Jumaat, April 27, 2012

15th Anniversary and Mee Rebus!

Japanese mee rebus!

Hari ini genaplah perkahwinan kami selama 15 tahun. Pada hari ini 15 tahun yang lalu, aku melafazkan akad dan kami sah sebagai suami isteri. Berlangsung dirumah kakak sulung aku, Kak Anne, dihadiri cuma seramai 200 orang sanak saudara, teman-teman rapat dan kaum keluarga serta rakan-rakan dari tokyo. Kecil tetapi sangat bermakna untuk aku. Perkahwinan kami bolehlah diibaratkan sebagai mee rebus yang Aunty buat. Semua rencah ada dan berwarna-warni. Cukup rasa......tapi kadang-kadang dia jadi pedas sebab tergigit cili padi! Pedas cili padi tadi akan terasa selama beberapa saat ataupun minit tapi akan hilang selepas beberapa suap disulami dengan kuah ubi, telur rebus, taugeh dan segala macam lagi. "Turbulence", aku tak nafikan memang ada.....hahahahahahaha.......itu, sebab termasuk dalam "air pocket...". Tapi oleh kerana pilot dan co-pilot bijak mengendalikan keadaan, para penumpang semuanya selamat sampai ke destinasi!

Aunty W's mee rebus special!

Kami ada plan nak makan malam pada malam ini . Reservations dah aku buat. Kesian kat anak-anak kena tinggal lagi but anyway, both of us need time to ourselves too! Anak-anak paham dan semalam Yuya ada tanya, "Papa hari Jumaat nanti keluar dengan mama kan?". Maksudnya, anak-anak aku tahu yang setiap hari Jumaat kalau tak ada function di hotel, kami akan makan malam sama-sama dulu dirumah dan selepas makan, aku dan aunty akan keluar berdua. Adakalanya ke Alexis GE Mall, Starbucks di Ampang Point atau KLCC, Bangsar Village ataupun mana-mana yang mempunyai dessert dan kopi yang sedap. Kami gemar keluar dan makan cake serta ILLY Coffee. 2-3 jam dok merapu bercerita segala macam, ketawa, masam muka dll. Sama macam mee rebus yang penuh segala rencah!

Aunty W preparing mee rebus for Marina

Aunty is good in cooking. Itu bukan sebab dia aunty dan partner aku yang membuatkan aku kata lagu tu...dak aiiihhh...Banyak unsur yang membuatkan aku rate dia sebagai a good cook! Considering that she is a japanese, anthony bourdain pun akan tabek spring! Aku suka bila dia masak mee rebus. Lain pada tu, kurma ayam, nasi tomato, nasi beriani, nasi minyak, darrcha, ayam dan udang masaalah, parpu telur, nasi ayam, vindaloo, asam pedas, semuanya menjadi! Alhamdulillah syukur....anak-anak pun akan request apa nak makan over the weekend especially bilamana abang balik kerumah. Tapi ada satu request hujung minggu ni. Aunty mintak aku pulak masak...hahahahahaha.....ok...ok...aku akan masak for lunch this sunday...insyAllah!

Doting mother..

Aku dan aunty ada berbincang mengenai percutian keluarga. Jadi oleh kerana itu, aku akan bertungkus-lumus mengumpul dana untuk perjalanan pada bulan Disember nanti. Tapi bulan 12 ni selalunya ngeri sikit sebab anak-anak nak masuk sekolah...Marina akan masuk darjah 1 makanya aku dan aunty kenalah tekan gear 5 untuk memenuhi segala tuntutan pelajaran depa. Itu sajalah harta yang aku mampu bagi kat anak-anak. Yang lain depa cari sendiri. Kerja, motor, kereta, rumah waima nak kahwin sekalipun, depa kena usaha sendiri......aku pun buat macam tu dulu...sedari aku berumur 18 tahun aku dah tak pakai duit arwah mama dan bapak lagi...semuanya aku pakai duit yang aku usahakan sendiri dari kerja-kerja halal aku sebagai tukang cuci public area di shangri-la hotel, jual ice-cream di swensens, tukang buang sampah dan cuci toilet di Baskin Robbins serta banyak lagi...pesan aku pada depa, buatlah kerja dengan jujur...jangan sekali-kali menipu....insyAllah rezeki akan berpihak pada kita! Depa angguk walaupun tak paham! Hahahahahaha...

Planning for another good family outing

Aunty banyak membantu dalam segala macam urusan aku sewaktu didalam dan diluar negara. Kadang-kadang terdetik satu perasaan sayu mengingatkan yang aunty bersendirian melaksanakan tanggungjawab. Masalahnya aku bukanlah sorang yang pandai menyusun kata-kata untuk aku luahkan perasaan aku kat dia. Selalunya aku akan menulis dan menulis didalam blog aku betapa aku sayangkan dia dan keluarga. Tak ada apa yang lebih penting pada aku kecuali seorang isteri yang taat dan setia yang sentiasa berada dibelakang suami serta anak-anak yang baik (dalam pelbagai segi) serta menghormati orang tua serta rakan-rakan..Aku rasa dunia aku complete......

