(last stop, kami pergi minum dulu...kalut depa nak bayar!)
(sempat ambik gambar kat jeti)
(bot baru keluar nak ke laut)
(seronok sungguh depa tu)
(kat jeti masa air surut petang tadi...)
(kawasan jeti nelayan)
(sawah padi yang berlatar belakangkan gunung mat cincang!)
(dok memancing ikan)
(pandai bedah tangkap ikan!)
(tengah dok drama...pandai sungguh dia, guests aku semua terlopong dengar!)
Hari ni aku seronok sangat. Bukan seronok pasal apa, tapi pasal aku dapat sama-sama mengayuh basikal sama-sama dengan guest aku sambil bercerita pasal keindahan kampung kat Langkawi ni. Staff aku bagitahu yang "guest activity" hari ni ialah kayuh basikal masuk kampung. Aku tanya ada berapa orang? Dia jawab satu family 4 orang. Aku melompat bila dengar rancangan dia untuk hari ni. In fact program ni memang bertukar-tukar setiap hari.
Basikal dah siap. Basikal aku ada satu. Kami kayuh keluar dari kawasan hotel. Mana nak pergi? Jalan ni aku dah survey dengan staff aku dulu. Melalui sungai, alor air, sawah padi, kawasan paya bakau, pondok-pondok rehat kampung, kawasan jeti nelayan dan last sekali kami stop kat kedai minum. Staff aku kat depan manakala aku pulak ikut kot belakang. Kawal kereta yang lalu-lalang. In fact kawasan yang kami lalu tu sebenarnya kawasan yang paling tak banyak traffic. Ini untuk keselamatan guests aku semua. Banyak dah jalan yang kami cari tapi yang ni lah yang paling selamat sekali.
Masa first stop tu, staff aku dok ligat bercerita pasal tenaga solar yang diguna pakai untuk menyalurkan air ke sawah. Kelas...pandai dia bercerita dan pandai jugak dia menjawab soalan. Terbelit lidah dia dok bercakap orang putih. Aku dok senyum sorang-sorang. Banyak pengalaman budak ni...tak lama lagi dah nak kahwin ni...
Kami kayuh lagi dan stop kat tepi sawah pulak. Staff aku dok bercerita lagi pasal Gunung Mat Cincang yang kami nampak dari jauh. Dia cerita pasal tanaman padi yang dibuat 2 kali setahun ni. Budak ni kalau kerja kat "Laman Padi" mesti selalu dapat bonus ni...very detail dia cerita. Meleleh air liur guests aku dengar dia cerita! Bila sampai kat kawasan bakau, dia goreng lagi pasal tsunami pulak! Pergh...biar betul budak ni! Siap bagitahu casualties kat Penang lah...kat Phuket lah...kat Acheh lah...sampai casualties kat Sri Lanka pun dia bagitahu....memang number one in the world budak ni!
Kami kayuh lagi dan ternampak satu family tengah dok memancing ikan. Very simple. Pakai buluh, tali tangsi, mata kail dan umpan cacing. Voila, dapat ikan 3 ekor bila aku jengok kat dalam baldi depa. Aku mintak permission dulu sebelum ambik gambar sebab takut nanti kena baling dengan baldi! Kepala lutut aku dah goyang...lama tak kayuh basikal. Last sekali aku rasa 3 bulan sudah masa horey-horey dengan Yuya dan Marina!
Bila kami dok kayuh balik pulak, kami masuk kat kawasan nelayan. Ada jeti kat situ dan nelayan tengah nak pi ke laut. Sekali lagi kami mintak permission untuk masuk ke jeti. Pakcik kat situ siap ajak naik bot lagi...heh3...takpalah Pakcik ooiii...Pakcik pi lah dulu ke laut...nanti kami ikut dengan basikal! Orang kampung yang ada kat tepi tu ramai yang keluar tengok kami. Aku bagi salam dan bagitahu kat depa yang kami ada program kayuh basikal masuk kampung...ala-ala wakil rakyat masa nak pilihanraya!
