|
Uncle Chai..
Pagi ini sewaktu aku menunggu nasi lemak yang aku pesan siap (bukan untuk aku tapi untuk tetamu), aku terpandang sebuah kedai disebelah kedai mamak. Sambil minum teyy aku amati betul-betul apa yang Uncle tu buat. Rupa-rupanya Uncle tu sedang mesin kelapa. Dah lama senario sebegini aku tak lihat. Apatah lagi kalau di Bangsar! Selalunya kalau dipasar sekalipun, yang mesin kelapa mestilah sorang pekerja berbangsa asing. Aku terpandang anak perempuan Uncle tadi sedang mengira sesuatu lalu aku ajukan beberapa pertanyaan. Anak perempuan beliau menjawab dengan penuh sopan didalam bahasa inggeris dan melayu dengan fasihnya. Aku tambah teruja untuk bertanyakan beberapa lagi soalan. Dia memberitahu aku yang kedainya selalu menjadi tumpuan oleh agensi pengiklanan untuk diambil gambar sebagai iklan di bangunan-bangunan mahupun majalah!
Bila melihat Uncle Chai melayan pelanggan, aku teringatkan kedai cina di Taman Intan, Alor Setar. Makcik aku tinggal disitu dulu. Dan makcik aku merupakan satu-satunya keluarga Melayu yang tinggal di kawasan perumahan Cina disana sebelum kedatangan ramai lagi keluarga melayu yang mula berhijrah kesitu. Makcik aku berniaga bedak sejuk dan dikenali sebagai Che Pah. Kalau kelihatan makcik-makcik berbangsa Cina menyidai baju di ampaian dengan berkemban dan muka bersalut bedak sejuk, maka bedak sejuk itu semuanya datang dari makcik aku, Che Pah. Di tengah-tengah Taman Intan ada sebuah kedai runcit Cina dan tokaynya aku panggil Ba. Ba dan isteri sangat ramah walaupun makcik aku kiranya minoriti di kawasan itu. Orang kampung sekeliling akan beli barangan di kedai Ba. Dan Ba ingat nama-nama pelanggannya! Kadang-kadang jika aku terlupa nak bawak duit, Ba akan kata, "tak pa aihhh...isok-isok bila ingat bayaqlah kat Tok Ba...". Begitulah ramahnya Ba yang fasih berbahasa Melayu Kedah dengan pekat! Makanya Uncle Chai mengingatkan aku pada Ba!
|
|
Ada tulisan jawi |
|
Anak gadisnya yang peramah |
|
Kak Nab minat balang2 ni |
|
Kak Timah nasi lemak.
Kak Timah ni pulak jual nasi lemak di tempat yang sama setiap pagi yakni ditepi pokok kelapa disimpang lorong Maarof. Kalau keatas sikit lagi, sampailah ke kedai Chef Ismail! Aku belum pernah try nasi lemak ni tapi bila aku beli banyak-banyak, cepat pulak habisnya. Jadi, kesimpulan aku, nasi lemak ni memang sedap! Hari tu bila Yuya lawan bola, aku order nasi dari Kak Timah sebanyak 60 bungkus. Sekejap aje selesai. Bukannya habis kat players tapi semuanya diborong oleh parents yang datang tengok anak-anak lawan bola! Alhamdulillah!
|
Semasa aku masih kecil dan bersekolah di Francis Light, Pulau Pinang, setiap pagi waktu nak ke sekolah, arwah mama akan membelikan nasi lemak untuk kami adik-beradik. Nama makcik tu aku dah lupa tapi makcik tu merupakan mak kepada rakan-rakan abang aku. Nama depa sangat pelik bagi aku waktu tu. Donny, Jimmy, Elan dll. Mungkin mak depa suka tengok Donny Osmond Show tahun 70-an kot makanya nama anak-anak dia mengarah ke situ! Rumah makcik ni senerai dengan rumah aku cuma selang beberapa rumah sahaja. Anak-anak dia suka pakai motor besar. Dan keluarga depa sajalah yang ada motor besar waktu tu. Bunyi deruman engine motor yang 'seksi' akan membuatkan aku berlari pantas ke tingkap untuk melihat!
Makcik tu pandai buat nasi lemak. Arwah mama akan beli awal-awal pagi sekitar pukul 6 bila nasi baru siap dimasak dan sedang dicedok masuk ke dalam daun pisang untuk dibungkus. Baunya dan aromanya membuatkan kami tak lena tidur, malam sebelumnya....in fact sampai sekarang aku masih ingat lagi nasi lemak tu dan bagaimana kepulan asap berlegar diatas nasi bila disendukkan ke dalam daun pisang! Ikan bilis, kacang dan timun diletak sama rata. Bila dituangkan pulak sambal bawang yang merah, air liur aku mula meleleh! Kelihatan seperti larva yang mengalir turun setelah gunung berapi meletus! Begitulah hebatnya penangan nasi lemak Brown Garden tadi!
Nasi lemak Kak Timah ni apa kurangnya. Siap ada cawangan lagi kat Jalan Telawi! Kelas.......
Ok people, selamat berpuasa!
10 ulasan:
"Pagi ini sewaktu aku menunggu nasi lemak yang aku pesan siap (bukan untuk aku tapi untuk tetamu), aku terpandang sebuah kedai disebelah kedai mamak. Sambil minum teyy aku amati betul-betul apa yang Uncle tu buat..."
pada perenggan ini, bertarikh 11 julai 2013, saya sangat curiga.. kecuali ianya sebelum subuh. hahahahah
selamat berpuasa ankel. bila nak bermoreh skali neh!
Assalamualaikum Pi.
Memang patut di curigai...hahahahaha...tapi kisah tu berlaku seminggu sebelum puasa. Cuma Uncle tak ada waktu nak tulis dan cuma kelmarin@semalam barulah bernafas sikit untuk menyambung! Makanya, teyy dan nasi lemak tertera adalah 'sah' di consume sebelum bulan Ramadhan! Hahahahaha....
moreh? enitaim.....jes tel mi!
Cerita nasi lemak kakak nak cari nasi lemak utk iftar hari inilah..
Salam Kakzakie:
Memang tujuan saya untuk menyusahkan orang semua...hahahahahaa......dan saya jugak teringin sangat2 nak makan nasi lemak!
alrite! nanti kita helo2
Salam Pi.
HP number mung apa? tolong kirimkan.....nanti kita boleh lunch sama2...hehehehehe...
salam uncle
susah nak cari kedai runcit mcm tu lagi terutama kat dalam bandar
Salam Rezeki.
In fact kedai ni pon saya tak perasan sebenarnya....bila pi beli nasi lemak kat tepi jalan baru ternampak!
salam uncle,
lama betul KN tak jengok blog uncle...jumpa2 kat FB jer...u made my day dgn those lovely balang2!!
salam uncle,
lama sungguh tak ziarah blog uncle...selalu jumpa kat FB jer..hehe...terseronok pulak tgk balang2 tu...:))
Catat Ulasan