Khamis, Oktober 24, 2013

Jagalah kesihatan!

Celebrity Fitness, Bangsar

Sekali lagi aku terpanggil untuk bercerita serba sedikit mengenai kesihatan walaupun aku bukanlah pakar yang patut dicontohi! Hahahahahaa....Segala-galanya bermula 15 bulan yang lalu. Kesihatan aku sedikit terganggu dengan sakit dibahagian belakang badan, demam dan selsema setiap bulan. Aku jadi rimas. Setiap bulan aku terpaksa berjumpa doktor dan setiap kali itulah aku akan diberikan paracetamol, antibiotics dan juga pain killer. Badan menjadi letih. Nafas tercungap-cungap dan aku seperti tak bertenaga. Aku ambil vitamin C. Aku ambil pelbagai supplement setelah membaca beberapa articles yang kononnya mujarab. Banyak medical journal yang dah aku baca walaupun aku bukanlah berminat sangat. Di waktu terluang aku akan mencari-cari website kesihatan. Jawapan dan hasil yang aku dapat tidak mampu memuaskan hati aku. Berat badan semakin bertambah. Selera makan juga bertambah. Anak-anak masih kecil.

Lepas workout..

Seperti yang aku pernah cerita dulu, aku terpanggil untuk kembali berjinak-jinak dengan workout di gym 2 tahun yang sudah. Di waktu sekolah, aku sangat aktif bersukan. Sampaikan dalam kepala otak aku pun 24 jam pikir pasal sukan dan bukannya Chemistry, Biology, Physics apatah lagi Additional Mathematics! Bila aku memandang ke papan hitam ataupun memandang muka Miss Chin didalam kelas Chemistry, bukan bermakna aku tengah concentrate mendengar fakta-faktanya tetapi kepala otak aku terus menerawang ke padang rugby. Berangan macamana aku nak buat tendangan penalty ataupun conversion. Berangan bagaimana aku nak 'dummy' opponents aku dengan 'side steps' ataupun larian-larian deras. Aku tertangkap dengan Miss Chin bilamana beliau berubah tempat sedangkan mata aku masih tertumpu ke dinding yang tak membawa makna! Beberapa kali Miss Chin menghalau aku keluar dari kelas. Alhamdulillah...result aku didalam Chemistry tidaklah seteruk yang Miss Chin jangkakan! Hahahahahaha.....Tapi begitulah aku. Asyik sangat dengan sukan...sampaikan pelajaran aku terus terabai pada waktu itu!

Original bicep tanpa bahan terlarang!

Pada tahun lalu genap 15 bulan yang lalu, aku nekad untuk mendaftarkan diri di Celebrity Fitness. Mulanya bulan Ramadhan, aku pun mula dengan latihan-latihan aku di gym. Ramai yang kata aku gila tetapi bagi aku, Ramadhan merupakan bulan yang terbaik untuk aku mula melakukan sesuatu. Ia menguji mental dan fizikal aku. Tepat jam 5.45pm aku dah terpacak di gym. Mula dengan regangan, kemudian berlari anak di atas treadmill dan akhir sekali menggunakan dumb bell untuk menguatkan otot yang dah sangat kendur! Di waktu bulan Ramadhan, aku mengunjungi gym sebanyak 3 kali seminggu sahaja. Manakala di bulan-bulan yang lain jika aku sempat aku akan ke gym sebanyak 5-6 kali seminggu. Setiap kali aku ke gym aku akan membuat latihan pada bahagian badan yang lain. Sebagai contohnya, Isnin untuk bahagian atas badan. Selasa cardio dengan berlari diatas treadmill selama 40 minit dan pada speed yang sesuai. Rabu aku akan lakukan lower body iaitu paha depan dan belakang serta betis. Khamis aku akan menyertai kelas pada pukul 7 pagi selama 1 jam. Ada pelbagai kelas disini untuk disertai. Jumaat ialah Bosu Yoga. Memang letih dan badan akan mula terasa sakit. Disinilah terletaknya disiplin. Apabila badan mula terasa sakit, janganlah dimanjakan sangat dengan berehat selama 4-5 hari. Badan yang sakit bermakna ia sedang bekerja setelah puas 'tidur' selama bertahun-tahun! 

45 year old boy. No supplements here people!

Aku sering melihat dan membaca disuratkhabar berita-berita tentang masyarakat yang bertubuh besar, gempal dan obese. Aku baca dengan penuh minat. Mengkaji dan terus mengkaji kenapa masyarakat kita masih tidak mengambil iktibar daripada berita-berita tersebut dan keadaan sekeliling yang tidak sihat? Setiap kali kita keluar minum dan makan diwarung-warung, kita akan lihat anak-anak sekitar umur 20an yang mempunyai rangka tubuh badan yang besar. Aku akan sentiasa rasa terpanggil untuk duduk bersama mereka dan cuba menyelami apa yang menyebabkan mereka begitu? Aku pernah berada di paras bahaya 15 tahun dulu. Aku pernah sampai ke 95 kilo. Dan aku baru di dalam lingkungan 30an! Mengerikan. Aku tidak kata aku kurus. Aku kata aku semakin sihat dan bertenaga. Alhamdulillah.

