Rabu, Mei 05, 2010

Life Goes On...

(marina tengah buat potato salad dengan aunty. sorry...gambar2 lain aku nak upload tapi tak dapat2!)

Abang dah 12 tahun, aku bawak abang dan aunty ke jabatan pendaftaran tempohari. Sekali ni aku pergi ke Pejabat Pendaftaran di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Abang nampak macam tak sabar. Maklumlah dah dewasa...aku sebenarnya dah lama tak kesitu, apalagi ke Jalan TAR tu. Sebenarnya yang buatkan aku tak kesitu sebab aku tak ada tujuan untuk kesana...semuanya ada di kawasan ampang, semuanya senang. Nak tengok wayang, ada MBO...nak beli dvd, ada kat ampang point...nak window, ambik elevated highway, terus masuk KLCC parking...apa lagi aku nak? Cuba yang tak ada kat ampang, tempat nak buat IC anak aku! Kalaulah aku boleh buat kat mini market belakang rumah...bukan ka senang!

Kami naik sampai kat atas. Aku terkejut, aunty terkejut...abang terkejut dan marina pun buat-buat terkejut jugak...Apa pasal kami terkejut? Rupa-rupanya kat situ tak ada orang! Kelas....segala urusan berjalan dengan pantas. Sementara aku dok menunggu abang untuk buat IC, aku heran, manalah aunty ni dah pergi. Marina pun hilang jugak...aku talipon aunty. Dia jawab, dia ada kat counter sebelah sana. Aku confused. Aku tanya aunty, dia pi tunggu kat hujung sana buat apa? Rupa-rupanya, aunty pun dok menunggu IC dia jugak. Aku terlupa yang aunty dah apply IC tapi masih belum dapat lagi. So hari tu, lepas abang buat IC, aunty pun dapat IC permanent resident dia...Horey...double celebrations!

Nak dijadikan cerita pulak, tarikh mama meninggal dan tarikh ulang tahun aku dan aunty yang ke 13 pulak cuma berselang 3 hari. Jadi kami tak ke mana. Aunty dengan Marina cuma masak makanan yang aku suka. Apalagi kalau bukan japanese food. Aku suka sangat dengan potato salada yang Marina tolong buat. Aku rasa 2 beg jugak habis. Masa tu jangan ditanya berat aku dah berapa! Makan sampai tak ingat dunia...

Kami makan malam tu sampai tergolek-golek kat depan tv. Lepas makan malam, aunty keluarkan pulak kek untuk kami melahap dan tambahkan berat badan lagi. Dalam pada dok makan, aku sempat dok pesan kat yuya jangan dok makan banyak sangat...nanti berat...goalkeeper mana boleh gemuk....yuya tengok muka aku sambil mencebik! Heh3...

18 ulasan:

azieazah berkata...

Salam UNCLE...
yang pi buat MyKad tu kat MajuJunction ker...?

actually kalu dari Ampang, Uncle boleh juga buat MyKad kat JPN di Taman Maluri, bangunan Komplex Maluri tu. Saya biasa buat di situ untuk anak-anak...

Happy Anniversary..

MohdArshad berkata...

Salam Uncle...Alhamdulillah tambah berat badan...

kucingorengemok berkata...

heheh, anak dapat ic, mak pun dapat ic, comel lah macam ni! :)

happy anniversary, uncle & aunty

rezeki berkata...

salam uncle

hepi annevesary , doa saya semoga berkekalan dan berbahagia hingga hujung usia

uncle still cuti lagi ?

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

Happy Anniversary. Semoga uncle & aunty kekal bahagia hingga ke akhir hayat. take care!

Tanpa Nama berkata...

xkira la cmna pn.. nk tnya jgk..
berat ankel brapa dh la ni..?? ahiksss..

DadaIQ berkata...

Hi Uncle,
Congrats to Abang and Aunty, they are now part of 1Malaysia :-). There are two Pejabat Pendaftaran closer to Ampang, one is at Sri Rampai and the one dekat Taman Melati. Tak da orang tu memang perkara biasa dekat JPN.

Ibu n Abah berkata...

salam uncle...
akak dah berpindah rumah
http://akakjua.blogspot.com

awang berkata...

salam,,,,,

ingatkan aunty ajar marina buat cucok kodok pisang untuk uncle,,,,
apapun selamat ulang tahun perkahwinan buat uncle & aunty....
he3

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Memang betul kat MJ. MJ tu bukan yang macam iklan kat TV tu...heh3...kalau kat Maluri, orang ramai sangatlah!

Uncle berkata...

Dear Hj.
Ya marhabah...marhabah...tambah...tambah...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Satu IC 12 tahun...satu lagi IC 42 tahun...heh3...

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Eh...dah kerja la....mana boleh cuti lama2...

Uncle berkata...

Dear KN.
Amin................mintak2 macam KN lah jugak!

Uncle berkata...

Dear UP.
La ni tak mao habaq...tunggu minggu depan!

Uncle berkata...

Dear DadaIQ.
Tapi kalau kat MJ lagilah tak ada orang!

Uncle berkata...

Dear Ibu N Abah.
Saya akan cari nanti!

Uncle berkata...

Dear Lan.
Thanks a lot...dah 13 tahun...rasa macam baru 13 hari walaupun rambut dah tambah hitam!! Heh3...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...