Depa dok cari laici dalam air tembikai...abang dah letih cari! |
Ini kali kedua aku dan keluarga ke Satay Station di Pandan. Rupanya taklah jauh daripada rumah aku. Kurang-lebih 1 kilometer saja. Boleh jalan kaki kalau badan rasa-rasa ada lemak berlebih! Ada siap parking lot berserta dengan penjaga parking yang sangat sopan menunggu kita. Masa aku sampai tu parking dah penuh. Adik tu suluh dengan TOSSLET sambil tangan dok gamit-gamit panggil aku. Aku pederaih kereta pi kat dia dan dia arahkan aku masuk parking kat depan rumah neighbour depa. Aku tanya, "Nanti kalau tuan rumah nak keluaq macamana?" Sambil suluh TOSSLET tepat kat muka aku, dia kata, "Tak pa bang.....nanti saya panggil....". Tu dia aiihhh....kat tempat satay lain ada buat lagu ni ka?
2 jejaka paling hemmsemm di bella vista.. |
Selalu depa kata muka aku dan Yuya sama. Aiikk, iya ka sama? Tapi kalau tak tumpah kat aku, dia nak tumpah pi mana lagi kan? Aku seronok bawak depa berjalan makan macam ni. It's more to "bonding" dan togetherness. Sesetengah orang tak faham tentang betapa pentingnya waktu terluang dihabiskan untuk keluarga. Ramai yang masih mempertikaikan kepentingan ini. Depa kata, anak-anak dah mula membesar, depa dah punya kawan....jadi kenapa perlu kita makan sama-sama, keluar santai sama-sama, menonton bola sama-sama, baring-baring depan tv sambil bersembang kosong sama-sama....Pada depa itu semua tak perlu dan tak penting. Aku heran dengan depa yang berpendapat macam tu. Bagi aku, anak-anak adalah asset yang sesangat berharga. Depa membesar dengan sangat cepat. Aku dah lalui waktu-waktu begitu dan betapa aku rindukan arwah mama dan arwah bapak ada sama-sama masa kami makan malam.....ada sama-sama masa pergi menonton bola, ada sama-sama sewaktu bersantai diluar dan ada sama-sama waktu baring-baring dan horey-horey depan tv!. Aku terlepas semua nikmat itu sebab kedua-dua mama dan bapak tersangat sibuk dengan urusan kerja dan urusan rumahtangga. Nah...makanya, value aku pada nikmat berkumpul bersama ini sangat lain sekali. Therefore, inilah masanya untuk aku berbuat sesuatu pada depa. Aku takut nanti tak sempat buat apa-apa sebab depa cepat membesar! To be with them adalah satu nikmat Tuhan yang tak terucap dengan kata-kata.......
Muka2 lapar tapi control cun dan macho! |
Marina dan buih!! Malam tadi cuaca sangat dingin. Mungkin pasal la ni musim autumn@bunga kot....aku duduklah sorang-sorang kat tangga depan rumah sambil dok mengenang nasib. Baru dok melangut, marina sampai dengan belon dia.....aunty ikut sama pasai dia boring nak jahit curtain sorang-sorang tanpa geng! Lalu 3 kami anak-beranak pun duduk kat tangga depan sambil dok main buih sabun dengan marina. By the way, Yuya pi camping 3 hari 2 malam kat Ulu Langat dan abang pulak di asrama. Jadi tinggallah kami bertiga....masa tu lah aku teringat nak try ambik gambar buih yang marina tiup. Nice to me but maybe not nice to others.....tapi bagi aku, jadilah dengan cara aku dan kamera murah kami.....as long as we enjoyed each other's company!!! |
28 ulasan:
UNCLE,
pertama nak komen pasal Satay Station nih. Memang dah lama dah popular. Cawangan pun dah banyak. Saya dengar di Ampang WaterFront pun ada.
Baru Ahad lepas saya pun pekena sate nih jugak.
Asal restoren ni rumah biasa, tapi diubah menjadi restoren yang ekslusif. Dulu kat luar tu bumbung lum ada, tapi ritu pi, siap bumbung ukiran kayu lagi!
Kalu nak dok dalam rumah tu, hari biasa boleh booking siap2, tapi kalu hari hujung minggu, first come dapat dulu.
Yup, betul rega RM1 secucuk. Dan menu lain takdak, kecuali Mee Rebuih yang yummy!!
Saya masih ingat dulu UNCLE selalu kerja di luar negara bertahun-tahun. Terlalu jarang dapat balik (tapi kira kerap jugak la) untuk bersama keluarga.
Sekarang dah dapat kerja di KL, memang berbaloi la UNCLE spend time dgn bebudak tu, esp bila anak lelaki semakin membesar.
Syabas UNCLE
Salam uncle...omg..syahdunya entry uncle ni kan...last paragraph pasal marina main buih tu...I can imagine...dalam dingin musim bunga anak beranak dok berkumpui kat tangga...how nice....uncle pun satu hai jugak dok bubuh gambaq Itam putih, lagi la nostalgia.
Hmm ya la sangat tu uncle makan dua lai je mee tu..mangkuk kuah kacang kosong tu lagi la...isk isk isk kuat depa makan naa....kih!kih!kih!
