Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Selasa, September 28, 2010
【LIVE】TUBE - 十年先のラブストーリー【2007】高画質/HQ
Dari semalam aku terasa sedikit sayu...aku cari apa sebabnya aku merasa sayu, rupa-rupanya aku teringatkan masa-masa aku berada di tokyo dulu. Aku cuba google pasal jepun dan selama beberapa jam aku tak dapat mencari jawapan yang tepat. Penat aku berfikir dan akhirnya aku teringatkan lagu-lagu jepun yang amat aku minat dulu. Aku masuk ke youtube dan cuba mencari favourite band yang aku enjoy lagu-lagunya....aku terjumpa satu kumpulan pop yang dipanggil TUBE. Pasal apa depa dipanggil TUBE tak ada kena-mengena dengan YOUTUBE! Satu yang pasti, lagu-lagunya mengembalikan ingatan aku pada jepun...satu kelebihan jepun ialah, semua lagu-lagu yang top pada waktu-waktu tersebut akan disiarkan sebagai lagu untuk commercial. Tak kiralah lagu untuk commercial ataupun iklan minuman ataupun kenderaan. Semuanya iklan-iklan tersebut akan menggunakan lagu latar yang sedang top pada masa tu. Dan salah satu group yang famous adalah TUBE. Tak terkira aku berapa banyak iklan di TV yang menggunakan lagu-lagu depa. Dari situ aku mula ter"hooked" dengan lagu-lagu jepun. Aku dapat tahu yang kumpulan ni sangat famous dengan lagu-lagu yang berunsurkan musim panas...sebagai contohnya keriangan di waktu summer dimana aktiviti-aktiviti pantai@beach activities sedang banyak berlangsung dan true enough, kumpulan ni cuma famous during summer period! Amazing....
Setiap kali aku balik kerja pada waktu malam, aku akan bukak TV dan tunggu iklan. Kalau tak ada lagu TUBE, aku akan susah hati dan tunggu sampai ke pagi...esok pagi aku macam biasa akan bangun awal dan bersiap untuk ke tokyo bay hilton. Balik malam almost midnight, bukak TV dan tunggu TUBE!
Balik ke KL aku cuba cari kaset lagu-lagu TUBE yang selalu aku jumpa di kedai-kedai lagu di ATRIA. Belakang KIMISAWA! Aku dengar, hafal dan cuba cari makna...minat aku kepada lagu lagu jepun beralih kepada bahasa jepun dan dari situ pulak aku menyambung kelas malam bahasa jepun di damansara utama. Sederet dengan balai polis damansara utama yang mana dulu merupakan tempat untuk budak-budak buat KPP. Cikgu jepun aku heran pasal apa aku minat sangat ataupun boleh aku katakan sampai "obsessed" dengan apa-apa saja berkenaan Jepun. Hubungan aku dengan aunty bertambah baik dan itu aku jadikan sebab untuk belajar bahasa jepun dengan lebih giat lagi. More to conversation....sebab aku geram tak dapat explain kat aunty apa kehendak aku ataupun selalunya maksud aku akan tersasar kalau bercakap orang putih. Aku nak cakap lain tapi aunty paham lain! Geram tak sudah....tiap-tiap malam aku dengar lagu TUBE.
Malam tadi bila aku dapat tengok kumpulan yang famous ditahun-tahun 90-an ni di YT, aku rasa puas.....aku paste kat dalam FB dan sekarang aku paste pulak kat dalam blog aku. Tahun lepas masa aunty dengan budak-budak balik kampung, the only thing that I want at that time was to have their cd's....kalau tak salah aku aunty tak dapat jumpa ataupun mungkin aunty tak sempat nak cari. Tapi aunty pandai sikit, dia pesan kat kawan opis dia yang nak balik kampung untuk carikan untuk aku. Dapat pulak....horr liao!
