Sabtu, April 09, 2011

Saturday yang santai!

(great lunch...simple yet tasty mie goreng!)

Makanan kat sini memang banyak pilihan. Yang penting tahu dimana nak cari dan jenis makanan apa yang kita nak. Ada beberapa restaurant yang sentiasa aku tengok penuh bila aku lalu. Kelmarin aku dok sembang dengan tamu dari Brazil yang datang sini untuk bina yacht. Dia tanya aku kat mana nak makan...aku pulak dok cerita kat dia pasal Bebek Bengil, Ibu Oka, Bebek Tepi Sawah, Warung Wayan etc....macam aku pulak orang local! Tapi yang tu semua aku tak tipu sebab kalau tengok kat dalam buku-buku pelancongan bali ni, kita akan baca berkenaan tempat-tempat makan ni. Depa happy dengar aku cerita pasal Ubud. Aku pun dok kelentong depa dengan konfiden...hahahahahah. Kelmarin ada couple mat salleh yang tanya aku pasal short-cut nak ke Denpasar.... Aku pun cerita bagai nak gila, aku cakap dari jalan raya ubud, hang masuk Peliatan....sampai kat simpang tiga, kona kiri....bawak terus sampai ke Gianyar...terus lagi dan ikut sign board ke Denpasar.....Hahahahahahah, last-last aku cakap ikut sign board sebab aku dah tak tahu nak suruh dia ikut jalan mana.....tapi muka aku tetap serious...hahahahahahah dia angguk-angguk dan cakap terimakasih kat aku sambil marah kat isteri dia sebab salah tunjuk jalan....aku larik!!!!


(that's beatriz from chile on the left....she travels around the world alone and on the way to Flores next week!!)

Ada sorang lagi tamu aku yang best...nama dia Beatriz. Budak Chile. Last week masa aku jumpa dia, dia jalan terhencot-hencot. Kaki dia luka dan dia tak perasan. Cuma lepas tak boleh jalan barulah dia pi klinik dan ternyata dah ada infection. Terlantar 2 hari kat rumah dia, Bila boleh jalan dia datang melepak kat tempat aku. Kami bersembang dan memang dah aku ni suka bersembang! Aku respect dengan pompuan-pompuan yang travel sendirian ni. Aku sendiri tak tentu boleh travel sendiri atau tidak. Tapi dulu aku selalu jugak travel berdua. Tapi yang tu dengan aunty.... bukannya sendiri. Beatriz dah sampai ke Vietnam, Thailand, Malaysia, Myanmar dan sekarang di Bali sebelum meneruskan perjalanannya ke Flores minggu depan. Dia akan duduk rumah penduduk tempatan, ikut budaya tempatan dan belajar bahasa tempatan dan apa saja local. Setakat ni dah 7 bulan dia berjalan...total semuanya 2 tahun dia nak round dunia!

(anak kecik yang mintak duit kat bule....bila dah dapat duit, dia masuk Delta Dewata, beli potato chips...hahahahah)

Tiap-tiap hari aku tengok budak ni kat depan Delta Dewata (macam 7-11 kita). Dia tak hulurkan tangan kat penduduk tempatan tapi tangan dia panjang minta simpati kalau ada bule yang lalu-lalang kat situ. Lepas dapat dia akan bersorak happy dan terus lari masuk ke Delta Dewata 24 hours tu. 2-3 minit lepas tu, aku tengok tangan dia dok genggam air coke dan Pringles....Abang dia akan duduk kat depan restaurant Egalancha. Pun buat aktiviti yang sama dengan dia yakni mengemis. Abang dia ni ganas sikit sebab akan ikut bule kemana-mana saja sampailah dia dapat apa yang dia nak! Mak depa tunggu kat depan Post Office kat depan Bali Buddha Restaurant dan masih menjalankan aktiviti yang sama.....It's all in the family!

(ni abang tauhu gunting yang tiap2 hari aku tengok..)

Tauhu gunting ni sedap. Macam gaduh-gaduh. Digoreng dan digunting selagi panas. Pasai apa dia gunting masa panas dan bukan masa sejuk, janganlah tanya kat aku. Aku cuma tahu makan...bukan tahu gunting! Pakai saus kacang. Kalau rasa dah terlebih makan the day before, maka yang nilah akan menjadi lunch aku untuk keesokan harinya. Tapi kolesterol tetap tinggi sebab disimbah kuah kacang kat atasnya! Abang tauhu gunting ni memang ada ramai peminat sebab aku tengok dia tak pernahnya stop preparing the food. Ada saja order dia mana-mana dia pergi. Sedap dan murah! Bila dia nak jalan, ada lagi budak-budak dok kejar belakang motor dia...ala-ala Beatles kena kejar dengan pompuan kat Abbey Road masa lepas concert....hahahahahahahah

(fragrant rice by Janet. Aku jumpa Janet minggu lepas di Indus...had a long chat!)