Uncle..
dalam panjang2 citer uncle.. akak minat part mee rebus tu jer...
dan gambar marina dengan buih sabun... Awesome....
gambar mee rebus terbaik! angkat ibu jari kaki sekali...
terliuq aih tengok mee rebuih tu..
Salam Azieazah.
Alamak kena booking ka? Last hari tu depa bagi sup keting for each family to taste and comment sebab katanya next item in the menu is guest what? Sooop Ketiiiiing!!!! Yeay!!!!
Salam Azieazah.
Yes true. Banyak tempat dah Uncle pergi untuk mencari rezeki buat isteri dan anak-anak. Pengalaman yang Uncle dapat tak boleh nak ditulis disini ataupun dibukukan. Harapan Uncle agar isteri dan anak-anak sedar pengorbanan Uncle pada keluarga dan sentiasa menjaga keharmonian seisi rumah dan jangan melakukan perkara-perkara yang sumbang@tidak baik! Uncle terlalu sayangkan keluarga!!
Salam LW.
Uncle selalu terbayang yang dihari tua nanti Uncle akan menetap ditokyo selama musim luruh ataupun salji dan kembali ke malaysia dimusim panas dan jugak salju! Obviously bersama aunty. Mother in-law and father in-law pun dah tua....
Salam Ibu N Abah.
La...yang tu saja ka? But frankly speaking, saya pun sama kak....saya pun heran pasai apa saya pi merapu benda2 lain...hahahahahah!
Salam SM.
Saya pun rasa mee rebus tu terbaeeekkkk saya tolong angkat ibu jari kaki jiran sebelah rumah....amacam? Hahahahahah....
Salam Norh.
Yang terlioq saja buat apa.......pi la pekena seround....tidoq lena...siap mengeroh lagi!
Hwaaa....bestnya...duduk Tokyo. Terbaiklahhh uncle punya plan ni...kalau panjang umoq saya p visit uncle sama auntie eh...cehhh kalau berangan bagi kat saya naa...okeh wish u luck in all ur way! Best apa duduk negara tukar2 musim...isk! Gambatte kudasai!
salam uncle
kat tempat saya tepi hutan masih rm0.50 secucuk hehehe
cerita kg pandan, yang kekal dalam ingatan saya sampai sekrg ialah pernah naik bas mini no 25 pegi balik,pegi balik hehehe
agak 2 minit juga nak mikirkan apa tosslet, haha
Huh... kalau kakak mestilah kata mahal sebab kat Jb ni masih 50 sen secucuk. Boleh dapat dua heh...
Yuya memang seiras dgn uncle. Dah tumpah kuah ye kata org. Suka kakak cara uncle dgn family - itu yg terbaik sebab betul anak cepat besar paling lama duduk dgn kita 12 tahun. Lepas UPSR dah mula duduk asrama.
Salam LW.
Itu semua angan2 saja....baru dok mimpi....tapi vbak kata tony fernandez, keep on dreaming!!!!!
Salam Rezeki.
Pergh...sehingget tuh.......tapi sebesar ibu jari kaki makcik rumah sebelah...kira oklah tuh!
Salam KOG.
Itu bahasa baku untuk TORCHLIGHT!!
Salam Kakzakie.
Yes...yes...yes...lepas UPSR depa dah duduk asrama....last few days yuya ada camping selama 3 hari 2 malam. Jadi yang tinggal cuma saya, aunty w dan marina. Saya jadi sedih tengok rak kasut kosong......saya kata, "kalau yuya ada, rak kasut tu penuh....kalau abang ada, selalunya kasut sayalah yang dok kena campak.....". Aunty gelak!!!
Opocotttttttttttt, satay with mee rebus, oh la la:))
Psstt Uncle kat Waterfront mudah jer parking, siap ada dendangan ghazal. Dinner ada satay and mee rebus,lunch ada jual asam pedas:) Tatau lah kot sekarang dah bertambah menu nya, Uncle pi lah skodeng nanti pssttt ek, kekeke
Happy weekend Uncle and family!
Psstt - jgn terlebih makan, nanti Nek jeling dari jauh, hahaha
Salam NR.
No worries. Untuk saya mee rebus dengan satay semua depa tukar yang Low Sugar, No Cholestrol, Lean Chicken and Beef, Home Grown Peanuts without pesticides, Homegrown Cucumber and Onion dan pelbagai lagi...amacam......hahahahah!
Hahahahahaha sudah bagus kalau dorang boleh tukar sema tu weiiiiiiii. Malaysia BOLEH ek, kekekeke
Salam NR.
Come here and I take you around for good healthy food available in kl......you'll get shock! No kiddin'
Wsalam Uncle, wokey tunggu next trip Nek balik akan cari Uncle ya:))
Salam NR.
Ni tengah dok kalut mana nak bawak NR pi makan healthy food ni...adoiii yang pi mengaku semua ada tu pasai apa tah!!!
Hahahhaha nasib ko lah labuuuuuuuuu, sapa suruh ngaku, tak per masih ada about 2 years utk recce..hahahahaha
Salam NR.
Stay GROOVY!
Catat Ulasan