(budak2 dok main bola...macam kenal la budak2 ni...)
(hill view)
(burung ni cantik tapi kecik pulak!)
(ada kampung nelayan yang sangat menenangkan fikiran kat sebelah tempat aku ni)
(cantik sungguh awan cumulus nimbus ni...err, betul ke?)
(aku suka reflection awan tu. Cantik!)
(nampak cable car?)
Semalam dah hampir pukul 10 malam, aku dapat panggilan daripada Cikgu Zainuddin. Cikgu Zainuddin ni ialah cikgu bola abang. CZ ucapkan terimakasih kat aku sebab benarkan abang main bola mewakili Daerah Hulu Langat. Aku cakap sama-sama dan terimakasih jugak pada CZ sebab jaga abang dengan baik. Abang masuk final peringkat negeri Selangor dan CZ kata, kemungkinan besar abang akan dipanggil untuk mewakili Selangor bawah 12 tahun ke peringkat kebangsaan pulak. Aduh...kacau ni. Aku talipon aunty dan bagitahu. Aunty cakap dia bangga dengan abang dan dia tak sangka yang abang akan sampai ke peringkat tu. Dia kata kalau abang dapat selection nanti, dia benarkan...aunty ungkit balik, dia cakap masa aku kecik dulu pun macam tu jugak dan arwah mama tak bagi main. Aku menipu arwah mama semata-mata nak pergi main....aik? Mana dia tahu cerita aku masa kecik-kecik dulu? Hmmm...mungkin aku dok bercakap masa tidur kot! Satu lagi misteri nusantara oleh si Tamar Jalis ni! Heh3...
Lepas aku bercakap dengan aunty, aku dapat satu lagi call dengan nombor pelik. Bukan nombor Malaysia. Bukan jugak nombor Nicaragua ataupun Papua! 6-7 kali bila aku angkat, panggilan tu putus. Dulu Angelina Jolie pun dok main-main macam ni jugak dengan aku. Aku tak layan. Tu yang sangkut kat Brad Pitt...last sekali panggilan tu aku jawab dan bagi salam. Dia jawab salam aku. Dia kata "Mr...this Mufiz...Al Safwah Hotel, Makah!". Aku terkejut sebab Mufiz talipon aku. Kat belakang (background) aku dengar lagi 2-3 dok mintak talipon nak cakap dengan aku. Mufiz nak ucap takziah kat aku sebab penyamun-penyamun tu semua baru dapat tahu yang mama meninggal dunia. Aku ucapkan terimakasih sebab depa bersusah-payah talipon aku dari Mekah. Banyak depa pakai duit semata-mata nak bertanyakan khabar aku. Aku bersyukur dapat staff-staff yang macam tu. Alhamdulillah depa masih ingat kat aku walaupun tiap-tiap hari aku lah yang dok gasak depa!
Ada sekali tu aku teringin nak makan nasi kandar lagi. Aku tanya kat staff yang ada. Depa ada bagitahu kat satu tempat dalam perjalanan ke pekan Kuah. Katanya kedai tu kecik dan buruk tapi sedap. Aku tanya location dan pecut kesana. Bila aku sampai aku tengok makanan semuanya dah habis. Nasi pun habis...apalagi lauk tapi orang masih ramai dok tapau kuah! Pergh...mesti power ni! Aku tanya pukul berapa bukak? Dia cakap dari pukul 7.30 pagi dan selalunya 10 pagi dah habis...aku heran...wah...mesti bagus ni. Aku janji nanti aku off aku mesti pergi kat kedai tu dan mungkin aku ambik gambar sekali.