Aunty W

Perkahwinan selama 15 tahun banyak mengajar kami erti pengorbanan...banyak mengajar kami erti kesetiaan...especially aku yang selalu tidak berada dirumah...banyak mengajar aku erti bersabar...bantu-membantu, sayang-menyayangi.....aku kini sedang mengharungi chapter kedua bukan saja didalam kehidupan harian, pekerjaan tapi juga dialam perkahwinan. Semoga Allah SWT merestui perjalanan aku yang masih panjang ini......kepada Wakana Kamimura, isteri aku dulu, kini dan selamanya, aku ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan "Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-15 and may Allah bless us all!"...............bak kata pepatah Leonardo Da Vinci dan Van Gogh, "Life is like a plate of MEE REBUS. You never know what you'll get!!" Hahahahahahah.....have a fruitful weekend people!!!!

22 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan..
Semuga dipanjangkan jodoh dan dimurahkan rezeki....
Tabik lah kat aunty pandai buat mee rebus...
Akak pun tak pandai2 nak buat.....

awang berkata...

salam, pak cik & makcik

Terlebih dahulu kami disini mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat pak cik & mak cik semoga berkekalan hingga ke akhir hayat,,,,,
pasai mee rebus yang makcik masak, tengok gambar saja awing dah kata sedap, rasa belum lagi tapi dah kata sedap. Nanti kalau pergi sana nak rasa juga mee rebus mak cik tuuu.

tq : awang

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Wakana rajin bertanya. Kak Anne saya memang pandai masak makanya, Kak Anne lah merupakan tempat Wakana bertanya selalu selain daripada beberapa buku-buku resepi makanan malaysia....alamak...suddenly teringin nak makan kuey teow pulak!!!

Uncle berkata...

Salam Awang, Awing dan Awongssss,
Terimakasih diatas ucapan hikmat tersebut....Bau saja pun dah sedap....saya tak makan meenya tapi kuah dan rencah2 yang lain selama 3 hari berturut-turut.....Saya buat macam cream of potato soup....pergh...kalah lauk kat PENARAK! Hahahahahahaa.....

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

unty tetap Vogue, na uncle
se shummel marina tu

Carrie-Ma berkata...

salam,

syahdu plak baca entri uncle kali ni. luahan yg berinti keikhlasan. semoga perkahwinan auntie&uncel berkekalan hingga ke syurga.

Tanpa Nama berkata...

Salam Uncle,

Congratulation on your 15th Anniversary!!! untuk uncle and aunty, Alhamdulilah. Moga uncle sekeluarga sentiasa di berkati Allah hendaknye.

PINATBATE berkata...

Selamat ulangtahun ke 15,semuga hidup diberkati Allah dan dikurniakan anak-anak yg menyenangkan hati ibubapa.

rasa malu sebab sy tak pandai buat mee rebuih!

Uncle berkata...

Salam Dila.

Terimakasih...Uncle masih tak puas hati sebab tak dapat masuk blog Dila dan lain2 yang menggunakan Nuffnang...ada sapa2 boleh tulong?

Uncle berkata...

Salam CM.

Terimaksih kerana mendoakan kami sebegitu. Insyallah akan uncle pertahankan...

Uncle berkata...

Salam Tan Nama.

Juga terimakasih pada anda kerana mendoakan saya dan isteri. Semoga ianya diberkati...saya juga mendoakan yang sama pada anda sekeluarga..

Uncle berkata...

Salam Pinat.

Blog Pinat pon Uncle tak boleh nak masuk...ishhh...geram sunggoh aiihhh...

rezeki berkata...

salam uncle

tahniah

moga kebahagiaan dan kerahmatan buat uncle sekeluarga berkekalan hingga ke akhir hayat

insyallah

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Terimakasih tak terhingga diucapkan dan semoga seperti yang didoakan...kekal keakhir hayat! InsyAllah!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Salam uncle,

happy 15th anniversary...congrats...

Uncle berkata...

Salam KN.
Terimakasih KN ooiiii...kecik sangat rasa kalau nak bandingkan dengan KN!

DadaIQ berkata...

Salam Uncle and Wakana
Happy 15th Anniversary. Still remember when we both attended your wedding day. How time flies...ALhamdulillah, syukur pada Allah swt yang telah menyatukan Uncle and Wakana dan semoga perkahwinan ini berpanjangan hingga ke akhir hayat. Ours will turn 20th next year, insyaAllah.

norh berkata...

tahniah Uncle..
touching baca entry ni...
moga uncle & aunty bahagia ke akhirnya..

sedap aih tengok mee rebuih tu.. :)

Uncle berkata...

Salam DQ.
Yours will turn 20 next year? Really? I still see IQ as a 13 year old kid pegang dulang plastik beratur nak ambik makan kat dining hall....haaaaaahaaaahaaaaaaa....congratulations to you both....take care and regards to him!

Uncle berkata...

Salam Norh..

Sedap ka? Nanti bila-bila saya jemput mai makan sama naaa...haahahahahhaha...

Mummy Eda berkata...

Salam Uncle,
Selamat ulang tahun perkahwinan :D

Saya dan keluarga (bersama 2 org anak berumur 5 dan 6 tahun) akan ke Bali pada 25 Mei ini...mohon cadangan tempat2 makan yang boleh kami cuba semasa di Bali nanti.

TQ :D

Uncle berkata...

Salam Mummy Eda.
Jgn risau dengan makan. Ramai kata payah nak makan kat sana tapi depa tak pi cari makanan2 halal tu semua! There are plenty...but besides that, sangat banyak tempat2 menarik yang ada kat sana...enjoy your holiday! If you need more info on Bali, kindly sms me at 016-2417321 or email me at ali.shahrir@gmail.com

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...