Sabtu, Disember 24, 2011

Cuti sekolah buat apa?


Marina in apron and bandana yang aunty buat.

Seminggu ni aku jadi tak ketahuan sebab banyak perkara yang harus diuruskan. Anak-anak nak masuk sekolah. Permohonan kemasukan semula abang ke asrama untuk bolasepak harus aku lakukan secepat mungkin sebab la ni terlalu ramai pemain bolasepak dilahirkan. Untuk masuk VI sahaja, budak-budak 12 tahun dah turun sepanjang almost 2 bulan cuti sekolah. Berlatih dan berlatih dan ibubapa pulak menunggu di tepi padang dengan harapan anak-anak akan diterima masuk ke pasukan bolasepak VI. Bila diterima masuk, depa akan ditempatkan di asrama. Setiap petang akan ada latihan selama 2 jam kendalian cikgu-cikgu yang juga merupakan coach-coach pasukan bolasepak negeri. Kebanyakkan pemain-pemain negeri pun datangnya daripada sekolah ni. Setiap tahun semua pemain harus renew contract asrama. Mungkin ada pemain yang bermasalah dan sebagainya jadi pihak sekolah akan menilai semula prestasi setahun lepas untuk kemasukan pada tahun depan....very strict but I looiiikkkeeee.....itu busy dengan abang! Belum dengan Yuya  lagi..

Hasil kerja Marina yang Anthony Bourdain iktiraf

Yuya pulak sekarang ni sangatlah sibuk dengan training bolasepak bawah 12 tahun. Cikgu Mat coach bola Sekolah Taman Nirwana ni pulak aku rasa patut diberikan sedikit penghargaan. Sebab apa aku kata lagu tu? Sepanjang musim cuti sekolah penggal ke-3 ni, Cikgu Mat tidak mengambil cuti, sebaliknya berlungkus-lumus menguruskan latihan dan perlawanan persahabatan untuk pasukan Taman Nirwana. Oleh itu aku berpesan pada abang, sila bantu Cikgu Mat kali ni sebab abang adalah merupakan product dan anak-didik Cikgu Mat sampai abang diterima main untuk pasukan Selangor bawah 12 tahun lepas!! Jadi setiap pagi abang dan Cikgu Mat akan melatih pasukan bolasepak bawak 12 tahun untuk perlawanan tahun depan. Yuya balik training dan complaint yang glove dia dah koyak! Jadi sat lagi aku kenalah pergi carikan glove kat Al Ikhsan untuk Yuya...hahahahahah!



2 bakal chef michelin tak lama lagi!

Marina dok sibuk tanya kat aku bila dia nak masuk sekolah. Aku cakap kat dia yang tahun depan dia akan masuk "Tadika Wiwit!". Marah sakan dia kat aku sebab katanya dah 2 tahun dia dok mengekor Wiwit sekeliling rumah! Hahahahahah! Marina la ni dah tambah petah bercakap. Macam-macam dia dok bercerita bila aku sampai ke rumah selepas habis kerja. Dia tarik tangan aku, dia duduk atas riba aku, dia tolehkan kepala aku kalau aku mengadap ke lain waktu dia bercakap dengan aku dan banyak lagi aksi-aksi Marina yang sangat membuatkan aku rasa "selesa dan bahagia". Masalah dengan Marina bilamana dia bangun pagi. Setiap pagi dia akan marah kat aku. Dia tolak tangan aku bila aku nak peluk dia kat atas katil....dia tendang kaki aku kalau aku cuba geletek belakang dia......tapi bila lepas dengan aunty dan battery dia dah re-charged, dia akan datang balik kat aku......part ni aku heran sungguh...kalau dalam bahasa Jepun, depa kata, "FUSHIGIIIII.....". Walau macamana pun, ketiga-tiganya anak-anak aku yang amat aku sayang dunia dan akhirat. Darah daging aku yang akan membawa nama aku dan aunty kemana-mana saja depa pergi nanti. Cuma satu pesan aku dan seperti jugak pesanan-pesanan aku sebelumnya, buat kerja dengan jujur dan ikhlas....jangan menipu dan jangan sekali-kali mencuri walaupun sekecil mana sekalipun. Jaga tingkah laku, hormati guru-guru, ibubapa, orang yang lebih dewasa, rakan-rakan.....dan yang agak penting jugak, hormatilah WIWIT sebab kalau tidak, dia tak mengemas dan masak kat kita semua.......hahahahahahah!

















































 Nasib baik dia tak nampak Wiwit!


























































































6 ulasan:

azieazah berkata...

Seronok tetap seronok baca luahan hati UNCLE sebagai ayah nih.

Jeles tengok apron Marina!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Terimakasih kerana seronok...saya jadi seronok bila orang seronok.....

Apron tu sumbangan dan hasil kerjatangan aunty selama seminggu untuk program "Bake 4 Fun" kami....

rezeki berkata...

salam uncle

hehehe marina sebiji mcm anak nippon
ke mana tumpahnya kuah hehehe

Lady Windsor berkata...

erkkk bila depa masak2 tu? pasai pa i tak tau uncle? nak kena godam neh..hihi

itulah a bliss of being a father kan...bila tengok anak2 membesar depan mata..wish u and your family sentiasa dirahmati Allah!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Ya ka? Tapi depa semua dah jadi gelap macam anak mami dah! Especially abang and Yuya! Tapi bak kata perilly's...."Hitam itu Menawan...". Tak begitu Pak Itam?

Uncle berkata...

Salam Lady Windsor.

Bukan Uncle tak mao bagitao tapi LW selalu sibuk.....ok, laen kali Uncle keloi awai2......more to come...2X!

I love being with the family...being with the kids...see them grow....cherish...cherish....

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya) Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientian...