Sabtu, Oktober 08, 2011

Rugby World Cup 2011

Tom-tom dok belasah budak-budak semua!

Gambar yang kat atas tu tak ada kena mengena dengan tajuk cerita. Cuma tadi tiba-tiba Yuya menghilangkan diri dari rumah. Sekali-sekala dia balik untuk teguk air sejuk dengan muka mencuka! 2-3 kali dok pi balik pi balik depan mata aku, aku pun mengekor dari belakang dengan kamera. Pelan-pelan aku ikut terjengket-jengket kat belakang. Bila Yuya toleh, aku sembunyi belakang pokok....bila dia toleh lagi aku selit belakang tiang.....hahahahah...amacam? Slim tak aku? Finally aku nampak dia masuk dalam squash court diikuti oleh budak-budak lain yang aku memang kenal merupakan penduduk-penduduk setempat. Paling besar tom-tom.....diikuti oleh poh-poh....dan last sekali yau-yau! Depa semua dikehendaki beratur sebaris berhadapan dengan Tom-Tom dengan memegang "bat" masing-masing. Yuya serve, TT smash......Yau-Yau serve.....TT smash......Yau-Yau serve....TT tibai smash lagi......Laa.....patutlah tadi Yuya balik muka monyok!!!!!! Asyik dok kena smash.....bila masa nak dapat point???? Hahahahahahah!

England lost to France in quarter final.

Dah 4 tahun aku tunggu giliran nak tengok tournament ni tapi tak berpeluang. Ada sekali aku dah plan nak ke NZ untuk menyaksikan at least satu game secara live dari sana. Air Asia pun memang ada flight ke sana. Congak pi congak mai aku rasa baik aku bawak anak-anak aku makan satay kat Satay Station...lagi bagus...semua orang puas! Aku kira-kira balik berapa perbelanjaan aku nanti? Alamak dah masuk beribu-ribu rupanya....itu baru satu game dan duduk selama 3 hari saja...belum souvenirs yang akan aku borong sekali! Pergh......penginapan pulak aku tak kisah sebab masih ada lagi 4-5 orang kawan-kawan aku yang tinggal kat sana. Salah sorangnya yang bernama William. William ni belajar sama aku dulu dan merupakan senior aku setahun. A New Zealander dan pernah bermain untuk All Blacks Junior dulu. Memang besar agam Will ni dan muka pulak macam Will Smith! Coincidence betul! Most of the weekends kami akan bermain rugby sama-sama di padang depan Belleview......blok tempat aku tinggal. Kami aku jadi ke Christchurch, aku pasti akan jadi kecoh bila jumpa William sebab dia akan bawak aku jumpa penyamun-penyamun yang lain pulak! Anyway, nasib baik tak pergi...kalau pergi, tak mampu aku nak belanja satay malam ni kat Satay Station!!! Hahahahahah...

Captain England yang hangin...nama dia pun MOODY!
Ni muka captain england yang baru kalah dengan france tadi. Nama dia pun moody.....patutlah tak senyum.....Bayangkan kalau dia datang ke tempat aku dan masa aku nak bagi kunci bilik, aku cakap "Have a pleasant stay with us Mr. Moody!" Hahahahahahah...

16 ulasan:

Lady Windsor berkata...

Amboii sesedap rasa je bagi nama kat kanak2 tu ya..tom2 la, yau2 la...a hahaha. Eh tapi kan uncle, best ooo tengok depa fight live ni..I salu p lepak kat padang UM tengok depa bergasak...ganas gila! Release.....hahahaha!

norh berkata...

awat uncle tak train yuya betui2? dok simpan buat pa skill tu? :P

Uncle berkata...

Salam Lady Windsor.
Buat pengetahuan LW, nama2 tersebut adalah merupakan nama-nama asli budak-budak tu. Sorang lagi nama mei-mei (bukan memey)dan mm ni pulak kawan marina dan uncle pernah masukkan gambar mei-mei dulu. Semua entries adalah kisah benar....ala-ala Tamar Jalis dengan "Bercakap Dengan Jin"!!!! Nak mai interview budak2 ni pun buleh sesangat!!! Hahahahahah.....
p/s pekena pasemborr pon syok nih....

