Selasa, Julai 23, 2013

Ahad yang 'groovy'

Jana and me!

It has been a good 20 years since kali terakhir aku bertemu dengan Jana. Jana membuat latihan praktikal di Hilton sewaktu aku disana dulu. Merupakan graduan daripada UKM lulusan komunikasi kalau tak salah aku. Masih muda dan sangat bertenaga. Maklumlah 20 tahun dulu. Aku baru 25 dan Jana slightly muda daripada aku. Apabila aku ditugaskan untuk membuka Uncle Chilli's Fun Pub di Hilton dulu, Jana telah dicadangkan untuk bersama-sama aku. Bersama Tengku Farazil sebagai Chef de Cuisine, kami membuka UCFP dengan jayanya. Revenue setiap hari mencecah puluhan ribu ringgit dan diwaktu itulah aku kenal dengan lebih rapat lagi Alleycats, Headwind, Louis Pragasam, Jose Thomas, AsiaBeat Percussion, Soliano Sisters dan ramai lagi termasuk pemain sax terbaik dunia yakni Dave Koz yang pada suatu masa pernah membuat persembahan ditempat aku! Jana banyak membantu kerana beliau mahir didalam PR. Kami bertungkus-lumus kerja dari pagi sampai ke pagi setiap hari!
 
Pada Ahad yang lepas, aku membawa keluarga berjalan sebentar ke Bangsar Village. Masuk ke kedai PUMA, ada seorang wanita memandang aku sambil tersenyum. Aku membalas senyuman sambil menoleh ke belakang kalau-kalau senyuman wanita tadi bermaksud untuk orang dibelakang aku! Abang melihat-lihat baju dirak. Setelah selesai dan sewaktu aku nak melangkah keluar, seorang wanita menegur aku, "hai shahrir, lama tak jumpa!". Aku tergamam lihat wanita itu. Sedikit pun tidak berubah. Rambut, percakapan, raut wajah dan senyuman yang tetap sama 20 tahun dulu! Kami bersalam dan Jana introducekan aku kepada kakaknya (yang tersenyum tadi), ibunya dan anak lelakinya yang sudah sebaya dengan abang. Aku terus memperkenalkan keluarga aku satu persatu. PUMA dah jadi kecoh dengan cerita-cerita lama kami selama beberapa minit. Jika tidak kerana kami berpuasa, mahu perbualan kami disambung di mana-mana kedai kopi! Kami bersalam semula dan berjanji untuk bertemu dengan rakan-rakan Hilton yang lain yang telah kami tinggalkan 20 tahun yang lalu!

Marina=cheetah!

Petang tu kami cuma santai melihat-lihat kedai yang berselerak di Bangsar Village. Dah lama tak keluar sekeluarga jadi waktu sebegini sangat nikmat bagi aku. Mungkin kerana aku pernah menetap di merata-rata tempat, kerja dipelbagai tempat, selalunya kemana sahaja aku pergi, aku pasti terserempak dengan orang yang aku kenali. Samada orang itu bekas pekerja aku, rakan-rakan sekerja, teman-teman sekolah, seniors dan juniors ataupun rakan sepermainan aku sewaktu dulu. Semuanya secara kebetulan! Sebagai contohnya aku ke sebuah hotel di ampang beberapa hari lepas. Masuk sahaja ke hotel tersebut aku ternampak bekas rakan sekerja aku sewaktu di Hilton dulu. Bila bersembang dengan staffnya dan diajukan soalan tentang beberapa orang lagi, semuanya aku kenal! Hahahahahaha...lingkungan kami ni yakni 'hoteliers' pi balik...pi balik...muka tu jugak!

Marina membuat tiramisu!

Disebelah paginya pulak, selepas aku ke marrket, aku menghala ke HERO pulak. Ada beberapa benda penting yang aku nak beli. Abang kata yang dia nak buatkan tiramisu untuk aku berbuka petang tu. Marina pun menganggukkan kepala tanda menyokong. Aku terus ke HERO pada pukul 9 pagi. Aku beli unsalted butter sepeket, granulated sugar sepeket, cream cheese sepeket (gantian kepada mascarpone cheese), yoghurt sikit dan oreo (untuk biscuit base). Balik aku serahkan pada abang. Marina mengekor dari belakang. Abang pandai buat dessert seperti tiramisu dan cheese cake. Tapi pastilah aunty yang akan check sukatannya.....bila selesai buat, aku nampak abang memasukkan tiramisu kedalam tupperware asing, satu portion. Aku diam kerana sangkaan aku, akan dimasukkan kedalam peti ais. Tapi bila aku menghantar abang pergi ke KASTURI pusat tuisyen, aku lihat tupperware tiramisu tadi dibawanya bersama....sengaja aku mengusik abang, "eh, nak bagi girlfriend ke?". Abang cepat-cepat tutup pintu kereta dan meluru ke kelas tuisyen bersebelahan 7-11 di tapak Kelang Bus Stand dulu! Hahahahahahahaa...horey.....anak aku dah REMAJA!

2 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Indah bila bertemu teman yg dah puluhan tahun terpisah.. lagi seronok kalau sama-sama punya cerita indah.

Abang dah besar uncle tu tanda papa dia pun kena ingat usia pun dah menginjak banyak. One thing kakak respect abang pandai buat tiramisu - betul kan bapak burik anak rintik.

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.

Memang indah apalagi kerana kami juga ada banyak cerita indah! Hahahahahaha.....Bukannya apa, cerita kami waktu buat opening dulu.....

Yeah, anak-anak dah mula membesar tapi masalahnya saya masih remaja.....yang penting sentiasa positive, sihat tubuh badan dan jangan ditinggalkan suruhan Allah SWT!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...