Sabtu, November 26, 2011

Don't judge a book by its cover...

Tak reti orang puteh!

Pagi ni macam aku dok reply dalam comment didalam last entry tu, sampai di office, aku akan ronda dan buat kopi untuk diri sendiri. Tak payah orang lain buat. Kalau di tempat lama dulu, Yati akan siapkan semua yang aku perlukan. Bila Yati sampai, dia akan sediakan kopi dan mineral water aku. Dokumen yang perlu disign telah beratur atas meja. Dia duduk depan aku dan briefkan tentang appointment aku untuk seharian suntuk. Tolong aku buatkan booking kalau ada lunch atau dinner appointment dengan guest aku ataupun buat flight booking untuk aku kalau aku nak balik ke KL. Semua Yati yang buat. Dengan itu aku nak ambik kesempatan ini nak mengucapkan terimakasih pada Yati yang sanggup bersengkang mata dan tahan kerenah payah aku dalam bekerja! The best part was, she was at the airport sending me off masa aku tamat tempoh kat sana. Yati menangis terisak-isak....err, by the way, husband Yati dan anak-anak dia pun ikut sekali hantar aku kat airport beserta lebih 20 orang lagi staff aku....aku masih ingat lagi batas-batas pergaulan aku especially dengan teman-teman sekerja. Nanti aku akan ceritakan batas-batas pergaulan ditempat kerja kalau aku teringat!

Ni hasil daripada tangan gatal!

Ishh...apa yang aku nak cerita pagi ni? Sebenarnya aku nak bagitahu sikit yang topik kat atas tu ada kena mengena dengan entry aku kali ni. Macam ni.....30 minit yang sudah, ada sorang mamat ni dari sebuah Bank terkenal dan tersohor satu Malaya datang ke hotel aku. Staff aku (disini aku addresskan sebagai R) datang ke office aku dan bagitahu yang ada sorang jantan mai nak jumpa aku. Aku tak ingat pulak yang hari ni aku ada appointment dengan banker! Yang aku ingat esok ada lah...then Tuesday evening pun ada satu lagi. Anyway, aku pun hirup kopi yang dah sejuk aku dan turun ke lantai bawah. Sesampainya aku kat lobby, aku bagi salam kat budak ni (R dah explain dan describe budak ni, jadi aku dah kenal mana satu!). Dia dengan petahnya memulakan bicara. Err, budak ni dalam lingkungan umur late 20's.  Aku jemput dia duduk dulu. Dia tak pandang muka aku dan start cerita dia sapa. Actually aku peduli apa, dia sapa....tapi untuk menjaga kerukunan dia, aku dengar dengan teliti dan menyelit kat mana-mana yang patut.

Tangan gatal lagi!

Dalam seronok dia dok bercerita dan seronok aku dok menyelit, tiba-tiba dia stop dan bertanya, "So you speak English!@#$" Aku terkejut dengan pertanyaan dan statement dia tu. Aik, rupanya dia ingat aku tak reti orang puteh ka? Mentang-mentanglah aku tak bawak BMW macam dia.....mentang-mentanglah aku tak pakai seluar slim fit macam dia....mentang-mentanglah aku tak pakai baju sendat macam dia......aku nampak lokoih ja......pi balik pun dengan moto cabok ja......tiap-tiap hari pun kerja aku kutip sampah ja.....muka pon tak dan nak buat "facial"..........

Tak reti focus....jadilah cara aku....

Lepaih aku perkenalkan diri dan kami sambung bercerita lagi, tiba-tiba dia kata, "you speak english so well...". Aik apa kena budak ni? Tapi aku buat tak kesah sebab aku pun suka tengok reaction orang bila depa berdepan dengan orang yang lain! Pernah sekali masa aku dok lap cermin pintu depan kat Baskin Robbins SS14 tahun 96 dulu, ada sorang kawan aku nama Salem stop dan terkejut tengok aku dan bertanya apa gila aku buat? Aku senyum dan cakap aku nak bayar duit moto bulan-bulan sebanyak RM174! Sebenarnya masa tu aku baru balik dari suisse dan dah dapat kerja sebagai room service manager kat renaissance kl tapi memandangkan pembukaan hotel tu berbaki 3 bulan lagi, aku pikir daripada aku dok melangut, baik aku kerja...dapat jugak RM2.40 sejam kerja sebagai "cleaner!".

