Ramai sungguh kawan-kawan aku yang telah berkelana ke luar negara membina kerjaya professional mereka. Salah sorangnya ialah Syamzani. Kawan aku yang sama-sama naik bas sekolah Achit sewaktu di Penang dulu. Syam di sekolah Penang Free manakala aku pula melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 di Chung Ling High School di Air Itam, berdepan dengan Balai Polis Air Itam. Kami tinggal dikawasan perumahan yang sama yakni Brown Garden. Syam merupakan satu-satunya anak lelaki kepada mamu Hussain. Seorang kapten kapal yang jarang ada dirumah. Oleh kerana kami naik bas sekolah yang sama, makanya kami menjadi agak akrab. Ini ditambah pula dengan latihan ragbi pasukan Pulau Pinang yang aku main waktu itu memang diadakan di padang PFS dan Syam menjalani latihan pancaragam sekolah diwaktu yang sama. Kami selalu bertemu. Kalau aku tak kerumah Syam, Syam akan kerumah aku pulak. Duduk melepak dan bercerita kosong. Selalunya topik perbualan kami banyak berkisar kepada cerita Syam dan marka-markanya! Hahahahahaha....Aku kenal rapat dengan kesemua ahli keluarga Syam. Nak dijadikan cerita, kami terputus hubungan sejak dari tahun 1987. Aku merantau ketempat lain manakala Syam pula melanjutkan pelajaran ke Amerika selama beberapa tahun. 3-4 hari lepas sewaktu aku selesai melakukan senaman angkat besi di gym, mandi dan bertukar pakaian sebelum pulang kerumah, tiba-tiba hati aku terdetik untuk menaiki escalator turun ke bawah. Selalunya aku akan naik lift sampai ke bawah. Aku melencung ke escalator. Sewaktu nak sampai ke tingkat 2, seperti dipanggil-panggil, aku mendongak semula ke tingkat 3. Tiba-tiba aku terlihat kelibat sorang lelaki dengan 2 orang anak sedang window shopping. Aku sah orang tu aku kenal. Aku naik semula ke atas dan dengan kuat aku panggil nama Syam. Dia menoleh dan jugak menjerit nama aku....seperti kebiasaan orang-orang Penang, perkara pertama yang mereka akan ucap adalah perkataan yang bagi aku sangat tak masuk akal!
"Woi Shah.....hang ka?" Syam kata.
"Woi Syam.....hang ka?" aku pulak kata!
Dan kami sebenarnya berdiri mengadap masing-masing!
Kami bersalam dan bertanya khabar lebih kurang, sebelum bertukar-tukar kad nama. Berjanji yang kami akan berhubung lagi. Alhamdulillah Syam yang selalu dok bercerita kat aku pasal marka-marka dia dulu kini sudah berkahwin dan bukan dengan marka-marka yang diceritakan dulu, mempunyai beberapa orang anak, menetap di Dubai dan bekerja di First Gulf Bank sebagai Head of Islamic Banking Division. Hahahahahaha....nak jadi cerita....macam boria Kampong Dodoi!
2 ulasan:
Kawan-kawan uncle semuanya berjaya belaka. Kagum kakak tengok kegigihan dan kejayaan yg diraih..
Salam Kakzakie.
Alhamdulillah. Saya bernasib baik kerana dikelilingi oleh rakan2 yang baik dan prihatin.....saya ingat pesanan arwah mama dan bapak dulu supaya pandai memilih kawan. Pesanan yang sama saya berikan pada anak-anak. Jika kita dikelilingi oleh teman2 yang positive, insyAllah kita juga akan menjadi positive. Begitu juga sebaliknya!
Catat Ulasan