Sabtu, Oktober 22, 2011

Musim hujan..

Marina horey-horey!

Aku pun heran tengok Marina. Bila aku balik kerja dan tanya sesuatu pada Marina, dia akan kata yang dia leeeetih sangat. Aku tanya dia lagi, pasal apa leeeetiiih sangat? Dia jawab kata dia banyak kerja....amboi....kerja apa lah yang dia dok buat selalu! Pelan-pelan aku tanya kat Wiwit apa aktiviti dia tiap-tiap hari masa kami keluar pi kerja? Wiwit kata tiap-tiap pagi dia ajak WW pi main badminton......satgi  tengah rembang dia ajak WW pi pool main masak-masak pulak....sambil bagi mandi barbie dia......balik rumah, suap makan.......bagi barbie tidur.....kemas-kemas rumah......tu dia aiihhh...anak dara aku! Pasal tu dia letih sesangat......aku pun angguk mengiakan cerita dia semua!

Yuya pun horey-horey!

Yuya pun sama. Aku tanya pasal apa letih? Dia jawab dia letih menari! Aik, menari buat apa? Rupanya Yuya terpilih untuk menari zapin. Aku pun heran sebab mana datang kebolehan menari tu? Aku keras-kekong! Jadi tiap hari la ni, lepas sekolah pagi, Yuya akan stay-back dan belajar dan berlatih menari sampailah pukul 5 petang. Rupanya ada persembahan hari sabtu esok kat bora ombak......aku tanya, papa dengan mama boleh pi tengok ka? Cepat dia jawab "tak boleh!!!"

Abang baju biru belakang. Rasanya dapat last kot....

Abang pulak minggu lepas kalut talipon kat aunty suruh kami talipon cikgu dia supaya dia dapat balik kerumah hari jumaat hari tu. Aku cakap tak boleh talipon cikgu sebab mungkin ada acara sekolah yang dia perlu attend. Dan dia mungkin tak minat. Makanya dia suruh kami pergi ambil kat asrama. And true enough. Pagi sabtu tu rupanya dia ada pertandingan nasyid antara asrama di kl dan banyak jugak sekolah yang ikut serta. Abang tak nyanyi tapi main tamborine kat belakang. Senyap-senyap aku dengan aunty pi tengok kat sekolah bintang utara dengan marina..lepas nasyid, aku tanya kat abang, amacam nasyid pagi tadi? Last sekali dia jawab, "...best jugak..." dan depa dapat no 5 daripada 12 buah sekolah! Aku pulak terkejut! Yang paling aku terkejut ialah bila dengar sekolah agama kl nyanyi nasyid. Mak aiii....macam dengar album rabbani! Serious aku tak tipu!

Teman aku waktu melayan All Blacks vs Wallabies last weekend!
Balik pulak dari nasyid dan segala macam aktiviti anak-anak, abang, yuya dengan marina tanya kat aku samada aku nak keluar ke tidak? Aku cakap aku tak keluar. Depa sedih....sebenarnya depa nak main game sedangkan aku nak tengok nz lawan australia! Sebelum game, aku pelan-pelan jalan kaki pi kedai dan beli kacang ngan yin. Siap beli teyy dengan air jambu sekali. Balik ke rumah, aku ambik besen besi, ambik tray, letak air jambu, tuang teyy masuk gelas giant aku, usung kacang pi balik pi balik, duduk depan tv dan tnggu waktu siaran langsung rugby. Aku puas manakala anak-anak pulak muka senget!!!! Hahahahahah.....

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam uncle, ok la marina dr kcik da pratice kemas umah...senang keje wiwit n aunty...hehe sy phm perasaan anak2 uncle...perasaan yg same bile ayah nk tgk man u vs liverpool...haha.ha...tp enjoy tgk ayah n adik tgk bola sb dorg akan jd asst alex ferguson..hehe -faradia-

kakcik berkata...

Beberapa hari lalu, kakcik dah buat catatan pasal Jeumpa d'Ramo, kemudian kakcik ke Bangsar untuk cari tempatnya - tapi tak jumpa!

norh berkata...

kuasa veto.. :P

Uncle berkata...

Salam Fara.
jangan nanti dia kerja hotel pulak macam uncle sudahlah......porak-peranda nanti! Uncle sorang cukuplah sengsara...hahahahah.....

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
La...awat tak habaq kata nak pi sana? Boleh saya tunggu. Next time talipon saya dulu kakcik...at least kalau sesat, boleh saya "mot" naik Charlie Davidson saya! Hahahahah...

Uncle berkata...

Salam Norh.
Veto untuk kebaikan depa, dibenarkan!!! Amacam, best kan jadi Bapak!

PINATBATE berkata...

alaaa..sianya Marina horey-horey...aktif betul anak-anak uncle..macam pak dia..;)

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Uncle pun kesian tengok dia...letih daripada orang lain...hahahahah...

Carrie-Ma berkata...

uncle,

xpernah jemu baca catatan uncle pasal anak2 uncle ni hehe. one day they will surely appreciate ur notes on them :)

Lady Windsor berkata...

Uncle..abang tu masuk nasyid ka? zaman saya dulu x dak la pulak budak lelaki bernasyid...

Uncle berkata...

Salam Carrie-Ma.

Uncle harap macam tu lah....terpulang pada depa. Sayang Uncle pada anak-anak sentiasa mekar bak bunga mawar di taman botani!

Uncle berkata...

Salam LW.

Yes...abang masuk nasyid. Main tamborine yang tampaq kat tangan tu, bunyi "kerecheng2X". Hahahahah.....

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

cayalah abang...serba boleh bakatnya...hebat!!

Uncle berkata...

Salam KN.

Semoga dia juga hebat didunia serta persediaan akhirat!

Fara berkata...

Catatan paling sy suka! Manis dan comel! Apa lagi yg ada? Sy nak gobek. Hiks~

Uncle berkata...

Salam Fara.
Gobeklah sampai habis pon....btw, thanks for reading my merepek stories....hope you like them! Keep on reading!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...