Minggu lepas aku ada meeting dengan sorang pompuan bule dari australia yang dah lebih 20 tahun duduk kat sini. Nama dia Janet De Neefe. Kahwin dengan Pak Ketut dan ada anak 4 orang. Orangnya tinggi lampai dan cantik walaupun umur dah sekitar 50-an. Lama kami bersembang di Restaurant posh miliknya yang bernama Indus. Dia jugak pakar masakan bali. Tujuan aku berjumpa Janet ni ialah sebab aku nak promote tempat aku dengan menjadi salah satu venue kepada Ubud Writers Festival yang akan berlangsung pada bulan Oktober selama 5 hari nanti. Event tu merupakan event tahunan yang mengumpulkan pengarang-pengarang buku dan novel yang terbaik dari seluruh dunia. Tahun lalu ada seramai 130 penulis-penulis ini memenuhi Ubud selama seminggu dan penulis kita yang selalu ikut serta ialah Raslan yang ada column didalam salah sebuah akhbar berbahasa inggeris kita. Janet ni sangat baik dan sangat berpengetahuan tinggi. Selain Indus yang sangat posh, dia juga ada Cafe Luna yang juga sangat famous dan sentiasa penuh dengan tamu. Hari tu aku beli buku karya Janet dan sekarang tengah dok baca....seronok cerita pengalaman dia di Bali....Janet bercerita tentang pengalaman dia bila Sari Bar dan Paddy's Bar dibom pada 13 oktober 2002. Pada sesiapa yang nak tahu mengenai Janet, boleh google dan taip nama penuhnya....

Aku nak keluar sekejap ke printer sebab nak tengok brochure aku dah siap ke belum? Kalau dah siap aku boleh collect. Selain daripada tu aku mungkin sempat jugak nak ronda-ronda kat kedai di sekitar jalan hanuman!!! OMG.....I love Bali!!!

15 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle

mmg budaya org barat akan pi tour ada yg sampai 1-2 tahun, depa keja dan kumpul duit dan bila dah cukup, terus pi travel ala2 backpackers , ada pula yg sanggup buat loan bank semata2 nak pi travel dalam 1-2 tahun

tapi kalau yg dh pencen dan duit pencen tak habis makan, depa pun selalu pi travel tapi bukan dalam gaya backpackers psl depa dah berumur sikit.

last year jumpa satu couple kat E&O penang dari jerman yg dah pencen , bual punya bual rupanya dah sebulan kat E&O tu, lps ni katanya nak ke HK pula . Punya 3 anak , sorang lahir kat Vietnam, sorang HK dan yang tak tahannya sorang born in malaysia hehehe

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

baca cerita ankel sahaja pun dah seronok, apatah lagi jika menginap di sana!

suatu hari nanti!..

btw, 'bule' tu apabenda? pelancong ker?

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Memang kebanyakkan depa lagu tu. Uncle sendiri pun memang suka lagu tu. Ramai dah Uncle jumpa. Semalam ada sorang lagi dari Holland tapi duduk Honolulu dan sekarang tinggal kat Ubud selama 6 bulan untuk mencari ilham bagi menghabiskan penulisan novel dia....hebat dan seronok bersembang dgn orang yang banyak pengalaman macam ni.

Uncle berkata...

Salam Pi.
"Bule" tu maksudnya = Mat Salleh!!! dan memang seronok kalau duduk kat sini. Santai dan teramat santai!!!

azieazah berkata...

Banyak merantau dan berjalan merata, ramai ler orang yg dijumpa.

Sikit hari lagi UNCLE pun boleh fasih bercakap ala ala Bali. Hahahaha rupa macam dah ada tu. hehehehe gurau.

UNCLE, jaga diri dan kesihatan ok. Bila ntah dapat jumpa Uncle lagi, lepak sambil chat cerita pengalaman. Best.

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
uncle memang suka berjalan dan apa kata kalau Azieazah datang bali pulak...bawaklah rombongan mai sini....boleh kita ngopi sambil sembang macam dulu...hahahahahah

norh berkata...

nak himpun duit banyak2, nak jadi lagu Beatriz tu la...

Uncle berkata...

Salam Norh.

Kumpoi banyak2.....pi jalan2.......sronok!!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Selalu tersenyum bila baca entri uncle...bila nak compile wat buku kasi KN satu copy :))

Yattisa Roslan berkata...

salam uncle... santai nya kehidupan wah jeles!

Uncle berkata...

Salam Kak Nab.
Thanks for reading dan thanks for, senyum2....jangan tereyak sudah naaaaa KN! Amboi Tok Ma sibuk jaga cucu pon dan baca blog lagi noooo. Respect lahKN!

Uncle berkata...

Salam Yatt.

Bahgia kerja dengan santai ni...

taj berkata...

Salam unkle...

sampai bila nk duk bali nih...
duk ar lama2 kat bali tu... tgu taj kumpui duit, rasa cam nk pi sana ja...hehehe
mai baca n dengaq cerita ni...wat hati naik syok ja...
nanti unkle tolong cari tmpt tgl na...hehe

Uncle berkata...

Salam Taj. This saturday dah balik KL.....2-3 hari saja lagi...hahahahah tapi kalau Taj teringin nak mai sini, bagitahukat Uncle. Akan diorganisekan....

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

Pasti uBUD meninggalkan kenangan yang amat indah buat UNCle. Info pelancongan yang sangat menarek...tq uncle

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...