Jumaat, Jun 01, 2012

Jalan sikiit..

2 remaja pikir masa depan..

Tak pernah aku sangka yang setelah berpuluh-puluh tahun berlalu, negeri Melaka akan terus pesat membangun didalam sektor pelancongan. Sungai yang dulunya penuh dengan biawak sebesar anjing alsation, kini dilalui bot-bot menarik yang membawa pelancong dari seluruh dunia! Aku tak ketinggalan menaiki bot bernombor 37 dari jeti nak ke Dumai sampailah ke Renaissance Hotel Melaka dan balik. 40 minit keseluruhan boat ride. Puas dan mengasyikkan...nak ke muzium pulak, jenuh dok pikir pasal ada 26 muzium di seluruh negeri Melaka! Dari yang bertema Islam sampailah ke muzium yang mempamerkan keranda pelbagai bangsa..pilih saja mana satu yang berkenan! Di kawasan muzium ni lah dulu aku melepak sambil menunggu waktu nak lawan bola dengan sekolah lain pukul 3.30 petang. Kawasan melepak aku sekarang ni dah jadi Muzium Setem! Hahahahaha....manakala bila aku ke a'famosa pulak, brother yang main harmonica masih ada kat situ...main lagu-lagu yang sama....mahu kebas mulut dia dok tiup menatang tu selama lebih 30 tahun!

tetap sama selepas 32 tahun..

Gambar kat atas ni pulak merupakan kedai ais kacang favourite aku yang terletak di Jalan Bunga Raya. Nasib baik aku pergi hari isnin pasal hari Selasa dia tutup. Ada aku ambik gambar notice board tulis tangan kedai tutup! Aku order macam-macam kat kedai tu sampai nyonya tu tanya 3-4 kali samada aku betul ka order ais kacang sebanyak tu? Meja masih lagi menggunakan meja yang sama. Aunty pun kata hampir sama 20 tahun dulu masa aku bawak dia dating kat kedai ais kacang tu....tak banyak yang berubah....

Kedai ni aku beli BIDDU!

Kedai rekod kat atas ni pulak, aku selalu singgah untuk beli kaset....kalau tali keset tu terkeluar, aku gulungkan balik dengan pensel! Biddu, Barbra Streisand, Bee Gees, Manhattan Transfer, Stylistics, Commodores etc semua aku beli kat situ....aku ingat, ah pek tu pun silap-silap dah jalannnn kot.....Casette player aku dulu tak lah sebesar mana....tapi besar lah sikit dari kertas A4 tu...bukak volume kuat-kuat, suara akan pecah...hahahahaha.....jadi bila ahli Bee Gees mati hari tu, aku teringatlah balik waktu-waktu aku dok dengar lagu depa..."Night Fever" lah...dan macam-macam lagu lagi dari depa!


Long San..

Lepas river cruise, kami berjalan pelan-pelan melalui satu lorong yang aku dah lupa nama apa. Aku park kereta kat depan kedai Long San. Panjang sampai ke belakang kedai ni. Macam nilah kedai-kedai lama yang ada kat sini. Besar dan panjang.....Aku menyusur dalam restaurant dan terus ke belakang. Mencari "spot" yang happening mengadap sungai melaka. Cafe ni kecik tapi sangat cantik dan amat menimbulkan rasa romantic! Ah Boy pulak pasang lagu-lagu menarik dari penyanyi yang berasal dari Jepun/Brazil yang bernama Lisa Ono...oh makkkk aiiiii......aku tengok aunty dan dah nampak macam dia umur 24 pulak! (discount 20 tahun!) hahahahahahaaaa. Tapi bila Marina tendang kaki aku sebab tak layan dia, baru aku perasan yang kawasan tu gelap.....dan yang kurang 20 tahun tu sebenarnya hanya angan-angan aku! Hahahahahahaaaa...

Chap Teyy!!!!!

Dulu aku ada bercerita yang sewaktu aku nak kesekolah, aku selalu main Chap Tey dengan bobok, zahid anak makcik zaharah drebar bas sekolah, warren franco, anak kepada elvis malaysia dan ramai lagi dan aku selalunya "mati" lambat....jadi sewaktu aku dok ronda-ronda kedai cenderamata kat banda hilir yang terletak di satu bangunan dengan Tourism Malaysia Information Center, aku ternampak Chap Tey yang berwarna-warni dijual dengan harga RM6 sebijik.....seingat aku, dulu harganya cuma 30 sen dan selalunya aku dan bobok akan buat sendiri dengan getah tayar basikal yang kami potong bulat, paku karat yang kami jumpa kat tepi jalan, bulu ayam belanda yang kami cabut sampai togel, getah bungkus nasi lemak dan dalam masa satu jam, siaplah Chap Tey kami yang kami belasah sampai "lunyai"...kalau kami malas nak buat, kami beli saja di kedai Komeng ataupun Ah Sai! Hahahahahahaha.....La ni dah RM6 satu wooooo.....RM6......woooooo......oklah, nanti bila senang aku sambung lagi. Meantime, have a nice fruitful weekend people!

14 ulasan:

Lady Windsor berkata...

Salam Uncle,
bercuti kah? bagus2 nanti boleh pekena tey!

Uncle berkata...

Salam LW.
Bukan cuti lah...keroje la....hahahahaha...

~Beb~ berkata...

Assalam uncle, ade cube cendoi kat jonker walk x? or lalu lalang sekitar hard rock shop?

PINATBATE berkata...

Salam Uncle..
bestnya cuti-cuti..nak itottt..!

awang berkata...

Salam Pak cik,

Waaa,,, jln2 punsing tengok kg lama la tu,,
Kesian ayam belanda, habis Pak cik dan geng cabut bulu dia

Uncle berkata...

Salam Beb.
alamak...kat mana tu? Ada ka kat jonker walk....tapi you have to try the pineapple tart...terbaEEEK!

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Tak pa lain kali kita pi sama2...

Uncle berkata...

Salam Awang.
Saya memang suka jalan2....banyak tempat2 menarik yang boleh dilawati!

Ibu n Abah berkata...

Wah... uncle jalan2 ke Melaka yer?
kami ni balik melaka semata2 balik jumpa keluarga... tak jalan2 sangat. Masa mula2 kawin tinggal di Melaka pernah juga sepupu ajak makan ais kacang di Jalan Melaka Raya... memang sedappp
Nak balik melaka lah cuti nanti...

Uncle berkata...

Salam Kak.
Saya suka tgk tempat lama yang diberi semangat baru especially jonkers street area. All the small houses being well lit and decorated....cantik dan inilah yang negeri2 lain perlukan...especially di penang yang jugak kaya dengan baba dan nyonya heritage nya..

Mak Wardah berkata...

U really enjoyed life...gud for me coz u travel but the we readers experienced that thru reading

Uncle berkata...

Salam Mak Wardah.
Kita kongsi sama-sama......ala-ala "sharing is caring!". Hahahahahaha...

Kakzakie Purvit berkata...

20 thaun bukan sekejap uncle. Kalau dulu masih berhingus sekarang dah segak hensem hihi...

Chap tey colorful mestilah mahal. Nak buat warna tu cantik. Teringat dulu lompat-lompat masa kecik main sampai jenuh. Hebat budak-budak dulu kan...

Hjh Noralenna Abbas berkata...

Nama kedai ais kacang tu Tai Chong. Suka makan ais krim dengan rojak petis dia.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...