Uncle berkata...

Salam Norh.
Yuya sekarang merupakan penjaga gol untuk CIMB-YFA U10 and he loves it....Setiap sabtu dan ahad ada training di Maktab Perguruan Cheras selama 2 jam dari 8.30 pagi. Makanya Uncle pun dok tang tu melangut tunggu depa (dan abang)setiap minggu!

Lady Windsor berkata...

Owh ya ke? I thot it's funny name but then sedap juga sebut kan...interview eh...nanti I buat isu kids punya nama, boleh Roger uncle eh.

Uncle berkata...

Salam LW.
Aik...yang tu pon buleh buat issue ka? Laku ka kalau buat cerita yang macam tu? Curious nih.....btw, budak2 tu tadi main kat depan rumah....baru ja balik! Geng Yuya tu...yau2 selalu rembat basikal yuya dan buat macam basikal dia sendiri!!! Hahahahahah....

Ibu n Abah berkata...

Uncle..
akak tak faham permainan rugby, baseball... dahlah anak takder yg lelaki.. suami pun tak minat tengok...
nanti uncle citer2lah dalam entry kisah rugby...

Uncle berkata...

Salam Kak (Ibu N Abah).

Takpa aih tak dak anak lelaki.....nanti ada la tu.......rezeki tak mai lagi!!! Anyway, rugby ni depa kata ganas...tapi inilah permainan with body contacts yang paling gentleman....players kalau kena warning dengan referee tak akan membantah......depa akan dengar dengan sopan dan ikut arahan....coba kakak tgk bola......silap2 referee kena pelempang!

rezeki berkata...

salam uncle

masalah besar ni all black lwn walabies

Lady Windsor berkata...

Uncle..thanks for the explanation abt that..sebab tu I suka tengok rugby...bergasak! Gentleman sehhh! Hahahaha....

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
It's gonna be fun watching. Sama kuat dan sama handal. Kita tengok percaturan taktikal yang depa akan buat nanti. I just hope that All Blacks will get through to the final this time around!!!

Another team to watch is WALES! What a young team they have tapi they played with style....Ireland pun kena sapu...habis O'Driscoll kena "dummy"...same goes to O'Hara!!!! 2 nama tu akan jadi legenda lepas ni sebab 4 tahun lagi depa dah tua sesangat dah!

Uncle berkata...

Salam LW.
Walaupun nampak ganas dengan darah menyembur2 selalunya kat kening dan hidung tapi depa keluar tepi padang, jahit dan masuk balik....It's the "semangat" yang buatkan depa lagu tu. Semangat rugby yang Uncle sendiri tak tahu nak cerita. Uncle dulu boleh tinggalkan olahraga, bola dan takraw semata-mata untuk bermain rugby! In fact last Sunday lepas Wales menang, Uncle dengan yuya dan marina main "touch rugby" sat kat depan rumah!!! 5 minutes only...hahahahahah! Terasa macam main kat RWC!

Lady Windsor berkata...

hwaaa.. touch rugby...terbaekkk! saya pun heran la uncle depa ni tak dak deria sakit ka...lepas luka bengkak bengkil still boleh fight gedebuk gedebak..isk kalau ada peluang nak saya tanya...err ada ke pemain rugby wanita ya uncle? kalau ada, let me know...sure meletopsss!

Uncle berkata...

Salam LW.
Sakit memang sakit tapi it's the spirit yang buat semua bersemangat...team spirit dan bukannya "spirit of the coin!".

Pasal team pompuan, memang kita ada. Satu kat Royal Selangor Club Mont Kiara dan satu lagi Combined Old Boys Rugby Association @ COBRA di PJ Jalan Utara, lorong Hospital Mata Tun Hussin Onn. Ada club team, national team tapi kita dok main kat SEA saja dan belum qualified ke Women Rugby World Cup lagi! Call them...it's interesting!

Lady Windsor berkata...

Owh really? Hahaha...must be interesting! Okeh contact no ada?

Uncle berkata...

Salam LW.
Memang syiok.....but I don't have the number. Maybe you can check the website! Go for it!!!

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...