Aku terpaksa mengambil satu hari cuti gantian setelah 2 minggu bekerja untuk memungkinkan aku menghadiiri acara di sekolah anak-anak. Nasib aku baik kerana Marina dan Yuya disekolah yang sama dan abang di VI mengadakan hari penyampaian hadiah juga pada hari yang sama yakni Khamis 29.8.2013. Diawal pagi aku bangun seperti biasa. Jam 6 pagi sudah menghirup udara nyaman. Bersama-sama Yuya selama 30 minit mengulangkaji pelajaran sebelum Yuya bergegas ke sekolah. Marina tak bersekolah hari ini kerana acara disekolahnya ialah pendaftaran bagi program Kementerian Pendidikan serta hari berjumpa guru kelas secara serentak. Jam 8 pagi seperti yang dijadualkan, aku dah terpacak di sekolah Marina dan Yuya. Bersalaman dengan guru-guru yang memang aku dah kenal sejak zaman abang lagi, aku terus mendaftarkan diri. Selepas mendaftar, aku keluar sebentar untuk bersarapan. Kembali kesekolah dan terus bernasib baik kerana ke dua-dua guru Marina dan Yuya berada di pejabat. Aku dapatkan buku lapuran Yuya dulu. Cikgu kata keputusan Yuya turun-naik seperti 'yoyo'. Dalam hati aku mula terfikir, mungkin ada kebetulan dengan nama dia! Hahahahahaha.....Yuya cuma ada 2 minggu sahaja lagi sebelum menduduki peperiksaan UPSR. Dia tenang....aku cemas!!!! Seterusnya aku ke meja lain pulak di pejabat itu. Kali ini bertemu dengan cikgu kelas Marina. Dibawanya aku ke hujung pejabat dikawasan yang agak lengang. Cikgu berkata yang Marina lebih banyak bercakap daripada mendengar! Aku dah dapat mengagak sebab kalau di rumah, kami semua jadi pening dan kadang-kadang kena suruh dia diam daripada bercakap! Marina akan berhenti selama 5 saat dan kemudian ada-ada saja bahan yang dibualkan. Daripada cerita pasal kawan-kawan, hinggalah kepada cerita katak di dalam longkang di tepi rumah, jatuh basikal, main anak patung, panjat pokok cempaka dan bergaduh dengan Mashitah disekolah. Makkk aiii...tak habis-habis budak ni. Bila cikgu kelas pun cakap benda yang sama, maka aku pahamlah! Banyak yang aku bualkan dengan guru-guru tadi. Pasal Yuya dan pasal Marina. Ada juga yang bertanyakan tentang pelajaran abang kerana abang juga bersekolah disitu dulu dan merupakan anak didik mereka juga! Aku doakan kejayaan terbaik untuk anak-anak dan sekolah pada peperiksaan UPSR nanti. Alhamdulillah semuanya selesai.
Selepas beberapa jam di sekolah Taman Nirwana, aku bergegas pulak ke VI. Letakkan moto aku dibawah pokok, aku berjalan menuju ke dewan. Masuk ke dalam, semuanya telah ada. Murid-murid dan para guru sedang mendengar ucapan. Kelewatan aku boleh dimaafkan kerana aku ke sekolah Yuya dan Marina dan bukannya ke kedai kopi untuk bersarapan! Cikgu Lan yang juga merupakan jurulatih pasukan bolasepak bawah 15 tahun menegur aku. Kami bersalaman sebentar dan bertanya khabar sebelum aku melangkah ke dalam. Pelbagai aktiviti berlangsung. Abang dipilih untuk menerima hadiah bagi mewakili pasukan bolasepak yang telah berjaya didalam banyak pertandingan beberapa bulan yang lalu. Aku sempat mengambil gambar abang. Tapi yang melucukan ialah apabila disebut nama pasukan, abang telah meluru naik ke pentas untuk menerima hadiah sedangkan guru yang bertindak sebagai emcee masih lagi membaca kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan. Abang dah pun turun stage tetapi emcee masih lagi menyingkap sejarah pasukan bolasepak tersebut. Apabila emcee menyebut, " dipersilakan arman azumi naik ke pentas untuk menerima hadiah bagi pihak pasukan bolasepak bawah 15 tahun", Abang sebenarnya telahpun turun dari stage dan telah berada ditepi dewan! Emcee tidak sedar dan ditunggunya abang kerana disangkanya abang masih belum naik! Aku tersenyum melihat adegan tersebut! Apabila emcee mendongak, kelihatan guru besar memberi isyarat untuk emcee membacakan nama kedua.....supaya berjalan cepat! Hahahahahaha...