Aku suka gambar ni...aku dikanan cikgu Azizi Sihab dan akulah manusia yang paling kecik tahun 81!
Jadi pada adik-adik aku, aku nak pesan....jangan pandang rendah pada seseorang especially pada orang yang cuma kali pertama kita kenal. Aku teringat cerita "mentor" aku yang mengatakan bahawa ada sekali sewaktu "dia" bekerja di sebuah bank antarabangsa ternama dunia, ada sorang tua memohon untuk membuat pinjaman bank. "Dia" tunggu dan tunggu dan akhirnya datang sorang lelaki tua berbangsa tionghua dengan berpakaian lusuh menunggang basikal cabok masuk kedalam bilik meeting. Surprise...surprise.....dia merupakan owner beberapa buah hotel yang memohon pinjaman untuk sebuah hotel lagi di Pulau Pinang dan hotel yang dia pohon pinjaman tu sampai sekarang masih beroperasi!

Adik-adik aku yang aku sayang, jadikanlah cerita aku ni sebagai satu pedoman supaya adik-adik aku semua sentiasa dipandang mulia! Have a great long weekend people!

22 ulasan:

Lady Windsor berkata...

Terbaikkk!
"Errr do I sound setupid ka uncle kalau I bantai broken?"
Cop! Lawak ja tu..tapi uncle apa masalah budak tu sebenarnya? Ala budak yg tanya uncle tu lah....anak sapa la pangai lagu tu..isk!

Carrie-Ma berkata...

assalam uncle,

betul sungguh lagi tepat pesanan uncle tu. kadang2 saya yang masih muda ni pun tersilap dalam menilai seseorang. ditambah pula dgn persepsi masyarakat yg indirectly mengajar kita utk menilai seseorang berdasarkan luaran. hakikatnya, luaran bukan penentu atau kayu ukur siapa sebenarnya orang itu kan.
sure orang muda tu segan kat uncle kan sebab persepsi dia silap. good for him. semoga jadi pengajaran utk dia juga.

rezeki berkata...

salam uncle

satu cerita yg boleh dijadikan pedoman terutama genarasi muda agar tidak memandang lekeh seseorg hanya kerana luaran sahaja

saya biasa dah kena mcm tu pasal kekadang bukan urusan rasmi suka pakai selipar je dgn t shirt pagoda hehehe

rezeki berkata...

opssss lupa pulak lagi satu

yeeeees nikon caps hehehe

lelama pandai la fokus tu hehehe

selamat tahun baru hijrah buat uncle sekeluarga

Uncle berkata...

Salam LW.
Ini semua adalah "perception" seseorang pada orang yang lain. Dia mungkin muda tapi tak semestinya dia tak perlu menghormati orang lain....uncle kesiankan dia sebab mungkin tak cukup.....

Uncle berkata...

Salam CM.
Endingnya memang dia ada memohon maaf. Uncle tak marahkan dia tapi sayangkan masa depan dia yang masih panjang lagi.....kalau berterusan macam tu takut disisih teman2...

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Saya suka tengok dan kaji ttg itu. Suka melihat bagaimana depa melihat orang lain. Jugak pengajaran untuk saya sendiri!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Saja ambik nak tunjuk NIKON Cap tu...hahahahahah tu pun kamera orang yang Uncle pinjam dan buat macam rheta sendiri....ooopppsss!

Ibu n Abah berkata...

Uncle..
kesian sungguh budak tu yang takder budibahasa..
peringkat umur macamtu memang dah takda nilai2 murni macam kita yang dibesarkan sekitar 60an dan 70an...
Kita waktu itu sangat menghormati orang yg lebih tua dan guru2...

