Rabu, April 06, 2011

Books and more books..

Aku memang suka baca buku. Asalkan jangan suruh aku baca buku sekolah sudah...2-3 tahun sudah, aku dah cerita yang dulu aku suka baca komik. Masa tu dalam tahun 77 tak silap aku dan aku duduk kat melaka masa tu. Tiap-tiap hari aku simpan duit sekolah sebab tujuan aku cuma satu. Nak beli majalah Gila-Gila yang sangat famous dan baru saja keluar dengan Professor Serbatahu dan kartun-kartun Rejabhad serta From Taiping With Love dan A Mamud yang selalu buat aku gelak sorang-sorang kat dalam toilet!

Kemudian tak berapa lama kemudian,berubah ke Gelihati dan bila besar pulak dan la ni pun kadang-kadang aku baca majalah Ujang! Mamak kedai tu tanya sapa punya majalah tu? Aku jawab, beli kat Yuya!!! Cerita pasal Ujang ni, masa aku kat Mekah dulu, ada sekumpulan VVIP yang duduk kat tempat aku. Salah sorangnya ialah VVIP kartun, Datuk MOY. DMOY ini sorang yang sangat down to earth. Bersembang dengan dia tak terasa yang aku dok bersembang dengan tokay majalah kartun. Dengan penampilan yang sangat serious, aku rasa kalau penyamun-penyamun tengok, ketaq lutut tak boleh nak lari. Suara DMOY pulak tu dalam, ala-ala pembaca berita.....pergh.....ada kami bersembang sambil minum kopi beberapa kali dan kegemarannya ialah minum kopi "O" dan dicampur satu scoop vanilla ice cream!

(buku2 bali yang penuh kat library)

Masa di sekolah menengah, aku mula membaca tulisan-tulisan yang pelbagai dari pelbagai genre dan salah sorangnya ialah dari Asia Tenggara iaitu Pramoedya Ananta Toer. Seorang penulis dan pemikir yang sangat hebat dari Indonesia. Lupakan tentang penahanan dia dan kisah dia dibuang negara tu tapi lihatlah pada hasil kerja dia. Malam tadi waktu aku ke Periplus untuk mencari buku-buku, aku ternampak koleksi pengarang tersohor ini. Aku borong 5 buku dia. Ni tengah dok pelan-pelan baca satu persatu. Kelima-lima buku itu dihasilkan sewaktu PAT berada didalam buangan sebelum diberi pengampunan...

(salah sorang yang tiap2 hari aku jumpa dok baca buku kat library favourite aku ni....sapa la orang ni?)

Aku juga suka membaca buku-buku management dan positive thinking. Seronok dengar cerita depa walaupun pada aku pointnya sama, tapi olahan depa sangat menarik. Membaca perihal kejayaan Marriott, Hilton, Microsoft, Airasia, Virgin, Ford, Toyota dll adalah merupakan kegemaran aku terutamanya sekarang ni...sewaktu bersarapan sebelum ke tempat kerja. Sedikit sebanyak memberikan aku sedikit motivasi untuk memperbaiki diri dan menjadi terus positif. Begitu jugak buku-buku Warren Buffett, Da Silva dll yang tak kurang hebat membuatkan aku sangat teruja untuk menghabiskan setiap buku yang dibeli dengan secepat mungkin.

(yang baru dibeli kelmarin...)

Banyak pelajaran yang dapat kita perolehi bila kita ni rajin membaca. Salah satunya ialah bila aku dapat tamu yang datang dari pelbagai negara, aku mampu bersembang dengan depa apa saja topik yang diutarakan. Kadang-kadang depa pun terkejut macamana aku boleh tahu tempat depa lebih daripada depa sendiri. Hahahahahahah.....tu lah kelebihan banyak membaca....walaupun aku tak rajin baca buku sekolah.....hahahahahah

14 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle

saya pun suka membaca , tapi saya jenis slow readers , suka baca sambil santai2 atas katil , tu yang lambat nak habis satu buku hehehe
bukan apa, menghayati dan menikmati pembacaan hahaha

sekarang tgh baca buku yang takde di pasaran tapi hanya dijual di galeri oleh tuan punyanya "Komposisi & Cahaya" setebal 307 muka surat dgn gambar dan ilustrasi , pengalamannya selama 50 tahun sebagai photograper.

