Ahad, Februari 28, 2010

Cuti Maulud Nabi

(icon kat sini...)

(pokok kabu pada sapa yang tak pernah tengok tapi selalu dok kecoh cari bantal kabu masa nak tidur!)

(ada show tapi lambat sangat nak tunggu)

(tempat ketuk padi. masa ni aku dapat call dari badd from kl!)

(kalau aku buat rumah ni kat ampang amacam?)

(jalan masuk ke makan mahsuri)

(aku berkenan sungguh dengan rumah kayu ni...nanti nak buat satulah kat ampang!)

(tingkap lama yang diubahsuai)

(pandangan sisi salah satu rumah, macam rumah arwah nenek aku dulu kat kampung berjaya, alor setar!)

(makam mahsuri)

Aku ambik kesempatan di Public Holiday ni untuk berjalan sikit. Ala...mana aku nak jalan kat sini? Apa lagi, aku pecut pergi Kuah lepas sembahyang Jumaat. Actually pagi tu aku teringat yang buku-buku yang kawan aku si Karen bagi dulu masih tak habis aku baca dan Uncle Pet pun ada pesan kat aku yang buku tu memang best. Jadi di pagi public holiday yang syahdu, sambil pekena kopi 2-3 cewen, maka buku tu pun habis aku baca. Ala....cerita pasal mat salleh hawaian-american yang dok meniaga ganja dan masuk jail kat thailand tu...aku suka baca buku tu sebab bahasa dia santai dan sangat detail. Sampaikan nama orang yang jual dadah kat dia pun dia mention sekali! Huh...hangpa jangan dok cari "tokan" tu pulak....anyway, ni cerita lama, orang tu pun silap-silap dah mati!

Sekali lagi aku pergi ke masjid yang sama untuk bersembahyang jumaat. Aku pun pelik dengan perangai sendiri. Kalau depa tunjuk kat aku masjid tu, maka masjid tu lah yang aku pergi selalu. Masjid-masjid lain memang aku takkan pergi. Part tu aku tak adventurous betul! Lepas sembahyang Jumaat, aku terus ke pekan Kuah nak cari kedai gunting rambut. Bila lalu kat depan kedai, aku tengok kedai bertutup. Aku garu telinga aku. Aku terlupa yang hari tu hari Jumaat dan furthermore memang public holiday pun...alahai....

Langkah aku aku panjang kan sikit terus ke jetti di kuah. Banyaknya kereta. Mat Salleh pun ramai. Rupa-rupanya esok ada Ironman! Patutlah....aku teruskan lagi perjalanan aku. Tiba-tiba aku sampai kat Westin. Alamak, dah hujung dunia ni! Aku teringat masa naik bot dulu aku memang ada teringat hotel ni. Dulu nama dia lain. Aku dah lupa nama hotel dulu....memang cantik. Aku rasa memang berjuta depa pakai untuk membaiki hotel lama dan buatkan yang baru. Pemandangan kat sini memang cantik. Aku tak jadi ambik gambar kat sini sebab security guard tu asyik pandang aku atas bawah....aku senyum kat dia tapi dia tak senyum kat aku! Larik....

Masa aku keluar dari Westin, perut aku dah mula main lagu "caklempong". Kona sana kona sini, terlepas jalan sikit, aku ternampak satu restaurant mamak. Cari parking, tak jumpa. Round sekali lagi cari parking, tak jumpa jugak. Last-last aku parking kat tepi longkang depan kedai mamak. Aku celapak keluar dari kereta. Lintas jalan tanpa tengok kiri dan kanan jalan. Dengan muka confident dan perut yang lapar, aku masuk kedai. Aku tengok lauk. Sedih....lauk dah nak habis tapi depa dah tak tambah. Mamak kat belakang counter pun muka malas macam ikan temenung jugak. Aku suruh taruk kuah banyak-banyak, ayam seketul teyy ais satu. Itu saja. Bila makan, memang tak sedap! Fail betul!! Masa lepas makan sambil dok sedut teyy ais "...srroootttt....srrrooottttt" aku ternampak ada satu pegawai tengah dok letak notis kat cermin kereta. Aku celapak keluar (of course lepas bayar!) dan senyum kat pegawai tu. Rupa dia sama macam pegawai DBKL yang saman aku kat Bangsar dulu! Mungkin kembar dia kerja kat sini...heh3...