Peluh berjurai-jurai kat dahi. Bukannya dahi depa, tapi dahi aku. Sempat aku bagi signal tangan kat staff aku suruh kona masuk kedai untuk minum dulu. Dia kenyit mata kat aku, aku kenyit mata kat dia. Dia kayuh kat depan, kami macam anak itik dok ikut kot belakang...sambil dok kayuh kami lalu kat tepi pondok teksi tepi hotel. Aku kenal depa sebab depa bawak teksi untuk hotel ni. Aku bagi salam sambil angkat tangan kat depa macam gaya Josiah Ng menang acara Keirin kat Australia dulu. Sambil dok ralit bertegur sambil angkat tangan kanan, aku terbabas masuk dalam semak! Depa kalut nak mai kat aku...aku kata takpa...takpa....hero memang macam tu! Heh3...
Kami kayuh ke kedai. Masa dok minum macam-macam kami bercerita. Guests aku seronok sebab ni lah kali pertama katanya depa kayuh basikal masuk kampung. Aku dah bayar siap...bila habis minum, depa kata nak bayar. Aku cakap aku dah settlekan...memang gentleman habis aku masa tu. First time rasa macam gentleman. Heh3...Masa kat kedai tu ramai drebar teksi aku jumpa. Semuanya bertegur sapa. Aku pun dah confuse...kat manalah aku jumpa depa ni dulu?
Aku tambah happy sebab aunty talipon aku dan bagitahu yang abang dah dapat mewakili Selangor untuk permainan bolasepak bawah umur 12 tahun untuk peringkat kebangsaan MSSM nanti pada cuti sekolah minggu pertama di Kuala Trengganu. Kembang kempis hidung aku....anak bapak!!!!!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Rabu, Jun 02, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
26 ulasan:
Dear Uncle,
KN tumpang gelak bila uncle terbabas tu...hahahha, kesian dia !! sib baik aunty tak ada kat situ, jika tidak tentu aunty dah nangis2 :(
Tahniah pada abang...a footballer in the making!
Dear KN.
Thanks...memang terhoyong-hayang saya tadi petang...kelakar pun ada jugak. Ni badan ada lah rasa sengal2 sikit ni!
Ketawa sorang2 every time baca entry Uncle. Uncle beruntung dapat masuk kampung bila2 masa tak macam kami, kena naik kereta sampai 7 jam nak sampai kampung :-)
Tahniah Abang kerana terpilih mewakili Selangor. InsyaAllah satu hari nanti you will make the Malaysian proud.
Dear DadaIQ.
Memang seronok masuk kampung. Habis kami ronda. Sakan sungguh! As for abang pulak...yang tu yang dia mahu...bagi saja lah....mungkin hantar jepun untuk JLeague kot...heh3....boleh pencen awal...jadi manager dia!
salam uncle...
photog cun belaka. lagi yang hak bwh tu..marvelles view kat sini.
ni guest uncle dah boleh uncle jadi tour guide nih. hidung mancung2 belaka no
Dear Dila.
Depa memang hidung mancung tapi Uncle pulak pipi tersorong2! Heh3...
salam uncle
hehehe
nanti abg wakil negeri dlm bolasepak,uncle pun lps ni boleh masuk ironman langkawi pulak hehehe
salute kat uncle, boss sendiri bawak guest utk aktiviti luar
ok uncle, see u another 2 weeks, esok malam dah nak fly, kalau team brazil nak pakai saya spi final , mungkin balik lewat sikit hehehe
kelakar la cite uncle..
tergelak2 ms.L dpn computer..
btw,gambar sawah padi tu hijau dan damai .. syoknya kalau dpt tgk
hari2..
Omedeto to Abang, semoga dpt masuk piala dunia satu hari nanti..
Citer best nampak, tapi tak dan nak baca semua..
nanti malam baca lain, baru komen lagi.. hehehe
Mana gambar yg YOU kayuh bicycle!?
wah, seronoknya...Abang & Yuya mesti suka activity ni. (tapi Marina tak boleh ikut...)
Semalam jumpa abang kat Kompleks Rakan Muda klang. 1hr drive frm Ampang! jauh betul...