Aku sedih melihat adik-adik yang tak menjaga kesihatan dengan mengatakan mereka kesuntukan masa. MasyAllah. Kita diberikan 24 jam sehari. Makanya, jadualkan masa untuk beriadah sebaik mungkin. Bila balik ke rumah walaupun sudah senja, apa salahnya kalau berjalan ke masjid berdekatan untuk bersembahyang maghrib ataupun isyak. Kalau masjid tu agak jauh lagi bagus. Selain sihat, bertambah juga pahala! Setidak-tidaknya tanamlah pokok karapoley dibelakang dapur. Selain daripada boleh berpeluh, boleh jugak dibuat rencah untuk kari! Menyapu laman rumah ataupun mencuci kereta juga baik untuk kesihatan. Yang tak baiknya apabila lepas berpeluh kita minum teh ais 2 gelas besar! Hahahahaha...Itu untuk yang dewasa. Kepada adik-adik, Uncle nak berpesan.....kebanyakan penyakit berpunca daripada apa yang kita makan dan minum selain daripada penyakit yang malangnya kita dapat daripada ibubapa kita. Sayanglah kiranya adik-adik yang masih muda, berbadan besar dan gempal kerana adik-adik akan merasa terpinggir, rendah diri dll lagi. Come on adik-adik.....do something! Ini Uncle cerita ni bukannya Uncle nak suruh beli produk apa-apa....Uncle sendiri tak jual ubat kurus. Niat Uncle hanyalah supaya timbul kesedaran untuk kita menjaga kesihatan. Sentiasalah ingat mengingati diantara satu sama lain.
 
Ada sorang doktor 'gynae' yang juga akan ke gym pada waktu yang sama dengan aku yakni 6.45 pagi. Didalam locker kami selalu bersembang tentang kesihatan. Dia banyak menasihati aku dan dia jugak banyak mengajar aku cara-cara betul membuat latihan. Selalu kami berjumpa. Tapi sampai ke hari ni aku tak tahu nama dia....hahahahaha.....nak tanya kali ke 4 segan pulak.....disiplin beliau sangat tinggi. Dia dan 3 orang lagi rakannya akan sentiasa mendorong satu sama lain setiap pagi. Latihan yang mereka buat juga amat berat bagi aku. Untuk berbaring dan mengangkat dumbbell ke atas serentak kedua-dua tangan aku cuma mampu dengan 18kilo sebelah tangan sedangkan mereka sudah melebihi daripada 30 kilo. Sebab itulah aku tengok lengan masing-masing dah sebesar peha aku! Hahahahahaha...ok people, stay positive will ya!

8 ulasan:

norh berkata...

Salam uncle...
Norh tak sampai tahap pi gym lg... Cuma sekadar 1000x daily skipping dgn weekly mencangkul lalang...boleh kira aktiviti sihat dak..he he

rezeki berkata...

Salam Uncle

Alhamdulillah
banyak kemajuan yg uncle dah dicapai dan semoga kita terus diberikan kesihatan yang baik .

mmg nak mula sukar sikit, dah mula kena teruskan demi penjagaan kesihatan

anak bongsu saya pun baru mula jogging semula dua tiga minggu lepas selepas berehat panjang akibat pembedahan lutut hari tu krn badannya dah mula naik

saya pun sekarang maintain jogging keliling kampung utk kekalkan kesihatan dan berat badan

mmg penjagaan kesihatan kena kita titik beratkan

anyway, cantik dan kemas blog uncle setelah dilakukan renovation

Uncle berkata...

Waalaikumsalam ya Rezeki di pagi Jumaat!

Yes. Kesihatan sangatlah penting. Apalah guna kalau duit banyak, rumah besar, sedangkan kesihatan tergadai? Itu yang saya pikirkan (walaupun duit taklah banyak manapun...hahahahaha)selain daripada itu saya juga terkenangkan arwah bapak dan mama yang meninggalkan kami pada usia 64 dan 74. Saya bukannya melawan takdir tetapi saya mahu mencuba sebaik mungkin untuk kekal sihat. Biarlah usia meningkat tetapi kesihatan seperti 17 tahun!!!! Hahahahahaha...

Uncle berkata...

Salam Norh.
Kalau sehari 1000X dan seminggu sekali mencangkul lalang, that's great! Bagaimana dengan makanan pulak? Kalau Norh dapat kurangkan carbohydrate (nasi) terutamanya waktu malam dan minum banyak air kosong, wow....akan turun lebih cepat! Come on Norh...let's get HEALTHY!

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah
Uncle nampak fit n sehat..
(Nak pujuk suami ikut style uncle laaaa)

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.

Tak susah sebenarnya. Tergantung kepada kemahuan diri sendiri dan disiplin...."mind over matters".

Lee berkata...

Hi Uncle...you looking very young to be called 'Uncle'...
Anywy, I'm much older than you, so I'll call you Mohd Sharir. Boleh kan?
Wow! You sure look very fit and very muscular! Good for you.
Love that budak yang chakap banyak, ha ha ha.
Have a great week.
Lee.

Uncle berkata...

Hey Uncle Lee.

It's an honor to have you visiting my blog and leaving a note! Thanks Uncle Lee. I love reading your NINJALOGY! Hahahahahaha.....Uncle is my nickname in school. Yeah I know i am still young! Hahahahaha...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...