first time marina duduk diam! |
Ada sekali musim hujan, aku berada di Bali atas urusan kerja. Keadaan agak tenat sebab merata-rata jalan jadi macet. Dari denpasar menghala ke ubud yang selalunya mengambil masa cuma 45 minit menjadi 3 jam setengah! Ditambah pulak dengan supir bernama Pak Komang yang bawak mobil macam kura-kura ala-ala "slow motion" cerita MATRIX, aku jadi resah dan sesak napas. Jalan yang sempit dan air yang melimpah menjadikan aku duduk tak senang. Aku cuit Pak Komang bagitahu yang aku nak emergency stop. Pak Komang angguk syahdu. lepas 30 minit, Pak Komang tak berhenti-henti jugak. Aku cuit siku Pak Komang pulak. Pak Komang angguk syahdu lagi kat aku....pergh....Pak Komang memang nak kena "starlight" ni dengan aku! Sekali ni aku nekad. Apa nak jadi, jadilah...aku tenung Pak Komang dengan tenungan Mohammed Ali pada Joe Bugner dulu. Aku bersuara sekali ni, "Pak Komang....saya mahu pipisssssssss..." Pak Komang mencanak berhenti kat tepi Warung Ida Babi Guling! Toilet mana? Pak Komang kata, tepi pokok....aku tinjau kat tepi pokok tapi tak nampak...rupa-rupanya Pak Komang suruh aku pipisss kat tepi pokok...laaaa....apasal tak cakap dari tadi? Tak payahlah aku marah-marah...Dengan keadaan was-was, aku laksanakan tugas dengan sebaiknya....esok kalau tak ada tamu di Warung Ida BG, sila salahkan Pak Komang! Hahahahahah.....masa kat dalam kereta aku tanya Pak Komang lagi sekali, "Pak Komang, sini biasa ka orang buat begitu?". Pak Komang serious tak kata apa. Tapi 15 saat kemudian, dia cuit aku sambil juihkan bibir tebal dia kearah kanan jalan. Aku tengok...makkk aiii...ada lagi 3 orang dok buat benda yang sama kat pokok yang sama.......pergh...bali hebat!!!
dok melangut tengok clown! Masa aku pandai sikit (walaupun lambat) dan belajar kat luar negara, aku cukup malas nak keluar masa musim hujan especially kalau musim spring. Omakkk aaiii, banyak baju dan seluar aku nak kena pakai. Dahlah temperature turun ke single digit...tu spring tu bukannya winter...perut meragam nak disuapkan nasi (mulut melayu lagi!). Telur dah siap....minyak dan garam dah ready...yang tak ada cumalah beras Uncle Ben. Dengan malasnya aku pakai jugak long john aku, baju 2-3 lai, maplar, serkup kepala (ski cap), yang budak-budak sini pakai waktu panas lit-lit....sambil peluh menitik tiiiittt...tttiiiiiitttt....aku terus menapak mencari MIGROS. Laju aku meluru kedalam sebab ada heater...capai sekotak Uncle Ben, aku berlari keluar terus balik ke bilik. Dalam perjalanan nak kebilik, aku masuk short cut melalui dapur sekolah dan masukkan selabu bawang dalam poket jacket....jalan laju sambil bersiul sambil mata lokk-liag...lok-liaggg....tengok kiri kanan....Masa aku dok goreng dan campur sikit ikan cod masin, aku dengar Philips budak Suisse jerit dari tingkat 3......"Ali....what the !@#$ are you cooking?". Selang 2 minit, aku dengar pintu aku kena ketuk dan bila aku bukak, Philips tersengih-sengih dengan pinggan kosong dalam tangan kanan! |
12 ulasan:
salam uncle
nice in black & white
well done
Salam Rezeki.
Well done to my nephew Ezran sebab dia yang ambik!!!! Saya cuma tumpang lalu!!! Hahahahahah....ni mengaku ni...takut menipu satgi letih nak menjawab...hahahahah....
Salam uncle, lama x hapdet naa...itu pinggang sude baik ka? Hahaha....bz eh? Hwaaa nice pic..is that all Yuya and Marina cousin? Wah international giteww...
Uncle stranded 36 jam? Eh itu sikit tu....I experienced it, 48 jam, last year...kapal teghobang pun jadi ais...kat Stansted....cehhhh bohsan giler...tawaf 100 x...makan tdo atas lantai sejuk tu, letak la brad Pitt kat depan pun, tak pandang langsung, tak dak maknanya yg dok ingat, nak balik KL, nak tibai nasi lemak, tosei bla!bla!bla!
Hari tu nampak ada tenda putih depan JDR, ada event ka?
Salam LW.
Kami boleh katakan setiap minggu ada event. Akad nikah is a hit here. Alhamdulillah. Hari ni pulak ada celebrity duduk sini for photo shoot kat tempat lain. Horey! Sapa dia tak boleh habaq...kena mintak permission dia dulu!
Eh you betoi ka kalau I letak BP you tak layan.......kalau letak Mat Pit amacam? Hahahahahhahahah....LW, you take care and keep in touch...btw, my back dah baik dan demam panas pun dah baik. Alhamdulillah!
bab lumba daun kayu & ranting pokok tu mmg betui.. abih longkang chek terjun.. hakhakhak..
Salam Pet.
Sama lah kita......parut kat betis luka terjun parit pon ada lagi!
Yuya ada iras muka uncle. tapi dia lagi hensem. hahaha... jangan marah nanti kena jual. Hujan-hujan paling best tidur tapi kalau tertidur kat airport conpenhagen tak apa juga uncle jangan kat Indon boleh sedar-sedar talipinggang pun tak ada lagi...
Salam Kakzakie.
Itu pengajaran paling berharga saya dapat...tertidur kat airport dan sedar2 orang dok tunggu saya nak boarding! Panic sat!!! Hahahahahahah...Pengalaman saya kat airport Denpasar pun best...saya pi mana2 bawak weighing scale....sekali tu polis tanya saya pasai apa bawak weighing scale...saya kata nak timbang berat! Depa tanya, "bukan timbang yang lain?????". Panic lagi sekali saya!!! Hahahahahah
Salam uncle
Salam ukhwah...selalu baca blog uncle tapi hari ni tetiba menyinggah...
suka baca citer pasal anak2 uncle..
dan juga pengalaman hidup yang dicatatkan...
masa taip komen ni kat luar tengah hujan...meleret...breeeehh2x bunyinya..
Salam Shami2.
Terimakasih kerana membaca blog Uncle. In fact masa Uncle dok taip ni pun, kat luar tu pun hujan dok turun lebat!!!!! Tidoq syoq ni....
cantik B&W.. pandai photographer! fuh. hehehhee.
Salam Pi..
orang yang ambik....bukannya uncle pon....eh bila nak balik mai?
Catat Ulasan