Selasa, Disember 06, 2011

Banyak cerita ni...

Cerita pasai abang di BH hari ni

Pertama sekali aku nak ucapkan terimakasih banyak-banyak kepada BH especially kepada kawan aku si.......(you know who you are!) kerana memberikan aku kesempatan sekali lagi untuk muncul didalam bahagian RATU walaupun aku bukan RATU! Hahahahahah...

Uncle Pet dan Aunty Pet berkunjung!

Last weekend hari Ahad kalau tak salah aku, ada 2 orang tetamu special datang jumpa aku kat rumah dengan tujuan menjemput kami sekeluarga untuk berhorey-horey dihari "gumbira" depa pada 25 hb nanti. Terimakasih tak terhingga aku pada Uncle Pet dan bakal isteri kerana menjemput kami. UP ni aku kenal melalui blog....aku berkesempatan berjumpa dengan Aunty Pet bilamana Aunty Pet mengunjungi aku di Mekah usai melaksanakan umrah beberapa tahun yang lalu. By the way, aku lupa nak tanya sapa nama kawan Aunty Pet yang sama-sama pi umrah dengan dia......kirim salam yea....hahahahahahah...

MPSJ
Minggu lepas jugak Yuya mewakili CIMB YFA ke pertandingan anjuran MPSJ dan obviously di SJ! Perlawanan menjadi sengit sampai dibawak ke tendangan penalty. Aku cukup risau bila penalty sebab gk dia Yuya...kalau orang lain tu aku tak kisah sangat....tapi lepas dia kalah, aku tepuk bahu dia dan pegang kepala dia sambil cakap "Papa bangga dengan Yuya..." dia heran sebab apa aku cakap benda tu tapi last-last dia sedar jugak sebab masa tendangan penalty tu, Yuya berjaya menyelamatkan gawang dari dibolosi sebanyak 4 kali! Khairul Fahmi pun tak pernah buat! In fact Sepp Maier di tahun 70an dulu pun tak pernah.....kan aku dah cakap, mana aku tak bangga? Hahahahahah... 

Jogo Lupo Brazil ( Betoi ka aku eja ni?)

Ada team brazil buat friendly dengan KL Piala Malaysia team dan depa aku dengar menang besar. Masa Yuya main kat SJ, team ni dijemput untuk mengadakan klinik bolasepak. Pemain-pemain depa hebat-hebat belaka. Ada 4 bekas pemain Piala Dunia Brazil minus Socrates. Skill depa sangat hebat...Aku dan Yuya terpaksa pakai kain tuala Marina sebab lap air liur yang meleleh tengok depa tunjuk skill dengan mulut kami melopong sebesar-besarnya!

 
Ini lah rupa bekas pemain Piala Dunia Brazil dulu dan jugak bekas pemain Barcelona dan sekarang dah pencen untuk peringkat antarabangsa dan cuma melakukan klinik-klinik bolasepak seluruh dunia...

 
 Marina dan jugak bekas pemain brazil...sampai kesudah aku tak sempat nak ambik gambar untuk diri sebab dok sibuk mengambil gambar orang dan ini termasuklah orang di belakang-belakang aku yang sibuk dok pass kamera! Hangin aku!




Kami berkampong kat padang hari tu. Panas lit-lit tapi kami tak jemu menyokong Yuya. Hari Khamis nanti Yuya akan ada friendly di sekolah dia. Lawan team mana aku tak tahu lagi tapi aku tumpang tak sabar nak pi tengok dia main!

10 ulasan:

kakcik berkata...

Mungkin satu hari nanti Yuya akan lebih hebat dan lebih dikenali dari KFCM. InsyaAllah.

Lady Windsor berkata...

Ehh macam saya kenal laa pic paling ataih tu...

PINATBATE berkata...

go Yuya..go!! Chaiyyokk..!
Makcik Pinat pun ikut bangga dengan Yuya..

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Saya harap dia akan menjadi penjaga gol terbaik dirantau ini...saya yakin.....kami sentiasa menyokong apa juga minat anak-anak!

Uncle berkata...

Salam LW.
Aik...kat mana jumpa ya....sapa lah yang ambik gambar tu kan?!

Uncle berkata...

Salam Makcik Pinat.
Uncle sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak....termasuklah anak-anak kucing, ayam, katak dan cicak! Hahahahahah.....

PINATBATE berkata...

Amboi uncle Pet! tak jemput ponnn

Carrie-Ma berkata...

salam uncle,

zasss nak pi cari paper BH sat. class uncle kuar paper. congrats!

Uncle berkata...

Salam Pinat.

Uncle Pet mewakilkan Uncle dan keluarga untuk makan!!!!!!! Horey!

Uncle berkata...

Salam Carrie Ma.
Terimakasih diatas sokongan anda yang selalu baca dan comment dalam blog Uncle! I'm Lovin It!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...