Aunty kata congrats pd Abang, dia kata
"Abang dah taulah mesti Abang dapat bab ramai budak tak nak main"
cheeeeeeh! macam "COOL" je.
Yuya n Marina pun ikut jumpa Abang. Masa nak balik, Yuya ada sedikit airmata. Aunty tanya kenapa? dia kata rindu Abang. Dia kata walaupun Abang tak suka Yuya, yuya rasa sayang Abang....
Don't worry boy, Abang pun sayang Yuya jugak. cuma Abang nak "macho" sikit. Tomorrow kena ambil dia pkl11pagi. Pi klang lagi....!
Tahniah utk abang..dan uncle juga..
Dear Rezeki.
Thanks..memang Uncle dah register nak masuk Ironman Langkawi...tapi depa tak bagi...nak buat macamana? Heh3...
But to you I would like to say, enjoy the trip, enjoy the games and enjoy everything!
Dear Ms L.
Memang seronok duduk sini kalau ada family...kawan2 Uncle yang dari KL bila mai sini semua dah beli tanah ataupun rumah...takpalah...rezeki depa!
Dear Azieazah.
Takpa2...nanti jangan lupa sambung baca.....
Dear aunty W.
Mana boleh ambik gambar...I was the photographer...nampak bayang jadilah...
Abang memang macam tu...kalau tak tanya, langsung tak cakap! But deep inside I know that he missed his siblings that is Yuya and Marina...Missed them too!
Dear Pinat.
Uncle tumpang seronok saja....buatlah apa2 pun yang elok!
Dear Uncle,
Assallamualaikum,,seronok habislah kalau dapat kayuh basikal ni..
exercise dan dapat tengok panorama dengan jelas..dapat rasa panas dan dingin.
Semuga uncle sihat..terbabas basikal sikit jer...kalau sentiasa ok tak best juga perjalanan itu.
w/salam
Dear Nadz.
Waalaikumsalam. Memang Uncle seronok sangat dapat bawak guests keluar jalan2 naik basikal sambil pada tu dapat bercerita kat depa pasal keindahan tempay kita. In order untuk kita bercerita kat depa, Uncle kenalah tahu dan buat homework betul2 pasal tempat ni dulu. ...
Salam Uncle,
tahniah anak bapak dpt wakil negeri
tahniah uncle berjaya menghabiskan kayuhan basikal( tak sure entah brp kali duk berenti tuh)..syabas
tahniah pd jalan cerita yg buat Taj duk gelak n senyum2 sorang2 nih..
best la langkawi...lum try bawak basikal jalan2 langkawi...nak kena try nih..
cayalah uncle...walla
salam
uncle...
senyum sajo baca entry uncle hehehehe
"walaupun Abang tak suka Yuya, yuya rasa sayang Abang...." sedih rasa....
Dear Taj.
Thanks for the wishes...sememangnya Uncle berhenti sepanjang jalan. Mana larat....seat dahlah keras! Uncle pun dah takda isi sekarang ni. Naik kebas ponggong! Puas kalau pembaca boleh dok senyum membaca!!!
Dear ML.
Macam tu lah depa. Tak tahu macamana nak express perasaan masing-masing bila berdepan. Bila dah jauh macam ni barulah dok bercerita pasal abang. Yuya pun dah tak tengok tv sebab abang tak ada sekarang ni selama seminggu. Boring, dia kata!
uncle,
nanti pi langkawi saya nak naik basikal. tapi tak best pulak le kan nak naik sorang-soranggg..
Uncle,
bila nak bergambar tengah2 sawah?? cam dalam filem :P
kalau xde orang nak tulun snap, pakai si kaki tiga je. haha
Dear Catz.
Takpa...nanti kalau dah tak larat nak kayuh basikal, Uncle boleh "kokko..." Heh3...cuba cari apa makna "kokko" tu...!
Dear Kuey san.
Amboi dah lama tak dengar cerita...ingat tak masa kita jumpa kat stadium shah alam dulu? La ni abang lagi tinggi!
Catat Ulasan