Rabu, Oktober 05, 2011

Busy giler..

Marina rajin cuci basikal!

Di pagi minggu yang syahdu ni, dengan semangat yang berkobar-kobar, aku bangun awal dan hantar Yuya pergi latihan bola kat Cheras. Amboi, aku dulu tak pernahnya dapat chance macam ni. Chauffer driven. Ada orang hantar dan ada pulak orang ambik! Kelas sungguh depa! Yuya kata dia training bagai nak gila pasai 2-3 orang goalkeeper lain tak datang training....laaaaa...patut la....Lepas hantar Yuya kat padang, aku pecut balik ke ampang sebab nak ambik pasangan 2 beranak yakni Aunty W dengan Baby M pi marrrket pulak. Aku tinggalkan kereta dan aku celapak naik Charlie Davidson aku. Baby M dok dalam bakul motor dengan ayam 2 ekor dan ikan tenggiri. Sampai kat rumah dia bising pasal apa badan dia bau "hanyiaq!!" Hahahahahah...Lepas tinggalkan depa kat rumah dengan motor, aku naik kereta pulak pergi ambil Yuya kat Cheras. Yuya dengan penuh lumpur dan peluh naik dengan muka letih. Belakang kereta penuh lumpur!

Marina dan Sarah Nor di depan rumah

Pukul 12 tengahari aku kalut ke IJN dengan aunty pulak sebab nak melawat abang aku yang tiba-tiba nak "check-in" kat situ. Naik moto masuk elevated highway, turun-turun terus masuk ke IJN. Tibai parking kat tepi jalan. Hahahahahah...IJN kali ni memang hebat. Facilities memang terbaeeekkk. 12.30pm aku boleh masuk jumpa abang aku yang tengah dok berehat kat atas katil dan tengah makan. Aik....makan? Selera sungguh dia walaupun dok kat situ. Menu depa pun kadang-kadang buat kita confuse....."aik...kat sini ada dieticien ka?" Alhamdulillah abang aku sihat dan dia pun tahu apa sebab dia masuk kat situ!

Balik rumah pukul 1 aku kena mengadap tv pulak sebab ada a few rugby games yang crucial, mesti menang. Baru dok syok tengok, wiwit talipon suruh pickup kat lcct. Adoiii, biag pi lah dia balik sendiri dengan neighbour aku yang pi ambik maid dia. Wiwit dengan Mary balik sama-sama! Geng bas sekolah tu depa dua! Hahahahahah...

Marina dan Nana di padang Sekolah Sukan Bukit Jalil

Aku bergegas lagi ke Sekolah Bukit Jalil pulak sebab nak hantar abang lawan bola dengan team australia pulak pukul 3.30 petang and at the same time aku dapat jemputan dari ex-sdarian untuk menghadiri satu event makan-makan dan horey-horey di Carcosa Sri Negara! Omak aiii....same time tuh! Pergh...aku speedy gonzalez hantar abang ke Bukit Jalil dan rush pulak ke Carcosa. Nasib baik hari Ahad, jadi tak banyak kereta kat jalan. Perjalanan sangat smooth tapi yang tak smoothnya cuma aku yang terkejar-kejar merata-rata tempat! Sampai kat Carcosa old boys dah tunggu sambil sengih-sengih ala-ala tahun 85 dulu! Adoi....introducekan pada family masing-masing....bergelak-ketawa dan terus horey-horey...Anak-anak pulak diperosokkan ke dalam satu bilik rahsia yang mana depa ada play room dan clowns berkeliaran.....dalam games tu Yuya dapat "electric piano". Yeay!

Aku dan Kudo the President di Carcosa Sri Negara afternoon tea!
Tepat pukul 4.30pm, aku mintak diri daripada penyamun-penyamun yang ada untuk bergegas ke bukit jalil tengok bola pulak. Jem nak mampus sebab ada final tenis hari tu, ATP World Tour! Ish...hangin aku. Perjalanan yang sepatutnya sampai setengah jam sudah dah tersangkut 30 minit pasal banyak kereta di Bukit Jalil yang bertebaran tak ikut susunan! Aku ingat kereta besar-besar tu bijak......ternyata aku meleset!!
Aunty happy dapat makan smoked salmon di Carcosa Sri Negara

First game aku tengok abang nampak nervous sebab main dengan budak-budak yang lagi tua dari dia. Aussie ni pulak, badan besar, tegap, accurate, good running, good speed dan tendangan depa memang solid. Macam dok tengok Youth World Cup pulak! Main kat artificial pitch, abang nampak seronok dalam dok rasa cuak! Aku bagi semangat kat abang. Aku tepuk belakang dia, aku jerit nama dia, aku sorak sakan untuk dia.......depa kena tibai 3-0!

Abang lawan Australia U-17 di Bukit Jalil

Second game pulak abang main lawan dengan team u-17 depa pulak. Macam tadi jugak....aku sorak untuk abang....aku lambai-lambai tangan kat abang.....aku jerit-jerit nama abang......aku lambung-lambung marina untuk abang......kali ni abang main dengan lebih semangat......abang kena tibai 4-0!!!!!!!!!

Abang berdiri no 3 dari kiri.

Abang balik dengan muka welfare! Aku macam Kenny Dalglish dok mengajar tactical kat dalam kereta.....zupp sana...zupp sini..... tapi aku tengok muka depa masih welfare!!!! Aku tetap bersemangat. Berkobar-kobar aku cerita pasal aku main bola Flat Dalam lawan Flat Luar masa kat Henry Gurney dulu tahun 78 dengan Warren, Bobok, Man dll.....dalam dok semangat bercerita, aku pun dah sampai kat rumah. Muka depa masih welfare tapi tiba-tiba bila depa nampak muka Wiwit, muka welfare bertukar jadi ceria!!!!!!!

10 ulasan:

Lady Windsor berkata...

Nak tanya sket, uncle ni robot ka manusia? Semput saya baca schedule uncle tu...phew!

Err wiwik tu pakai magic apa sampai muka wellfare boleh jadi muka ceria tu..hehe, cer citer sket.

azieazah berkata...

Wiwit juga yang menjadi penyelamat suasana! hahahaha UNCLE plak kena 5-0! hehehehe

Suka tengok AUNTIE pakai kebaya macam tu. Comel dan sweet sangat.

Takpa la abang, kalah dulu. Nanti menang gak. Hari ini menang sorak dulu.

Uncle berkata...

Salam Lady Windsor.
Separa robot separa manusia...ala-ala TERMINATOR! Hahahahahah.....kami senyum panjang pasai tak payah gosot baju! Horey!!

Uncle berkata...

Salam azieazah.

Saya pun suka tengok orang pakai kebaya....nampak feminine.....I'm loving it!!

It was a good exposure for abang and the gang. Memang depa main lasak sungguh! Abang dapat kecederaan di keting dan groin. Maybe seminggu paling cepat untuk recover!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

hooorayyy...clap for everybody :))

Nek Rock berkata...

Good job Uncle, at least banyak calories burn out:))

Uncle berkata...

Salam KN.
Yeay!!! Clap...clap...clap...clap...

Uncle berkata...

Salam NR.
Tu pasal nak kena tambah balik....letih sesangat nih...lembek sesangat nih.......hahaha

Yours truly berkata...

salam uncle.. u nampak kurus laaa.. apa rahsia?? :)

Uncle berkata...

Salam yours truly.
tak ada rahsia apa2 pun....cuma pose at the right angle and you'll be envied by all! Hahahahahah...

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...