Selesai acara di dewan, aku melencong ke gerai yang dikelolakan oleh murid-murid sendiri. Makanan tidak dijual tetapi diagih-agihkan bersama sempena bulan kemerdekaan dan juga InsyAllah. bagai menyambut syawal. Macam-macam makanan dibawa oleh murid-murid. Aku ditawarkan makanan tetapi aku menolak dengan sopan kerana lebih baik anak-anak yang makan daripada aku yang makan! Kesempatan itu aku gunakan sebaik mungkin untuk bertemu dengan guru kelas abang dan bertanyakan perihal pencapaian abang disekolah. Seperti yang dijangkakan, memang banyak yang abang perlu lakukan didalam tempuh 2 bulan ini sebelum PMR kerana banyak pelajaran yang telah tertinggal dek penangan bolasepak yang mengambil masa separuh daripada masa pelajaran disekolah. Aku hanya mampu menasihatkan abang dan mendoakan agar abang mendapat keputusan yang cemerlang dan aku berdoa dengan kejayaan abang didalam bidang akademik, ini akan menjadi pendorong kepada Marina dan Yuya untuk juga berusaha dengan lebih gigih bagi menyamai ataupun melebihi pencapaian abang. Aku berdoa dan terus berdoa. Sedikit terkilan kerana aku tidak mampu membantu abang didalam pelajaran kerana abang berada diasrama dan hanya pulang pada hujung minggu......"Ya Allah ya Tuhanku, permudahkanlah usaha anak-anak ku semua. Mudahkanlah mereka menerima pelajaran dan mudahkanlah mereka menghadapi peperiksaan nanti.....".
6 ulasan:
Assallamualaikum Uncle,
Tahniah, dah besar anak-anak ya. Masa mama mula membaca blog uncle dulu, rasanya Marina masih kecil.., dan rambut uncle dah nampak memutih.
Sebagai seorang guru, Mama ucapkan syabas kerana Uncle mengambil berat pelajaran anak-anak..ada juga waris yang lepas ttgjawab tu semua kat sekolah..
Waalaikumsalam Nadz.
Masih panjang perjalanan hidup mereka. Saya mahu menjadi tauladan yang baik walaupun sering melakukan kesalahan. Semoga yang baik diambil sebagai iktibar oleh anak-anak dan semoga mereka mengerti bahawa pelajaran mampu mengubah nasib seseorang selain daripada usaha yang gigih serta disiplin yang tinggi...
you are like my cikli yang acapkali hal anak anak dia yang beres...dia kerja sendiri tak perlu minta cuti dari bos.
Satu kali tu ada orang tanya..dia duda ka..hehe.
Assalamualaikum uncle..
Nsmpaknya uncle sama mcm akak.. Pernah satu tahun sampai 3/3 sekali periksa besar...
Tambah serammmm rasanya kita yg bertitle ibu bapa...
Semuga along dan yuya berjaya dlm peperiksaan masing2...
In syaa ALLAH
Salam mokjadeandell.
Macam ni lah kerja saya. Pagi bangun ulangkaji dengan yuya dan 6.30am terus ke luar kasi badan sihat sikit. Pukul 8.30 ada dipejabat sampai pukul 6 kalau tak ada acara apa2. Makan malam pukul 7 bersama keluarga dan 8 kembali bersama anak-anak mengulangkaji pelajaran sampai jam 10pm. Saya ambil masa 2 jam untuk menonton tv i.e.sports, discovery channel, news dll. Jam 12 tidur! Mungkin cycle ni akan berterusan selama beberapa tahun lagi sampai Marina habis belajar kot! Hahahahahaha...err, belum 'duda' lagi....
Salam Ibu N Abah.
Your time has passed.....sekarang tiba giliran saya pulak......all in a circle! But one thing for sure, I love being with my kids!
Catat Ulasan