Isnin, April 25, 2011

Apa yang tak kena ni?

Hangin satu badan tak habis-habis lagi ni. Pus-pus pun ada, kus-kus pun ada! Macam-macam tak kena bila aku balik mai sini. Sampai aja aku kat sini, aku hantar laptop aku repair kat Plaza LY. Katanya "fan" aku rosak. Oklah fan rosak, aku tak kisahlah sangat. Dia tukar dan charge aku yang aku rasa chargesnya tu manasabah walaupun aku tak tahu range harga dia berapa. Lepas 2 hari hantar repair dan aku tak sempat nak lari ambik balik, bila aku check, banyak benda yang tak kena kat dalam tu. Mail aku tak boleh nak access....dah lah email tu lah yang "al mangga@satu-satunya" yang aku selalu pakai....sampailah ke hari ni aku tak boleh nak bukak email aku dan terpaksa aku tukar ke gmail yang selalunya aku tak pernah pun pakai ni! Nak cari contact pulak satu lagi hal...habis semua contact aku kat Bali semuanya hilang! Hangin........

Sampai aku kat rumah, selain bertanya khabar pasal family, aku jugak sangat prihatin kat motor aku yang berpanas-hujan sepeninggalan aku. 78 kali aku tendang, tak naik-naik jugak sampai paha aku besar sebelah! Tolak lah aku kat kedai Ah Meng yang jaraknya tak lah jauh cuma 1 kilometer saja.........berpeluh aku tolak sebab last sekali aku tolak adalah lebih kurang 2 tahun sudah! Manja sungguh motor aku ni...sampai kat Ah Meng, dia tukar plug dan motor aku jalan balik...aduuuhhh hangin.......

Lepas tolak motor, esoknya, dari leher sampai kat pinggang aku terasa "nyut-nyut". 3-4 hari jugak aku dok tahan sakit ni dan semalam ngam-ngam keluar dalam newspaper article pasal "chiropractic". Macam dia tahu-tahu pulak aku sakit belakang. Bila dah sakit belakang, apa yang aku nak buat semuanya tak jadi. Nak scuba diving tak boleh, nak horse riding tak boleh, nak ke shooting range tak boleh (berangan macam orang kaya-kaya!), last-last aku terbaring depan tv the whole weekend tengok "spongebob squarepants" dengan marina sambil dok bergelak sakan akan kebodohan si Patrick tu.....hangin...............

Satu petang yang syahdu, masa aku nak keluar opis, tiba-tiba jam aku jatuh, tali jam putus....nilah satu-satunya jam mahal yang aku ada. Tu pun orang dari dubai yang kasi (ada aku cerita dulu...princess kat dubai kasi aku dan phone number dia masih aku simpan tapi la ni hilang sebab sim card aku rosak!)

Ada satu petang masa aku tengah dok kerja, aku dapat satu panggilan kecemasan dari aunty. Panic dia, dia cakap fridge dah rosak dan freezer tak sejuk.....pergh....bagai garuda membelah bumi aku rasa. Kepala otak dok ligat pikir kat mana aku nak cilok harta aku yang menimbun-nimbun tu. Balik petang tu dengan muka welfare dan gaya jalan yang lemah-longlai, aku seret kaki kiri aku masuk rumah. Malam tu aunty seret kaki kanan aku pergi kedai letrik kat bandar baru ampang! Salesman sengih kat aku walaupun aku jegilkan bijik mata kat dia. Malam tu aku kalah di medan perang.......aunty dapat toshiba malam tu jugak......ikan, dagin dan sayur aku kembali segar! Aku pulak, hangin............

Ada beradik-beradik nak mai dari jepun. Aku dengan bangga, besar hati dan kembang hidung, pelawa duduk rumah. Maklumlah...kita kan kaya dengan budi bahasa! Macam aku dok jaga VIP dulu, setiap visit aku akan adakan dry run.....check list aku seperti berikut:

1) tv buruk.....BUANG!
2) khemah marina.....sembunyi di bilik wiwit!
3) beg2 sekolah lama.....sembunyi di bilik wiwit!
4) buku2 sekolah lama.....sembunyi di bilik wiwit!
5) wiwit.....aku tak tahu nak sembunyi dia kat mana sebab dia besar!!!
6) tilam.....bukak baru!
7) Kipas ceiling.....siap dan in good condition!
8) hot water heater.....rosak!
8) air cond.....rosak!

