Selasa, November 01, 2011

Pann Perr!

Marina dan Yaya! neighbour kat Bella Vista..

Aku dah lupa bila last sekali aku pergi ke "Pan Perr". Kalau tak salah aku, mungkin 35 tahun dulu sewaktu aku berumur 8 tahun! Konsep yang masih sama kecuali perkakas dan peralatan serta games yang berbeda. Tiap-tiap malam Yuya tak boleh tidur sebab teringatkan "Pann Perr!" ni. Macamana nak tidur kalau dari tingkap bilik dia dah boleh nampak roda giant tu? Kalau aku pun masa kecik-kecik dulu macam ni, mahu ngigau aku malam-malam.....hahahahah.....patutlah lately kalau yuya nak tidur malam, curtain tak pernahnya tutup! Setiap malam pukul 1 pagi aku aku akan ke bilik Yuya. Jenguk dia tidur, Tengok naik-turun dada dia bila bernafas dalam tidur, cukup membuatkan aku rasa syahdu. Pelan-pelan aku betulkan bantal kat kepala dia.....selimutkan kaki dia dan kalau perasaan tiba-tiba emotional sikit, aku duduk disebelah dia dan cium pipi dia. Yuya dah 10 tahun tapi dah tak nak aku pegang tangan dia apalagi kalau aku nak cium pipi dia di khalayak ramai!

Fuyoo....UFO!

Bukan kat sini saja ada Pann Perr, masa aku kat geneva dulu, setiap musim panas, akan adalah pesta yang macam ni dibukak selama 3 bulan. Lokasi dia berhadapan dengan Noga Hilton dan bersebelahan dengan jeti bot untuk menyusuri Lac Leman. Bukan Pak Leman tapi Lake Leman yang merupakan tasik besar yang mula-mula aku sangkakan laut! Adoi...parah betul....Waktu summer pulak waktu tu penuhlah tok-tok arab dengan beg tangan berjenama excluside ramai-ramai beratur nak naik merry go round. Aku cuma tengok dari jauh sebab aku tak mampu nak naik. Malam pulak sangatlah cantik sebab bandar tu bermandikan cahaya neon. Pann Perr tu taklah besar sangat dan aku rasa tak jauh bezanya dengan Pann Perr kat Taman Dagang pun!

Tak perlu bergaya sangat kalau nak ke Pann Perr Taman Dagang!!

Ada kereta langgar! 2 orang rakyat asing ni rasa macam depa tak terasing langsung bila datang kesini. Kat negeri depa, tak payah bayar 2 token@4 ringgit untuk berlanggar kereta....mungkin tiap-tiap hari boleh tengok yang real....masa ni Yuya tengah dok test power!


Rumah hantu macam Pesta Pulau Pinang!

Bila aku tengok ada rumah hantu kat sini aku teringat pulak kat Pesta Pulau Pinang! Salah satu aktiviti aku ialah masuk rumah hantu. Mengerunkan walaupun ada sekali ada aku tertampaq hantu yang duduk kat celah batang pokok! Instead of aku menjerit, hantu tu pulak yang menjerit! Hahahahahah.....masa tu rumah hantu taklah fancy sampai macam la ni....tapi depa masih lagi cakap melayu kalau depa bagi orang terkejut.....agak jauh beza dengan rumah hantu la ni yang mana bila depa bagi orang terkejut, depa cakap bangladesh!!!! Hahahahahah.....

Yaya dan Marina, tak takut langsung...

Marina jumpa Yaya kat sini. Depa sebenarnya neighbour aku berselang 2 buah rumah. Tapi kami masih tak berkesempatanm bertegur sapa kecuali dok angkat tangan pi balik....pi balik....Yaya merupakan anak tunggal depa. Maka sudah tentulah Yaya ni jadi anak manja. Weekend Marina akan jumpa Yaya kat depan rumah dan main kejar-kejar keliling pokok bunga raya sampai pening! Depa sama umur tapi Marina tua sikit by a few months...seronok depa naik menatang tu sampai dok jengok muka cari kami kat bawah...surprisingly, depa tak takut langsung. Mengekek-ngekek depa gelak. Mungkin dok bercerita pasal SHINEE dalam K-POP kot!! Hahahahahah.....

Yuya angin tak dapat extra token!

Yuya angin habis sebab tak dapat main lagi satu game. Tengok muka dia! Tapi aku kata, kalau nak main jugak, nanti aku buat Pann Perr satu kat depan rumah. Main lah sampai puas! Hahahahahahah...Yuya tambah angin!

