Khamis, Februari 02, 2012

Little India

Lama tak ke dataran merdeka!

Last Friday, macam biasa aktiviti aku, keluar dating dengan aunty naik motor. Kami ke Brickfield untuk acara last week. Traffic tak seteruk kalau memandu kereta pada hari jumaat di kl. Dalam 25 minit aku dah sampai brickfield tempat parking motor kat tepi main road. Siap aku naik atas divider lagi! Hahahahahah...Ronda sana dan ronda sini....banyak kedai-kedai baru yang dibukak dan suasana sungguh meriah. Lepas penat dok pusing, kami pun duduk lah disatu kedai. Kerusi dan meja penuh kat atas pejalan kaki. Ada 2 kedai makan kat situ yang buat lagu tu. Divided into 2 sections. Kerusi plastik merah untuk kedai daun pisang manakala kerusi plastik putih untuk kedai bukan daun pisang! Aku duduk kat kerusi merah untuk kedai daun pisang. Manakala tetamu lain duduk merata-rata disekeliling aku. Masa baru nak duduk, tiba-tiba aku nampak 2 orang pompuan mat salleh mintak banana leaf dinner. Bila aku mintak nescafe panas, datang pulak 3 orang lelaki mat salleh mintak tosei etc. Pergh...hebat penangan "little india". Dalam dok sembang sambil dok minum, tiba-tiba aunty tanya kat aku...pasai apa baju thaipusam semuanya kaler kunyit? Tak dan aku nak jawab, dia tanya lagi kat aku...yang "daun nyoq kerin" yang dok tergantung horizontal tu apa? Adoi....tak terjawab aku. Melengung aku 20 minit mengenang nasib labu-labi aku ni.....lepas diam sepada, aku terduduk melutut kat atas jalan sambil kepala dok hantuk-hantuk aspal jalan......meraung aku sambil mengaku yang aku tak tahu! Jadi, apakah point aku menulis perkara ni? Point aku ialah, walaupun aku dilahirkan di Malaysia hampir-hampir 44 tahun yang lalu, walaupun aku dah hidup dengan masyarakat pelbagai bangsa dan ugama selama ini, tapi aku masih tak tahu budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia yang lain! Cuba bayangkan......aku jadi malu sendiri dengan soalan-soalan aunty dan aku berjanji yang aku akan membaca sebanyak mungkin buku-buku budaya masyarakat lain di Malaysia ni supaya aku lebih memahami antara satu sama lain dan aku akan galakkan anak-anak aku bergaul dengan semua orang dan semua bangsa! Hahahahahah...amacam? Power tu!

Bought these in Brickfield. Yang dalam paket tu sedap...only at RM4.40
Dalam perjalanan pulang, aku masuk ke satu mini marrrket 2 tingkat yang ada kat situ. Kami suka tengok rempah. Lepas kami belek satu persatu, aku capai satu paket kurma sayoq yang ready to eat dan belikan marina gelang sepapan sampai ke lengan dan terus bayar. Pelan-pelan kami jalan keluar mencari moto yang aku park atas divider depan kedai DVD! Hahahahahahah....pelan-pelan aku bawak motor 30km/j. Kalau aku bawak sorang-sorang, aku bawak 70km/j tapi yang ni pasai aunty dok kat belakang, jadi kena bawak pelan-pelan la...lambat sikit sampai.....teringat macam 15-16 tahun sudah.....hahahahhahahahah!
Ni baru first month....

Marina for the time being memang sangat teruja nak ke sekolah. Homework pun dia dah siapkan sampai ke syllabus nak habis tahun. Adoi...awat cepat sangat? Ada 10 bulan lagi ni nak habiskan tadika! Apa dia nak buat nanti kalau la ni semua homework dah siap! Even Yuya pun tak serajin Marina. Yuya marah bila aku kata lagu tu. Dia jeling pandang aku bila aku cakap macam tu sambil dia berjalan menuju bilik dia tanpa dia sedar, sampai terantuk dinding nak masuk bilik....hahahahahahah aku kata, "tu la...jelin kat Papa lagi...". Yuya lagi sentap!


Lepas buat homework!