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Takpa...janji membaca...Kalau kat jepun, depa suka baca mangga kat dalam train...bila habis baca, depa tinggalkat kat rak barang atas kepala. Orang lain naik train dan capai mangga tadi...dan begitulah seterusnya....malangnya budaya itu belum sampai ke kita. Makanya, Kampung Buku di Langkawi ditutup! Sayang sekali....

hayati berkata...

salam uncle

seronok membaca..ramai yang kurang membaca kerana kos yang agak tinggi. mungkin bole buat sale untuk buku yang dah lebih setahun kuar.

kg buku jauh...nak naik feri baru bole pergi...lain la kalu kita kerja sana..heheh

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

budaya membaca memang kita jauh ketinggalan. tak lupa juga sya. saya amat malas membaca. hahaha. cuma akhir2 ini, saya rasa, saya perlu membaca agar tidak ketinggalan dan agar saya dapat ilmu dari sudut pandangan berbeza orang lain.

tapi la nih, nak habiskan buku2 yang ada ini, satu cabaran sebenarnya. wahhhh


dahlah tak berapa reti omputeh. asyik belek kamus ja. hahahaha

Uncle berkata...

Salam Hayati.
Saya rasa bukan pasal buku tu mahal...tapi pasal minat tu tak ada..Kalau tidak, adik-adik kita boleh ke library...

Tentang kampung buku pulak, saya rasa tak perlulah kita kesana semata2 untuk ke kampung buku tapi bagus kalau kita kesana kalau kita dah memang ada disana...but anyway, i think kita belum sampai ke peringkat tu lagi..

Uncle berkata...

Salam Pi.
Budaya membaca ni ambik masa lama nak semai. Bukan 1-2 tahun tapi kadang2 sampai berpuluh2 tahun. Kalau kita start dari rumah, insyAllah anak-anak akan terikut....mempelbagaikan genre bacaan akan meningkatkan pengetahuan kita bukan kepalang.....hahahahahah Uncle pun macam bagueh....hahahahahah

Tanpa Nama berkata...

salam pak cik

sy pun suka membaca tapi tak la sehebat pakcik...hehehe...tapi kalau buku sekolah sama hebat ka kita,,,sbb sy tak suka baca,,,tapi itu duluuuuu hheehehe...
tapi kalau kita kawan dgn org banyak ilmu kita akan boleh sedikit ilmu diaaa itu pun kalau kita bertanya. begitulah sebaliknya....baca blog pun sy rajin,,,,hehehe

tq: penyamun lagiii

Uncle berkata...

Salam Penyamun.
Bagus kerana penyamun masih membaca walaupun sibuk dengan kegiatan menyamun! Belajarlah dan semoga usaha penyamun akan membuahkan hasil yang lebih lumayan...hahahahahahaha

Kepala Segala Penyamun!

azieazah berkata...

Setuju. Membaca ni pelita ilmu, tanpa ilmu masa depan gelap gelemat.

Saya pernah khatam 2x buku Keluarga Gerilya (Pramoedya Ananta Toer). Bahasa Indonesia yang sungguh klasik.

Jika di Msia pun ramai penulis hebat (gitu juga kartunis2 hebat).


*Nak join jadi geng penyamun bleh dak? Kot leh jadi tukang masak utk penyamun penyamun. hehehe

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Keluarga Gerilya tu sounds very2 familiar dan walaupun dia Indonesian author tapi kalau tak silap Uncle buku dia dulu dijadikan teks sastera untuk tingkatan 6

PINATBATE berkata...

Uncle,
Saya baca Keluarga Gerilya sampai lunyai buku tu..bukan sebab minat sangat membaca,tapi sebab nak ambik STP masa ting 6 dulu..hehehe

pulut coco berkata...

uncle,

i pun suka membaca.seronok kan hobi mcm ni.dan rasa lega bila tgk rupanya unvcle pun ada bnyk buku yg dibeli dan belum di baca.

i am surrounded by books.on bedside table ade 5-6 buku,tepi bantal ada 3 buku.now kene beli rak buku yang baru sebab dah full.
mostly i read motivational n self help books,also buku agama.

Uncle berkata...

Salam Pinat. Itu memang buku sastera kita tu....tahun80-an...

Uncle berkata...

Salam pulut coco.
ni hobi uncle dari dulu lagi...dan cuba diturunkan pada anak-anak tapi depa nampaknya slow sikit nak dapat!

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya) Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientian...