Isnin, Mei 30, 2011

Darrcha..

Tajuk darrcha tu pasal semua cerita masuk dalam satu entry...hahahahah. Last Saturday, masa aku sehari suntuk habis di padang RRI di Sungai Buluh. Tengok abang lawan bola untuk Piala Sultan Ahmad Shah selama 6 bulan bermula bulan Mei. Since sekolah dia daftar pemain agak lewat, jadi pemain-pemain semua dibebaskan untuk bermain dengan mana-mana kelab yang mengambil bahagian. Abang join dengan UKRC ataupun Ulu Klang Recreation Club. Ada beberapa pemain yang diserapkan masuk kedalam UKRC. Jadi para pemain yang tak sempat daftar tu adalah peluang main dalam "competitive tournament" selama 6 bulan. Kalau tidak mesti depa boring!

(aku memang tergoda tengok gambar ni...dah buat wallpaper pun!)

Gambar kat atas tu aku ambik dengan kamera auto yang baru. Okay jugak. Nampak terang sikit dari yang aku punya yang lama tu. Rabun semacam! Gambar tu actually untuk article aunty yang baru dalam majalah nikkei dia. Dan akan di terbitkan untuk edisi bulan depan kalau tak silap aku. Kembang hidung aku sampai ibu jari kaki pun boleh masuk! Kembang sebab gambar tu aku yang ambik...hahahahaha. Nasi lemak ni memang mengganggu sukma aku selalu. Especially yang bungkus kecik cute dalam daun pisang tu....letak pi lah harga macamana pun. Tangan ni gatai sunggoh nak beli. Mulut pulak terkumat-kamit lapaq nak makan....isyyy, talking about reducing weight! Sapalah yang gatai pi cipta resipi ni sampai Kementerian Pendidikan pun jadikan nasi lemak ni sebagai satu isu!

Tapi aku rasa sebenarnya semua diet tu bermula dari rumah....kalau kita makan yang tak berkhasiat maka anak-anak akan mengikut. Pakcik kat kantin tu dia meniaga....kalau dia letak makanan yang bukan anak-anak kita suka, lingkuplah business dia....sama jugak macam pengarah filem kita...depa buat filem yang orang nak tengok....bukannya yang orang nak kena pikir sampai 2 hari lepas menonton...depa buat pilem nak untung...makanya, jadilah banyak pilem-pilem yang dok ada kat pasaran la ni....depa buat sebab penonton suka tengok "genre" tu....tak salah kan depa!


(melekat terus depa 2 orang ni..)

Budak kecik sorang tu memanjang melekat kat mama dia. Aunty tengah buat seluar baru untuk Marina. Dapat 3 helai....seronok bukan main lagi dia sampai belum letak getah pinggang lagi dah mintak nak pakai...terlondeh-londeh seluar Marina...hahahahahah. Anak sendiri kalau buat apa pun, pak dia akan kata, "pandai sungguh anak aku!" Masa aku kecik macam Marina dulu pun lagu tu jugak. Memanjang melekat kat arwah mama sampai dia bersembang dengan kawan-kawan dia pun aku join sekali. Makcik Limah Pak Majid, Makcik Limah Pak Tahiaq, Mak An, Mak Nya sebelah rumah, Makcik Leha, Mak Kiss, semuanya aku kenal dan semuanya aku tumpang sembang macam orang tua-tua jugak sampai arwah mama cilikan mulut aku selain daripada lengan dan peha aku yang dah tak rupa manusia lagi sebab lebam kena cubit! Hahahahahah...tapi yang aku heran sangat, Marina ni tak pulak kena cili dan tak pulak kena cubit!


(kat tepi padang RRI tengok abang lawan...tukang ambil gambar, Marina)

Abang suka kalau kami pergi tengok dia main bola. Semangat dia main kalau kami dok ada kat tepi padang. Ligat bagai nak gila dia main. Tapi malangnya selama 2 minggu yang dia dah main sebanyak 4 game, 2 kalah dan 2 menang. Agak susah untuk qualify ke 2nd round nanti. Tak pa lah abang, yang penting coach kata, "nasib baik arman ada, kalau tak, lagi banyak kita kena!" Kat situ aku rasa lega sebab permainan abang dihargai coach. Abang pulak sekarang ni dah lebih tinggi dari aku. Give another 2 years aku rasa dia boleh capai 6 kaki kot. Itu yang aku nak. Sebagai defender, ketinggian yang macam tu sangat penting!