Aku ada sorang kawan nama Munir T. Seorang kontraktor yang berjaya. Umur sama dengan aku. Baru 24! Projek berjuta-juta dah dia selesaikan. Alhamdulillah aku bersyukur dapat kawan macam tu yang masih lagi ingatkan kawan. Ada sekali Munir datang kat rumah aku di Ampang bila dia dapat tahu pasal arwah mama. Munir sanggup drive dari Kulim semata-mata nak jumpa aku. Aku dengan Munir ni sangat rapat. Rumah aku macam rumah dia dan rumah dia macam rumah aku. Boleh masuk dapur selongkar cari makan. In fact Munir duduk dengan aku kat Penang dulu masa buat Form 6. Munir bercerita kat aku yang dia berkesempatan makan malam dengan Tun Mahathir awal tahun ni. Maklumlah sama-sama SAHOCA! Lepas dinner, dia berkesempatan duduk dengan Tun pulak sambil minum kopi untuk bercerita lebih lanjut. Munir kata kat Tun yang dia tak larat jatuh bangun dalam business ni dan bagitahu yang dia dah nak give up at one time. Munir kata Tun senyum bila dengar dia cakap macam tu. Tiba-tiba Tun kata, "Listen...I became the Prime Minister when I was 56 years old (ye ke? Aku tak ingat, sorry). I was still a Prime Minister even way after I reached 70 years old. Retired and still very much involved in work even till now. And how old you said you are?" Alamak, part ni kawan aku si Munir ni dah terkedu. Moral of the story is, never give up....lama kami bersembang malam tu cuba untuk menyelami dan menghuraikan kata-kata Tun....kami bersalam erat sebelum Munir dan wife mintak diri untuk balik Kulim malam tu jugak...
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
16 ulasan:
Dear Uncle,
Kak nab terpegun tengok gambar2 yang uncle ambik tu...wah uncle, cayalah...camera apa uncle guna?
Dear KN.
Ala samalah macam kamera kat mekah dulu...saya manalah ada duit nak beli yang mahal2...bagi beli tiket kapalterbang KN! Anyway, saya masih lagi pakai AUTA FOCUS!
uncle, dah lama tak dengar cerita penyamun2 tu kan... kalau dia orang rindukan uncle, dia mesti tak sangka ada blog readers uncle rindukan kisah2 dia sendiri!
Dear KOG.
Uncle tak pernah lupakan blog readers semua...termasuklah all my silent readers....Uncle akan cuba tambahkan entries dikesempatan lain nanti...mesti!
ni msti arwah mama ada cerita2 ngn auntie psl ankel dok mnipu dulu nun.. tu psl ea bg abg men.. xmau abg jd cm ankel.. huahuahua..
igt lg pnyamun2 tu kt ankel no.. samir pa cita ankel..?? dok pebaik keta lg ka.. ahiksss..
Assallamualaikum,
Selalu mama membaca N3 ni..menjiwai bahasa dan cerita..
Best sangat.
Dear UP.
Uncle pun masih ingatkan penyamun2 tu semua...sama-sama susah tolak kereta tengah highway...mana boleh lupa!
Dear Nadz.
Terimakasih sebab enjoy baca entry-entry-merepek ni semua. Tanpa anda siapalah saya....ayo...bahasa!
salam uncle
kalau abang dah boleh wakil selangor, jadi sama la macam uncle wakil kedah dulu,,apa yang aunty kata tu betul la, kemana kuah kalau tak tumpah ke nasi.... tapi kalau uncle nak kena nasi kandar hanya tinggal kuah, itu saya tak tau,,he3. hari ahad kalau pi pekena nasi kandar tu jgn lupa tapau...
Aik...macam tahu ja plan esok! Nak tapau? Amacam kalau Uncle bagi PENAMPAU!!!!! Heh3...
Tanpa kawan-kawan pun, kita akan rasa kekosongan juga.
Kawan boleh jatuhkan, tapi kawan juga yang boleh menjadi pemangkin semangat...
All the Best, UNCLE.
salam uncle
penyamun2 tu rindukan uncle hehe
kata nak balik cuti hari tu, terus tak balik hehe
insyallah, walau dimana uncle tercampak, jasa uncle ditempat lama tetap akan dikenang
Dear Azieazah.
Thanks for the pesanan...semoga kita sama2 mendoakan yang terbaik untuk kawan2 kita...
Dear Rezeki.
InsyAllah kalau kita ikhlas dan sentiasa ingat untuk membantu dan mempertingkatkan prestasi orang sekeliling kita, Allah sentiasa memudahkan perjalanan kita. As long as kita tak ada "hidden agenda". Allah is great!
Salam Uncle,
dah lama dok ikut blog..1st time komen..
if my triangulation is correct, uncle skang kat LLR... betul tak?
Dear Ma Yusof.
Alamak, tak boleh lari la macam ni!
Catat Ulasan