11 ulasan:

Lady Windsor berkata...

Salam Uncle, laa awat muka Yuya siyes semacam tu...tapi saya tau mesti dalam hati ada sedih tu...dan bila dia besar esok, andai kata dia terbaca part uncle masuk bilik dia, selimut dan cium...mesti dia lagi sedih ingatkan pengorbanan tu...whatever..Yuya is so lucky meh! And Marina too...abang tak mai sama ka Penn Parr ni?
Mwahahaha x menahan saya tengok dua orang asing yg langsung x asing tu..kalau dah biasa pakai kain kapaih tu, mana2 pun depa leisure je kan...adoilaa..rosak pemandangan..

PINATBATE berkata...

suka..suka!..dah lamaaaa tak pi fun fair. saya pun pernah masuk rumah hantu kat pesta Pulau Pinang tahun 80an dulu ikut rombongan sekolah lepas SRP..

yg pelik tu bebudak pempuan punyalah menjerit jerit ketakutan ala histeria konon padahal kalau pikir balik tak adalah takut mana pun hantu tu.. saja nak gedik..kehkeh..

lagi satu tak boleh lupa tengok ular sawa albino yg color putih kuning tu Terbuntang mata tengok sampai menganga mulut.. punyalah hairan bin ajaib..adoilah.. !

Ibu n Abah berkata...

uncle...
kita masa kecik dengan pan perr memang ada kenangan sebab masa dolu2 pan perr ni kira dah hebat dah...
sekarang, dah ada macam2 bentuk hiburan, bila ada pan perr anak2 kita tak berapalah kisah sangat..may be sebab anak akak perempuan semua pun iyer jugak kot...

Uncle berkata...

Salam LW.

Uncle harap dan berdoa agar anak-anak semuanya tahu dan sedar betapa uncle sangat menyayangi anak-anak, isteri dan segala-galanya yang Uncle lakukan ini adalah semata-mata untuk depa. Tiada lain untuk Uncle selain daripada membahagiakan depa. Tsk...tsk......adoiiii emo la pulak...tsk...tsk...

Uncle berkata...

Salam Pinat.

Uncle memang suka pi Pann Perr dan lama sungguh Uncle tak pi. Jadi bila ada PP kat rumah, Uncle saja ambik kesempatan bawak depa semua pi PP. Uncle pun sama jugak dulu masa pergi ke PP dan masuk rumah hantu. Jerit sana...jerit sini....barulah Pann namanya!

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.

Seronok bawak budak-budak pi sana. Nak bawak abang, dia kata kena balik sekolah awal. Jadi kami berempat sajalah yang horey2.....marina pulak jumpa Yaya....lagilah depa dok horey2!!!

Lady Windsor berkata...

Uncle, emo yg kes macam ni tak pa...jangan dok emo kes lain naa...nanti cheq habaq sama auntie...hik!Hik! Eh tapi siyes la uncle...kan boleh imagine macam mana yuya dok tengok ikut tingkap...langsir terbuka...nostalgia sungguh!

Uncle berkata...

Salam LW.
Uncle so far tak pernah lagi "emo" pasai lain....pasai Uncle masih berpegang janji!!! Insyallah will be alright!!

Kuey san berkata...

Salam Uncle,

nak share jugak pengalaman masuk umah hantu kat Pann Perr.

- Kat Batu Caves: Naik tren masuk dua. Atas tren tuh sy & kwn je. Berdua. Hantu pun sukaaa la sbb mangsa dia x ramai, jadi dia boleh bagi extra attention. Bila dah keluar gua, Ketua Hantu suruh yang jaga tren tuh patah balik, masuk gua semula! Sebab tak puas hati kot ktrg x nangis. Hahaaa~


- Kat Sunway Lagoon: Pergi ramai2, tapi saya lead the way. Ntah sape2 ntah lagi join group saya, sbb dorang semua takot nak jalan dulu, saya duduk depan. Hantu puas menjerit sampai terpelanting anak tekak, saya x heran pun. Hhaha. Control macho! At last, hantu2 minta e-mail address sbb nak add kat FB! Hahahah.

Uncle berkata...

Salam Kuey San.
Cerita hantu mintak add fb tu is really "classic". I love it.....hahahahahah...tak pernah uncle jumpa lagu ni punya cerita! Alfred Hitchcock kalau hidup, gelak guling2 dia! Kirim salam kat MAK!!!

~Beb~ berkata...

Awwww ur wife gorgeous!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...