Khamis, Disember 15, 2011

Safari Park...part 2



The next day tu setelah tidur dengan nyenyak, kami bangun lambat. Kejutkan Yuya yang tidur sendirian di bilik sebelah. Dia happy dan mintak ditambah lagi selama beberapa hari! Wiwit dah tak ada kat bilik. Aku pikir dia pergi jogging tapi rupa-rupanya dia turun bawah pi bancuh kopi untuk kami bersarapan. Ops...apa kami nak makan pagi ni? Yang ada cuma twisties, cheezels etc saja...aku bergegas keluar A'Famosa dan cari di kawasan-kawasan sekitar. Bayangkan pukul 8.30 pagi nasi lemak kat gerai-gerai semuanya dah habis! Makcik nasi lemak senyum panjang manakala kami pulak muka senget!

Yuya diserang kambing!

Lepas sarapan, kami bersalin dan mula mengatur langkah nak ke Safari Park pulak. Marina dan Yuya sangat teruja sebab ni lah kali pertama depa masuk safari park. In fact aku pun sama jugak! Selalunya kami masuk zoo tapi kali ni katanya lebih adventureous! Dah beli tiket lepas beratur panjang, kami sekali lagi kena beratur tunggu lori nak bawak kami masuk jumpa rimau..
Group photo!

Yang paling kami seronok bila dapat masuk ke Chicken Farm. Marina mengekek-ngekek gelak. Aku dah biasa tengok sebab dari kecik arwah mama selalu beli anak-anak ayam bagi kat kami sorang sekor dan bila sampai musim raya nanti, arwah mama akan suruh orang sembelih dan tanya apa kami nak makan dengan ayam-ayam peliharaan kami sendiri! Jadi kalau kami ada 6 beradik, maknanya kami akan ada 6 ekor ayam dengan masakan yang berbeza pada pagi raya nanti....Horey!
itu bukan coin aku...

Selesai ronda dengan lori masuk jumpa rimau dan boya serta singa, kami ambik keputusan untuk berjalan pulak. Tapi bukan berjalan masuk ke kandang rimau tapi cuma ke kandang kambing....beli makanan kambing dan bagi sorang sikit kat Marina dan Yuya. Seronok depa dok bagi makan, tiba-tiba ada sekoq kambing betina pi serang Yuya! Mungkin pasal dia tak dapat makanan kot....Yuya terkejut dan aku sempat snapped gambar yang Yuya tengah dok angkat tangan sambil dok menjawab soalan bertubi-tubi dari kambing!



Ada orang cuba potong "QUEUE"

Hampir setengah hari aku dok melayan anak-anak dengan binatang.. letih tak terkira. Tapi dalam keletihan aku rasa puas sebab dapat bawak depa jalan-jalan walaupun taklah sejauh manapun! Yang terkilannya cuma pasal abang tak dapat ikut serta. Selesai menyabung nyawa di Safari, kami bergegas balik ke rumah penginapan dan berkemas untuk balik ke KL pulak. Wiwit dah siap dengan semua barang-barang. Oh ya, masa pergi ke safari tadi sengaja aku tak bawak wiwit sekali sebab takut jadi makanan singa!



Boya sungguh depa ni...

Aku perasan yang haiwan kat sini lebih bertenaga dan fresh kalau nak dibandingkan dengan yang ada kat zoo. Aku rasa mungkin disebabkan oleh persekitaran depa yang lebih bebas membuatkan depa nampak ceria bila tengok aku!!!




Kami pelan-pelan bertolak balik ke KL dalam keadaan cuaca hujan lebat. Masuk saja aku ke highway, mata aku dah juling itik. Aku kenyit mata ke aunty dan membelok masuk ke R&R. Tukar drebar. Sepanjang-panjang perjalanan aku tertidur dan sedar-sedar aku dah sampai kat kedai anak-mami kat tepi rumah. Aunty berhenti untuk aku turun dan beli teyy yang selama 2 hari 1 malam aku tak berkesempatan nak minum! Penat sungguh kali ni pasal aktiviti kami sekeluarga sangat padat tapi dalam masa yang sama aku ternampak yang muka anak-anak aku gumbira dapat berjalan jauh sikit selain daripada setiap hari dok pusing keliling rumah! Have a productive weekend people!

8 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle

tentu sekali percutian keluaga yang menyeronokkan dgn pelbagai aktiviti yg menarik merapatkan hubungan kekeluargaan.

Esok lusa bila kita dah tua tak larat nak jalan, pasti kita akan terkenang saat indah masa anak2 masih kecil

Tanpa Nama berkata...

seb bek xbwk wiwit, klu dk hahaharu..

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Iya memang tujuan nya adalah untuk merapatkan tali silaturrahim sekeluarga...

Uncle berkata...

Salam Pet.

Fooohhh....kalau tak mahu tinggai tulang kena baham dek rimau!

Ibu n Abah berkata...

Salam uncle..
Kami dah lama tak berkumpul adik beradik di A Famosa..
Nak usha depa lepas cuti bulan 12 ni..
Bila anak 2 puashati dan gumbira..... Hilang penat kita sbg ibu bapa, kan?

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Benar kata2 tu. seronok tengok depa seronok sebelum pelan2 depa meninggalkan kita yang akan semakin dimamah usia!

Tanpa Nama berkata...

salam ,,pak cik

waaaa gembira leeee anak2 pak cik,,,
nanti kalau datang cuti sebelah pantai timur jgn lupa singgah kat sini yeee...

Lan

Uncle berkata...

Salam Lan.
InsyAllah kalau Uncle ke sana, Uncle akan sampai kat tempat Lan. My advice is, work hard.....never look back....jangan menipu, jangan mencuri....kerja mesti jujur dan ikhlas...insyAllah you'll be there!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...