Masa aku nak balik, aku dok melilau cari helang giant tu. Mana lah helang ni...Pusing punya pusing, aku nampak dari jauh. Aku kona kiri masuk kat restaurant cina. Dari tepi laut aku ambik gambar. Taklah dekat tapi adalah gambar helang tu...nanti orang tak percaya pulak yang aku duduk kat langkawi ni....

Oh ya, sebelum aku makan nasi tadi, aku ada terbabas ke makam mahsuri. Parking betul-betul kat depan bangunan sebab masa ni orang tak ramai. Bayar RM5 dan aku masuk. Pompuan kat kaunter tu tanya aku, berapa orang? Aku dengan nada sayu jawab "...sorang...". Aku belajar pasal Pandak Maya dan lain-lain adik-beradik Mahsuri....aku dah kenal depa walaupun depa tak kenal aku! Silap-silap pegawai yang nak saman aku tadi pun adik-beradik dia kot...mana tahu! Banyak cerita-cerita sejarah ada kat dalam kawasan tu. Besar jugak kawasan dia. Aku cuma berharap agar depa dapat menjaga kawasan tu dan membaik-pulihkan lagi kawasan tu sebab makam mahsuri memang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. Perkara ni ada aku cerita malam tadi semasa aku sempat makan malam dengan salah sorang exco negeri. Dia pun mengaku macam tu jugak. Prasarana haruslah dikemaskinikan dan begitu jugak dengan knowledge para "guide" kita. "Guide" ni semua sangat penting untuk menghidupkan dalam penceritaan depa pada para pelancong. Aku bersetuju sangat dengan dia. Katanya lagi, kalau guide tu seorang yang berpengathuan luas tentang nilai-nilai sejarah dan lain-lain, pokok sebatang pun boleh diolah cerita dan menjadi macam taman yang sangat cantik. Contohnya dia kata masa dia pergi indonesia dulu. Tempat sejarah bukannya ada apa, cuma ada batu tempat orang batak pancung kepala dizaman dulu. Tapi cerita daripada "tourist guide" tu membuatkan pelancong tu rasa macam tempat dan sejarah tu masih fresh dan hidup! Amazing.....

Aku sampai balik pukul 3 petang. Letih longlai sebab terlampau panas kat luar tadi. AC full blast pun rasa macam kat padang pasir kat jeddah nak ke mekah! Takpa....takpa....dalam hati aku kata, "ni panas dunia...". Pelan-pelan aku ambik wuduk dan sembahyang zohor........

22 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

salam uncle,
mungkin ketapi dah jauh meninggalkan akak tapi ingin akak bertanya sekali lagi...
Uncle dah tak kerja di Mekah kah?..
Uncle dah menetap di Malaysia kah?..
Kalau uncle dah pernah beritahu maafkanlah akak bertanya sekali lagi...
Apapun keputusan uncle akak tahu itulah yang terbaik buat uncle dan family uncle... :-)

Uncle berkata...

Dear Ibu n Abah.
Memang betul. uncle sekarang ni dah bertugas di langkawi. Selama 3 tahun Uncle dah merantau di Saudi dan rasanya Uncle perlu balik kesini supaya lebih dekat dengan keluarga. Sangat unfair untuk meninggalkan aunty sorang2 disini. Lagipun mama memang tak sihat sekarang ni. Uncle rasa sekarang ni lebih baik Uncle mencari rezeki di malaysia dulu walaupun bukan di KL. At this current moment, family comes first...

PermataMutiara berkata...

Haaaa..
Balik nanti uncle mestibeli coklat byk2 untuk Marina

Uncle berkata...

Dear PM.
Yes...for sure...Uncle dah jumpa kedai coklat!

Ibu n Abah berkata...

Uncle,
terima kaseh kerana memberi penjelasan pada penumpang yg ketingalan keretapi ni. Alhamdulillah.. semuga ini yang terbaik buat uncle. Masa uncle di Saudi, aunty di sini menjaga anak-anak.. terasa didalam hati akak ketabahan aunty yang sanggup ditinggalkan dan menghadapi bersendirian selama ketiadaan uncle.. berkat kesabarannya betul-betul mengharukan dan sangat besar nilainya. Bukan mudah melayani kerenah anak tanpa kehadiran ayah bersama tapi aunty kuat semangat. Akak kagum sangat dan sanjung tinggi.

ms.legolas berkata...