Lady Windsor berkata...

Salam Uncle, semalam lupa nak wish Salam Maal Hijrah untuk uncle sefamily...semoga tahun ini lebih baik dari sebelummya. Sekian terima kasih!

norh berkata...

lama tak dengaq perkataan lokoih..he he he..

uncle tak bercadang bukak spa skali ka kat hotel uncle? tiap2 hari uncle boleh buat facial free.. :P

orang 'besaq2' yang banyak pengalaman macam uncle ni, selalunya memang mudah kenal perangai org yg baru dikenali kan...

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
semoga dia mendapat pengajaran dan saya juga mendapat pengajaran yang lebih dari dia.....it's kinda "win-win situation" pulak! Hahahahahah...

Uncle berkata...

Salam LW.
Uncle dan keluarga juga mengucapkan selamat maal hijrah kepada LW dan keluarga serta rakan-rakan di windsor! Termasoklah mamak pasemmborr kat tepi pagar tu!

Uncle berkata...

Salam Norh.
SPA ada dalam perancangan tapi bukan kat sini...ada tempat lain yang sedang kami bincangkan.....fuyoooo....

shami2 berkata...

Salam uncle

Suka baca cerita pengalaman uncle...itulah pengajaran itulah kehidupan...

Ada jugak mengalami pengalaman macam tu...diam saja...tgok dan peratilah saja depa nak cakap apa nak buat apa, ada peluang bolehlah bagi hint apa2 hehehhe....kadang2 tu hati rasa bengkak saja..maklumlah depa muda walaopun kita dah tuo tak bermakna kita tak reti apa2 heheh

azieazah berkata...

Saya rasa bertuah sebab pernah juga berkesempatan berjumpa dgn UNCLE dan borak pasal pengalaman kerja.

Best! Ralit dengar citer. Tak timbul isu pandai speaking atau pakai lukus!

Uncle berkata...

Salam Shami.
Ini cumalah pengalaman uncle setiap hari berdepan dengan pelbagai ragam manusia dan perception depa terhadap orang lain. Selalunya Uncle suka berkongsi pengalaman untuk adik-adik jadikan pedoman...

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Uncle juga bersyukur sebab sempat bertemu azieazah dulu walaupun dalam keadaan yang sangat singkat. Yang private tu tolong simpan...hahahahahah.....by the way, awal bulan depan ada sorang lagi yang akan Uncle jumpa. Dia buat booking di hotel saya.....hoooreeeyyyyy!

azieazah berkata...

UNCLE, ni jemputan khas nih...

Pertemuan blogger di rumah Dato’ LF

AHAD 18 Disember 2011.
MASA: 10am–3pm
Tempat: MUSOLLAH EHSAN, No.8, Jln 3/6F, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Konsep: POTLUCK

Kalu nak mai tak jumpa jalan, call saya.

Cerita lanjut di blog Kak Cik Seroja.

Uncle berkata...

Salam Azieazah.

Wow...satu jemputan yang saya rasa insyallah saya sampai kalau tak dak function pada hari tu. Terimakasih kerana menjemput! Kemungkinan besar saya tak jumpa jalan...

Tanpa Nama berkata...

salam uncle,

sekadar mau berkongsi story..ayah fara seorang tukang rumah..so satu ari die dari tempat keje die trus g bank nk simpan duit sebab tuan umah bg cash...smpai bank..bdk yg jaga kaunter 2 layan ayah cam nk xnk je..ayah trus suh die pangil manager die...bdk 2 baru keje kat c2..sedangakn kebanyakan pekerja bank 2 mmg da kenal ayah..so bila manager die datang..manager die trus berbual....bdk 2 muke da pelik..ayah sound kat manager die..suh anta bdk 2 pg kursus menghormati orang...trus bdk 2 kne mara....mcam2 hal....

-faradia-

Uncle berkata...

Salam Fara.
Satu perkongsian yang sgt baik untuk tatapan uncle. Semoga ini menjadi pengajaran pada semua termasuklah uncle!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...