Dari semalam aku dok dengar lagu yang serupa berpuluh-puluh kali. Dari lupa lirik sampai dah ingat lirik balik.....ada sekali tu sebab aku nak sangat pergi sana sampai aku terpikir yang jadi penyanyi lagu-lagu jepun....kalau aku famous kat sana, tak payahlah aku susah-payah nak balik sini...heh3...mimpi lah....1-2 tahun lepas, aku terdengar lagu-lagu lama jepun yang dipanggil ENKA yakni lagu-lagu traditional jepun yang pendengar dia rata-rata orang tua. Tapi kali ni lagu-lagu tu dah jadi satu fenomena baru. Tiba-tiba Jepun dah dilanda wabak ENKA! Aku heran pasal apa jadi macam tu. Aku cari dan dok cari tapi tak dapat-dapat jawapan. Last-last aku dapat tahu ynag ada satu budak amerika duduk di jepun, fasih cakap jepun, nenek dia orang jepun dan merupakan budak yang gilakan lagu rap dok mentanyi lagu ENKA dalam rancangan TV di Jepun. Budak ni nama dia JIRO. Jiro ni kalau nyanyi, pompuan jepun yang tua-tua boleh meleleh ayaq mata....in fact bukan depa saja, aku pun sama naik! Memang menakjubkan. Suara dia, patah perkataan dia, lenggok bahasa dia, kalau tak tengok muka memang kita ingat budak jepun tapi rupa-rupanya budak amerika!!! Boleh google dan taip nama JIRO. Tengoklah kat YT dan aku pasti kalau dengar dia nyanyi, mulut kita mesti ternganga.......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
16 ulasan:
Shah nganga sebab teruja, kakcik nganga sebab tak faham sepatah haram.. hehehe... :)
Eh kakcik jaga2 satgi ayaq lioq meleleh!!!!
salam uncle
hehehehhe
dedulu masa memuda sukalah jugak tgk cite nippon , psl awek nippon ni suka pakai skirt dan stokin panjang sampai lutut heheheh
lps tu cite alih bahasa melayu pulak, mcm suara cite doremon tu
tu dulu2 tau masa zaman muda remaja
hehehehehehe
Bila baca posting Uncle, teringat masa zaman2 sekolah kat STF, suka dengan lagu Sukiyaki. Tapi sebab tak paham lirik, kita orang tukar lirik tu dengan nama2 tempat di Jepun, ambik dari buku geog :-) Habis semua perkataan jepun kita orang guna, oshin, toshiba etc. Nasib baik masa tu tak ada lagi doremon atau ultraman ;-)
Salam Rezeki.
Oooo mini skirt pendek yea...apa kata kalau mintak tolong Mak Itam pakai pulak nanti...heh3...jangan marah yea...melawak saja...but anyway,that's their school uniform. Entah2 marina kalau kat sana pun macam tu jugak kot! KAWAIIII.....
Salam DadaIQ.
Lagu tu dan termasuklah Revival@Ribaibaru adalah merupakan lagu2 lama yang dah berusia berpuluh tahun. Lambat masuk ke Malaysia. Kalau tak salah cuma ditahun 80-an masuk sini. Anyway, kalau kita kata lagu J Mizan tu lagu dia, apa kata kalau dengar kat jepun nyanyian penyanyi jepun...you'll be surprise......sapa tiru sapa? Sama jugaklah dengan lagu-lain lain...heh3...
salam,,,,,pak cik
lagu tube tu masa pak cik dok nyanyi kat aunty ka? itu sebab yg hafal tuuuu,,,,,cairrrrr
hahahaha
TQ: memang penyamun
Salam Penyamun.
Lagu dia memang berkesan kat hati kami dan banyak cerita2 yang menarik....memang cair!
Kepala Penyamun!
salam uncle...
ni kira kenangan lalu erk
kalau zaman dulu mana leh lupa no
lagu pebret sampai bila pun tetap jadi kenangan......
teringat arwah bapa yang juga obses dgn jepun.Bahasa jepun ,budaya jepun.Dulu kalau jumpa mesti dengar haik haik ...tapi la ni semua dah sunyi.
itulah kenangan lalu yang sangat menusuk jiwa. Kalaulah boleh berpatah balik...alangkah bestnya!
Salam Mokjadeandell.
sekarang saya masih lagi hait-hait kat rumah walaupun anak-anak sangat malas nak practise....takut depa terlupa asal-usul depa!
Assallamualaikum uncle,
Seronok ya kalau tahu dan faham bahasa Jepun.
Mama nadz dulu-dulu tengok drama 'Oshin" kalau tak alihbahasa agaknya tak faham-faham sampai kesudah.
uncle...
sekitar tahun 82.. ada satu lagu jepun (perempuan-penyanyinya) top sungguh best... tapi tak pandai nak cari sebab dah lupa title.. tapi masih ingat memang best lagu jepun tu...
hmmmm... macammana nak cari yer...?
(patutnya hari tu, akak kawin jer dengan orang jepun ....)
Salam Ibu N Abah.
Kalau tak salah saya group tu namanya "Shojohtai". Pernah famous kat malaysia sekejap sebab pompuan2 tu kawaii2.......
Ish...kakak ni, apa kahwin dengan jepun pulak....heh3...
Salam Mama Nadz.
Memang seronok kalau faham bahasa asing....mama masih belum terlambat untuk belajar! Anyway, sampai sekarang siri tu masih famous....
Catat Ulasan