Aku dulu pulak, kalau arwah mama dok bertinggung kat tepi padang, mula lah aku sepak batu! Nak sepak bola serba tak kena....nak main tak boleh, sebab terasa yang mama akan hambat aku dengan batang penyapu! Hahahahahahah


(memang muhibbah habis...dari kiri, Joel,Dania, Mei Mei dan Marina)

This is what you call 1Malaysia. Budak-budak ni semua kawan-kawan Marina. Selalu depa dok main sama-sama kat depan rumah dan yang aku paling seronok bila depa masuk bilik dan kunci pintu sambil bergelak sakan....pergh...macam anak dara! Ada jugak sekali-sekala aku lekapkan telinga kat pintu untuk dengar apa depa dok bersembang......rupa-rupanya depa dok bercerita pasal baju Barbie Doll yang ada kat bilik Marina! Hahahahahahah...Bila aku dok mengendap macam tu, aku teringat pulak kat Afdlin Shauqi dalam cerita "Papadom..."

Masa aku nak ambik gambar Marina kat atas tu, neighbour aku yang bernama Patrick, (bukan charactor sponge bob) jengah dari atas dan gelak sakan jugak...dia kata dia suka tengok anak aku dok main dengan kawan-kawan dia...memang 1Malaysia Patrick kata...dia pun tumpang ambik gambar sekali!!!


(lunch aku hari ni di Rakuzen dengan marka....syyy!)

Hari ni aku pi makan tengahari dengan marka lama aku. Sapa marka tu aku tak boleh nak cerita...nanti aunty tahu. Tapi gambar kami berdua ada dalam FB aku. Baru upload...hahahahahahah.....life begins at 40....that's what they say!

11 ulasan:

azieazah berkata...

Tahniah buat abang! Moga terus sukses!

Saya suka tengok UNTIE tu. Serba boleh. Boleh menjahit, memasak dll. Hebat!

UNCLE, saya pernah makan nasik lemak bungkuih kecik camtuh, kat Langkawi. Amboiii... teringat-ingat!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.

Thanks for all the kind words....aunty memang kerja dia lagu tu. curtain, cushion cover, baju dan seluar marina semua buat sendiri.yang punya uncle dia tak reti nak buat!

Nasi lemak bungkuih kecik? Aduiiiii batin terseksa!!!!!

norh berkata...

oittt...aunty ada blog dak? nak pi report kat dia nih... :P


btw, uncle rasa perlu ka function 'pengesahan perkataan' whenever nak komen kat entry uncle ni?

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

uncle. jangan cari gaduh pasal nasi lemak kiut miut neh. saya lambat lagi balik. haiihh..

sini ada nasi lemak felda pun, selambak diorang letak. dahlah pedas pelik jer. ahhh.. teringat pelita ampang! walaupun takdak nasi lemak, tapi ada mee goreng mamak terbaik!!

nanti kita pekena lagi yer.. lepas raya kot? itupun kalo ankel ada lagi lah kat msia.

Uncle berkata...

Salam Norh.
Aunty tak dak blog...but it's okay both of them are the same anyway!!! hahahahahah...

Pasal pengesahan tu Uncle memang tak tahu menahu dan dan rancang pun...semuanya kuasa Google and Blogspot...

Uncle berkata...

Salam Pi.
Kalau nak makan senang saja....kasi FAIL semua subject...amacam? Brilliant tak idea Uncle?

Kalau Uncle tak turunkan ilmu2 tu semua pada anak2 buah...sapa lagi kan....hahahahahah

PINATBATE berkata...

Caitt!! amboi! baguih punya idea uncle kat atas tu nohh..nak suruh kasi fail semua subject gara-gara nasik lemak..mai cikgu nak piat telinga skett..

Nampak gambar aunty dengan mesin jahit tu terus saya selongkar mesin jahit saya yg dok terperuk bawah katil..Rasa semangat pulak nak menjahit semula..

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle
unty pandai jahet menjahet rupanya. best marina dapat baju seluar baru Yipeeeeeeeeee

Uncle
menggoda gambar food bawah tu
top Angel tu, cayyo

rezeki berkata...

salam darı ıstanbul

nı tetıap harı makan kebab dengan nası hehehe

kalau kebab masak asam pedas pun sodap nı kalau ada

no nası lemak and dalca here hehe

Uncle berkata...

Salam Rezeki.

Amboi seronoknya berjalan2 di tempat orang....banyak perjalanan luas pemandangan!

Uncle berkata...

Salam Dila.

Aunty memang suka dok buat kerja tu cuma la ni dia terlampau sibuk sampai tak dan2!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...