Aduuuhhhh, maka dengan itu, aku nyanyi satu rangkap lagu Alleycats yang tajuk aku dah lupa! Macam ni bunyi dia, ".....apakah dosa ku.....apakah salah ku.....biar ku merana..biar ku derita...asal kau bahagia...."

18 ulasan:

kucingorengemok berkata...

semua dok sorok dalam bilik wiwit, heh heh heh...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

hihihi uncle...dah kat umah skrg lagi berhangin-hangin :))

rezeki berkata...

salam uncle

hehehehe

sabo jelah,
lps ni boleh nyanyi lagu alleycats yg ni pulak

"kuala lumpur ...."

takde pulak alleycats nyanyi lagu "bali ... " hehehe

Kakzakie berkata...

Sesekali hangin datang serentak memang banyak hanginnya uncle...

Sabarlah... sesekali kena uji dah macam tsunami sampai lepak....

Uncle berkata...

Salam KOG.
Kesian jugak kat wiwit tu....heheheheheh tapi takpa.....dia kata, campak je lah kat bilik dia.....

Uncle berkata...

Salam KN.
Hangin sebab semuanya rosak....bingung dech! hahahahahahah. Kita kata bengong tu blurr-blurr ala-ala tak brapa pandai...tapi kat indonesia depa kata bengong=mengelamun!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
La...lagu Kuala lUmpur tu teringat masa saya naik bas SKS dari seremban ke puduraya circa 1981 dulu...hahahahahaah dan baru tadi dok cerita kat kawan nama KUDO pasal lagu tu....dia budak pilahhhh satu kelas dari 81-85! What a coincidence!!!

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Kalau nak uji pon bagilah itinerary dulu.....ni dia mai tak bagi warning langsung! Parah!

taj berkata...

Salam Uncle...


hehehehee........minggu hangin ker...hangin datang bertimpa2 lak...huhu
saborrrr jelarr...
bilik wiwit.....uncle duklah kat situ, tenangkan hangin sambil layan lagu...ngeh3x

Uncle berkata...

Salam Taj.
Duduk bilik wiwit? Mahu aunty tak masak seminggu....konfrontasi...hahahahahaha

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

wah bestnya uncle...sedara untie nak datang ni
nanti jangan lupa shoot banyak2 sikit gambar depa taw.....

en_me berkata...

rajinnyer uncle mengemas tewww.. ehehe

Mar'iyatul Qibtiah Abdul Kahar berkata...

salam uncle...
bila dah nak 'terkena' tu... dia dtg berangkai2...
bila lapang, diberinya lapang sangat...
mana2 pun serupa, uncle....
selamat melayan family dari jepun... :-)

Uncle berkata...

Salam Dila.
Kelmarin depa sampai. Booking pulak kat Renaissance...tempat 10 tahun uncle kerja...apa lagi, uncle pun tumpang seronok jumpa penyamun2 lama...tenang sikit depa duduk kat situ...tak lah risau sgt...

Uncle berkata...

Salam en_me.
Bukannya uncle yang mengemas...tapi wiwit yang mengemas.....aduuuh nanti dia nak balik kampung, mampus......kesian kat aunty pulak nanti!

Uncle berkata...

Salam MQAK.
First time comment rasanya ni. Anyway, thanks for the message....ni tengah dok pikiag nak bawak depa pi makan kat mana pulak la lepaih ni.....ada banyak gambaq2...tunggu the next entry!

Ibu n Abah berkata...

uncle...
akak tersilap teknik...
mar'iyatul qibtiah tu anak akak.. akak guna laptop aisyah.. tp keluar nama mar'iyatul...
(nak terkena jugalah tu...)

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.

Thanks anyway....patut nama tu tak pernah appear pun...hahahahahah

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...