Marina's at Swensens Bangsar!
Petangnya selepas function di hotel, aku bawak family aku pulak makan icecream kat Swensens. Aku suka rangkaian Swensens sebab kat Swensens Damansara Jaya lah career aku berputik walaupun sebelum tu aku kerja cuci toilet dan bilik di Shangri-la sekitar 80-an dulu! Kembalinya aku ke Swensens, kenangan aku dengan Sundra (banyak baca buku zig zigler walaupun dia cuma ice cream dispenser!), Lilian Supervisor (garang tapi penyayang), sharifah (agak kelelakian sikit tapi masih baik...sama-sama buang sampah), bob (lepas kerja malam, dia bukak gerai nasi lemak depan piccadilly disco...fredo flinstones selalu makan nasi lemak dia), sulaiman (geng perilly's aku), syawal (chef yang kepala otak gila) dan rashid (tukang cuci dengan aku yang melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti terbaik di jepun). Aku tengok menu, teringat cerita-cerita lama. Menu masih ada Coit Tower, Banana Split dan banyak lagi yang masih tak bertukar walaupun menu depa la ni dah mempunyai selection yang banyak! Dulu setiap hari aku makan "sticky chewy" dan malam tu aku order "Sticky Chewy Sundae".....nostalgia betul!
Sekarang ni dah masuk tahun baru...jadi dikesempatan yang tak seberapa ni, aku nak ucapkan selamat tahun baru 2012 kepala semua pembaca blog aku yang aku sayang dan semua manusia yang dok ada dengan harapan agar tahun baru ini akan memberikan kita pencapaian yang lebih baik lagi. Have a productive weekend people!
|
16 comments:
salam uncle,
happy new year to u & beloved family. terus rasa lapar baca entri uncle ni, aduhai. tapi one thing for sure, food jadi lebih sedap bila dinikmati bersama insan2 tersayang. tak kiralah ia dinikmati di gerai biasa tepi jalan atau di tempat2 mahal :)
p/s: suka tgk food marina, dlm aeroplane tu
Selamat Tahun Baru uncle :)
Selamat tahun baru uncle!
Hah! Kuriya ada home made soba yang sedap? Okeh harus dicuba..hihi...
Salam Carrie-Ma.
Betul kata CM. Kalau dengan orang tersayang, mana-mana pun jadi sedap! Tadi breakfast kami sekeluarga makan di kaki lima celah lorong di masjid india....meriah kalau sekali-sekala makan roti canai macam tu!
Salam Norh.
Thanks for the wish...I am wishing you the same too! May Allah bless us all....
Salam LW.
Aik....lunch kita macamana? By the way, dah tengok LIBUR January? Heheheheheheh.....
Uncle, lunch eh? Ok! Ok! Nanti kita masuk dlm schedule...lorat sket awal tahun ni..weekend ni I kuar KL, tengok macam mana, minggu satu lagi ka...
Salam LW.
Depa kata mee bandung kat lorong maarop sedap! Kena check tu!
Selamat tahun baru Uncle...
Hmmm... menarik nampaknya Kuriya ni..
akak nak cuba juga..
tentu anak angkat korea (Qeeb) yang akak bela tu seronok bila akak bawa dia makan di sini...
terima kaseh berkongsi info..
Salam Ibu n Abah.
Kalau tempat makan tu bagus saya akan kata bagus dan begitu jugak sebaliknya. Actually saya tengah pikir ni bila nak pergi lagi!..Hahahahahahah...
Selamat tahun baru
Salam Al Manar.
Thank you for the wish! And the same goes to you...usaha anda selama ni amat murni! Teruskan!!
boleh tanya isteri uncle bukan melayu ke. dari mana? muda lagi walau anak sulong dah dewasa. makanan dalam plate aeroplane tu banyaknya dan marina boleh habiskan semua. berapa umur marina?
Salam Tanpa Nama.
Isteri Uncle bukanlah melayu. Dia berbangsa Jepun yang beragama Shinto pada asalnya. Umurnya sama uncle iaitu 43 nak masuk 44. Uncle tua cuma sebulan dari dia....tapi selalu orang kata Uncle nampak lebih muda dari dia...hahahahahah...
The noodle looks Yummeh!
Salam Fab Me.
They are...........tasted super delicious!
Catat Ulasan