? Frankly speaking, aunty menangis masa tu. Aunty cakap yang dia percaya kat aku sebab aku ikhlas. Dia sanggup kahwin dengan aku sebab aku bukan penipu ataupun hipokrit. Dan dia jugak cakap yang dia nampak yang aku ni seorang yang boleh dipercayai dan bukan main-main. Fuyoo.....happy aku. Tapi aku panic sebab dia nangis sikit masa dia cakap kat aku. Couple sebelah meja aku dok jeling-jeling ingatkan kami ni dok bergaduh ka....aku janji nak kahwin tapi tinggalkan dia ka....nasib baik marina pun ada sama....heh3...
Aku janji pada aunty yang aku takkan sia-siakan dia. Aku janji dengan aunty yang aku akan jaga dia sampai kehujung hayat dan aku janji pada aunty, cuma dialah sorang yang aku sayang....so, to my beloved wife, "I love you with all my heart. Happy Birthday!"
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
29 ulasan:
Birthday birthday, aunty. You are indeed very special.
salam uncle,
Happy birthday to untie... semoga jodoh uncle n untie kekal hingga hujung nyawa...
so sweet langkawi...
happy birthday buat aunty
moga bahagia disampinag anak2 yang sungguh comel
insyallah jdooh berpanjangan
asalkan hari yang bahagiani ada orang yang selalgu mengingati;-)
Dear Uncle,
Wish aunty wakana a happy birthday! really appreciate a wife like aunty. uncle...do love her till the last day of your life. take good care of her. regards to both of you.
sesekali KN speaking gak :D
owwhh....!!
touching nya...!
happy birthday utk aunty Wakana..semuga sentiasa dilindungi Allah dan gembira ceria..
Dear Fida.
Yes, you are right. She's indeed very special....at least, to me!
Dear Taj.
Setiap kali lepas sembahyang, itulah yang Uncle doakan. InsyAllah...
Dear Dila.
Selalunya Uncle terlupa macam selalu...tapi kali ni memang Uncle ingat. Uncle cuba tak lupa lagi!
Dear Pinat.
Alamak, touching ka? Tak teringat sampai macam tu pulak! Heh3...
Alhamdulillah..
salam uncle,
memang aunty ni satu dalam sejuta. kalau sesama bangsa kita mungkin tak menghairankan tapi dia sanggup tinggalkan ugama,keluarganya.. semata-mata tinggal di Malaysia... Besar sungguh pengorbanannya...
Sampaikan ucapan selamat menyambut harilahir dari saya dan saya doakan agar dipanjangkan jodoh dan dirahmati dan diberkati hidup aunty..
Dear Ibu n Abah
Terimakasih diatas kata-kata Ibu n Abah. Akan saya sampaikan salam tu dan rasanya dia pun selalu baca blog saya....mesti dia senyum!
Salam,, aduhhh syahdu la pulak macam ni,,apa pun Happy Birthday to Aunty,, semoga panjang umur,murah rezeki,dan selalu dilindungiNYA, saya Tabik Spring untuk aunty 3 kali,,,,,
Dear Lan.
La...tak sangka nak jadi sedih.....uncle dok tereyak dari tadi tak habeh2 lagi ni....esok sambung lagi tereyak! Apa2pun Uncle akan sampaikan "spring" lan tu pada dia. Heh3...
Happy Birthday...Mabruk.
Dear Haji. Lama tak dengar cerita...btw, thanks. Regards untuk Haji sekeluarga!
Dear Uncle,
kalau buat J-Drama ni mesti meletopp..he3
To Wakana San,
Happy Belated Birthday...
Moga ceria dan happy selalu
regards,
ms.l
jiwang karat entry ni bro! hahaha
anyway happy birthday to mrs shahrir ali? apa hang bg present?
najwa ada tanya saya satu soalan.
"auntie boleh cakap melayu n baca bahasa melayu tak?"
apa saya nak jawab neh??
btw, ketua penyamun telah menunjukkan tauladan yang bagus buat anak2 buah penyamun di sini. insya allah kita akan mencontohi teladan yang itu. hahahaha
Dear Uncle,
dah lama tak baca telenovela!
Beb, Syahdu lak, Anyway Happy Birthday to Aunty too.. Semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat k.....
Dear Zaifera.
Thanks. Wishing you the same.....teringat masa kita kat itm dungun dulu...i will put our old photos...amacam?
Dear Ms L.
Uncle la ni kurang masa sikit. Kalau ada masa nanti, akan buat jugak!
Dear Uncle J.
Karat dalam bahagia...heh3....bagi apa? Sapa lah saya...rupa tiada, harta tiada...heh3...
Dear Lotfi.
Yes aunty boleh buat apa yang pompuan melayu boleh buat....habislah najwa! Kurma ayam? Nasi ayam? Darrcha sayur? Nasi minyak?
Dear KN.
Telenovela? Alamak...lately tiba2 busy pulak lah KN!
Salam uncle...
lamanya tak jgk blog uncle.. apa2pn tahniahlah mdpt isteri yg sbaik2 aunty..
Semoga jodoh uncle n aunty kekal slama2nya..
beb.. Photo's di ITM Dungun? Boleh aje.. mcm dlm FB..Teringat lak masa dolu2.. he he he..
Dear Nas.
Thanks for the wishes....you take care!
Dear Fera.
I am still searching for the right time to actually write about us masa sama2 kat Dungung dulu!
Catat Ulasan