Salam Uncle...
keliru lak Ms.L..Uncle kan dah sembahyang Jumaat.. knp nk sembyg zuhur pula..

azieazah berkata...

UNCLE..

dolu masa saya nak pegi Langkawi utk first time, ramai rekmen jangan lupa masuk Ismail Group. Rupanya tu tempat beli bayar dan belah..

Bila sampai, saya lebih berminat nak pegi cecah tangan dlm kuali minyak gamat, lebih suka tengok ombak di Cenang, atau merasa kuih2 di pasar malam Kuah..

pastu masuk kwsan Beras Terbakar, siram kaki dari kolam Mahsuri, masuk rumah (yg dlm gambar Uncle tuh)..

cuma geram tak abih, depa tak bagi amik gamaq dlm bilik yg pamer banyak gambaq2 Mahsuri tu..
tengok tayangan slide pun tak puas, sbb sat sangat..

Tu yang nak pi lagi nih...

InsyaAllah.. sampai sana pada 17 April nanti...

kucingorengemok berkata...

mungkin tempat sejarah kita jadi lagi lively kalau staf dia pakai baju mcm org zaman tu sambil share info kat pelancong... macam dia org duduk kat situ la konon²nya - what do u think?

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

cuti2 malaysia..ronda2 kedai cokelat. take care!

catz berkata...

wah..expert dah kat mana kedai cekelat...
ni kalau marina, yuya, abg , and auntie dtg sini sure seronokkkk niii.
for me..langkawi is the perfect vacation place. beach, historical places, foods, nice hotel, chalet, shopping, tourist spot like kereta kabel etc, and easy to access.
perfect.
pernah gak berangan nak tinggal dan keje di langkawi tapi impossible je lah.
errrr..bosss..ada koje kosong?
(ihiks....larikkkkk).

Uncle berkata...

Dear Ms L.
You are right. Uncle tercampur dengan hari ahad. Semalam punya cerita. In fact cerita hari ahad ingatkan nak masuk dalam 3-4 hari ni.....maafkan kesilapan uncle...."Uncle Mudah Lupa!"

Uncle berkata...

Dear Ibu n Abah.
Pengorbanan aunty sangatlah besar dan Uncle memang tak mampu nak membalasnya. Apa yang Uncle mampu buat cumalah menjaga perhubungan dan keharmonian rumahtangga kami dan cuba menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk keluarga. Wang ringgit, Uncle tak mampu...

Uncle berkata...

Dear Azieazah

Marah ka? Kalau marah maksudnya kena datang lagi...heh3...Haji Ismail? Nasib baik Uncle tak minat kesitu! Katanya kristal kat sini pun bagus...nasib baik Uncle tak minat kesitu! Hope to see you in Langkawi!

Uncle berkata...

Dear KOG.
That's a great idea....Uncle rasa tak lama lagi Langkawi akan memecut balik perkembangan dia. Tunggu dan lihat sapa yang akan masuk balik ke sini!

Uncle berkata...

Dear KN.
Kedai coklat tu saya lalu saja....kalau singgah, memang sah naik 2-3 kilo!

Uncle berkata...

Dear Catz.
Ala kalau Catz kerja sini, mana mampu Uncle nak bayar gaji.....heh3...

Tanpa Nama berkata...

"nightmare in bangkok" mmg best ankel.. brsahaja gitu.. ahiksss..

Uncle berkata...

Dear UP.
Now I'm reading another book. "Cruise Confidential" by Brian David Bruns....best tapi baru masuk chapter 6....tahun depan baru habis kot...heh3...

ms.legolas berkata...

takpe uncle...Ms.L pun kadang2 camtu juga..he3.. janji uncle terus share cerita kat kita org..

Uncle berkata...

Dear Ms. L.
Cerita tu mestilah bercerita...cuma kekerapan tu kuranglah sikit....mungkin seminggu sekali kot!

rezeki berkata...

salam uncle

apa projek hari minggu ni, saya mcm biasalah gi pasar tani selagi ada bulan dan bintang hehehe

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Nothing much...bangun lambat sikit. Beli paper dan pergi makan "laksa power" kat tepi laut. Sambil minum ayaq nyoq...ni baru balik dan mata pun kuyu....heh3...apalagi....terlelap sat kot lepas ni...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...