Punyalah letih depa buat homework, aunty sempat tukar baju dan seluar marina. Sambil ralit dok main kat atas kerusi, aku pulak ralit tengok berita, pusing-pusing belakang, tu dia aiihhh....dah jalan rupanya...patutlah dunia aku rasa senyap sunyi! Pelan-pelan aku capai kamera dan snapped. Hahahahahah...aku rasa 15-20 tahun lagi kalau depa baca cerita dan tengok gambar depa, mesti kalau tak marah kat aku, depa akan gelak sama-sama! Anyway, seperti tajuk blog ni jugak, aku nak depa baca blog aku bila depa dah besar panjang nanti. Kalau yang bagus tu jadikanlah pedoman!
 
Ishhhyyy, sapa lah yang sebelah kanan tu!

Seperti yang aku dok cerita dulu. Aku bercita-cita besar hasil daripada membaca 2 buah buku, yakni "The Magic of Thinking Big" dan "How To Get To The Top!". Kedua-dua buku ni aku baca lebih daripada 24 tahun sudah. Waktu aku mula berjinak-jinak dengan bidang perhotelan.  Alhamdulillah cita-cita aku tercapai dan kini aku sedang melalui fasa ke-2 hidup aku dengan cuba mencapai cita-cita baru aku. Aku nak buktikan yang bangsa kita, Malaysia mampu berjaya ke luar negara. Membawa jenama tempatan. Bawa kehalusan hospitaliti kita. Tak payah perlu jauh. Cukup kalau dapat dibawa jenama syarikat kami ke bali, myanmar dan lain-lain. Mana tahu tak lama lagi jenama kami juga mampu menembusi pasaran hospitality di london? Aku rasa tak mustahil...wink!@#.....doakan usaha aku dan lain-lain berjaya......


11 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Dengan usaha dan keazaman yang tak pernah padam, InsyaAllah cita2 itu akan jadi kenyataan. :)

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Tahun 2012 ni nampak gayanya semua berjalan lancar....alhamdulillah....this evening off to bali on a business trip!

Ibu n Abah berkata...

uncle...
dolu2 akak suka juga ke arah Brickfields tu...
dan masa sekolah pergi pergi bermalam kerana persatuan Bulan Sabit Merah... merasalah bermalam di Langit Brickfields...

azieazah berkata...

Saya pun pernah buat “keja gila” jalan sensorang sepanjang Jalan Brickfields @ Little India tuh. Rasa best wpun banyak yang tak faham..

I yakin, bila bebudak tu besar nanti dan baca balik blog Papa depa nih, sure pakat dok gelak sesama depa.

Hendaknya, boh gambar Uncle dan Aunty naik motor peluk pinggang tuh!

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.

Brickfield tu bagi saya merupakan model Malaysia yang agak baik. Masjid dan rumah ibadat lain semuanya ada disitu. Keharmonian ini harus dipelihara dengan sebaik-baiknya!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.

Selalu saya lupa ambik gambar kami naik motor...nanti akan saya usahakan dan masukkan kesini!

Al-Manar berkata...

40 tahun dahulu, termasuk May 13 1969, saya pernak bekerja pejabat di jalan Brickfiend. Sudah 20 tahun lebih saya tak berjalan jalan di sini. Terkenang masa dulu membaca catatan ini.

Uncle berkata...

Salam Al Manar.

Alamak...40 years ago I was only 4 years old!

awang berkata...

salam pak cik,,,

kalau nak bawa motor jgn pergi jauh sangat nanti sakit pingang pulak, kalau nak cepat lagi sakit bawa lah pca 129 saya, hehehe

Uncle berkata...

Salam Awang.
PCA tu ka yang tak payah pakai kunci?

Dilla berkata...

Salam Encik.

Saya sebenarnya meng'Google' kedai rempah india Brickfields, lantas sampai di sini.

Kalau Encik tak keberatan, bolehkah kongsi sikit infor tentang mini market 2 tingkat yg Encik mention dalam entry (mini market yg jual rempah tu). Apa namanya? Kalau dapat approximate address pun molek juga.

Thank you in advance. :)

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...