Sabtu, Oktober 19, 2013

Jumaat datang lagi!

Lutfi Lokman

Aku dikunjungi oleh seorang kenalan lama. Kenalan yang aku kenal bilamana aku berkesempatan bertugas di Mekah dulu. Diwaktu itu aku selalu ternampak kelibat Lutfi, isterinya dan "Waseem the Hemsem Boy" makan di D'Saji. Banyak kali jugak apabila aku ke sana untuk melepaskan rindu pada teh tarik, aku akan terserempak dengan beliau sekeluarga! Senyuman bertukar salam. Dari duduk di meja asing-asing, kami mula bertegur sapa dan mula duduk disatu meja. Lutfi dengan kamera ber lens panjang yang diusung merata-rata waima ke Masjidil Haram sekalipun! Aku yang sangat sibuk pada waktu itu akan merasa lega melihat keletah Waseem yang juga mengubat kerinduan aku pada anak-anak di Malaysia! Lutfi sangat pemurah dengan pandangan-pandangan bernas apabila diajukan soalan. Baik mengenai bidang yang digemarinya yakni fotografi mahupun berkenaan dengan hukum-hakam agama. Lutfi sentiasa memberikan idea-idea bernas dan kadang-kala tersenyum dan sememangnya senyuman Lutfi sangat 'cheeky'. Anda lihatlah gambar beliau diatas. Kami senang berbincang walaupun umur agak ketara kerana Lutfi dianugerahkan Allah SWT dengan kemahiran mengambil hati dan ternyata kami agak 'serasi' didalam berbicara soal-soal yang tak masuk akal! Jika kami tidak bertemu di D'Saji, aku akan menjemput Lutfi dan rakan-rakan sekuliahnya yakni Asnawi dan Rashid ke hotel ataupun kami sambung bersoal-jawab di bilik aku saja. Walaupun mereka bertiga pada waktu itu berumur didalam lingkungan pertengahan 20-an, tetapi anugerah Allah SWT kepada mereka membuatkan aku terasa kecil. Tanya saja mengenai apa-apa topik terutamanya yang berkenaan dengan agama. Mereka akan menjawab beserta dengan hadisnya sekali. MasyAllah! Mereka adalah pelajar Umm Qura University di Mekah. University yang banyak melahirkan cendikiawan dan pemikir Islam dunia!
 
Lutfi datang menjenguk aku bersama dengan kedua ibubapanya. Pakcik Lokman, ke IJN untuk routine checkup dan ditemani oleh isteri dan Lutfi. Yang membuatkan aku teruja ialah bilamana bonda Lutfi memberitahu aku yang beliau juga membaca blog aku! Hahahahaha...alhamdulillah. Terimakasih makcik kerana membaca...Lutfi menghadiahkan aku sebuah buku yang menghimpunkan banyak gambar-gambar menarik Mekah yang diambilnya selama 9 tahun bermastautin disana. Kini hasil karyanya dipamerkan di Muzium Kelantan setelah berada di London beberapa tahun yang lalu!

Aidil Adha..
 
Aku pun tak tahu kenapa setiap kali raya dan setiap kali ambil gambar, pastinya aku akan memakai baju melayu yang sama dan pose di tempat yang sama! Bila ditenung lama-lama, tak sangka anak-anak lelaki aku sedang meningkat usia remaja. Aku seronok bila membawa anak-anak berjalan kemana-mana kerana kini kami boleh bercerita tentang topik yang sama! Men's talk! Kami berbicara tentang pelajaran, tentang sukan, tentang movies yang kami sudah dan akan tonton nanti dan sekali-sekala terselit jugak cerita girlfriend......hahahahahaha......teenagers years....i've gone through! Abang dah tanya samada dia boleh mengikut aku ke gym sewaktu musim cuti sekolah nanti. Hmmm.....nanti kena pikirkan dulu sebab aku suka pergi awal pagi yakni selepas subuh sedangkan waktu itulah abang masih sedap tidur! Yuya pula asyik dengan IPod hadiah daripada atuk Jepun. Aku bagi perlepasan kepada Yuya sebab dia dah habis periksa. Begitu jugak dengan abang....

Aku dengan budak yang suka cakap non-stop!

Marina sangat menghiburkan. Setiap kali jika aku harus bertugas sehingga lewat, aku pasti teringatkan Marina. Aku suka kacau dia. Geletek dia. Bercerita dengan dia perihal Mashitah dan rakan-rakan dia yang lain. Suatu hari dia balik dengan muka masam. Aku tanya kenapa dia muka masam? Dia jawab yang dia tak dapat jadi pengawas pada tahun depan. Aku pujuk dengan mengatakan bahawa selalunya yang terbaik akan dipanggil disaat-saat akhir. Aku juga beritahu kepada Marina bahawa tidak menjadi pengawas bukan bermakna masa depan kita akan gelap! Lama kami berbual berdua. Akhirnya dia dapat menerima penerangan aku yang panjang lebar itu. Selang sehari, cikgu panggil Marina dan berikan sepucuk surat untuk diberikan kepada aku. Marina ceria kali ni. Katanya itu merupakan surat perlantikan Marina sebagai pengawas untuk sessi 2014. Marina risau jika aku tidak bersetuju. Aku terlupa nak mengisi borang perlantikan pengawas. Marina tarik muka dengan aku. Setiap jam dan setiap saat dia akan mengingatkan aku sampai aku naik rimas....
 
Setiap kali kami keluar aku akan cuba memulakan perbualan. Aku teringatkan abang ipar aku yang berpesan kepada aku suatu hari di balcony rumah aku....."Shah, you have to find common topics to talk to your kids...cari minat yang sama dan berbuallah dengan panjang lebar. Pada masa itu mereka akan lebih terbuka berbicara dan akan menjadikan kita sebagai bukan sahaja ayah mereka tetapi juga sebagai teman rapat untuk berbual apabila ada sebarang masalah!". Kata-kata beliau masih terpahat didalam fikiran aku.....aku ucapkan terimakasih dan kami sambung menghirup kopi panas.....Hujan masih turun!

Tasik Titiwangsa by Yuya!

Beberapa hari yang lalu aku berkesempatan membawa kesemua ahli keluarga ke Tasik Titiwangsa. Sebenarnya aku dah tak tahu nak kemana. Marina kayuh basikal, Yuya main 'wake board' manakala aku dan abang bermain badminton. Angin kuat. Kami terpaksa berhenti bermain dan duduk berehat mengadap Istana Budaya. Tanpa kami sedar, Yuya perlahan-lahan mengambil gambar kami dengan IPodnya dan kemudian menukarkan ke warna hitam-putih. Aku sukakan hitam-putih kerana bagi aku nampak klasik! Aku bagitahu abang yang aku nak tengok gambar girlfriend dia dan aku cakap kalau tak comel aku tak bagi datang rumah! Abang tunjuk.....dan dalam hati aku berkata, 'Ok. Boleh datang rumah!'

I'm feeling GREAT!

Seminggu sekali aku akan mengambil bacaan ini. Bukannya apa, device dah ada di office. So kalau tak pakai rugi pulak rasanya! Setakat ini bacaannya semua alhamdulillah. Masih ok. Pada masa depan, aku tak tahu lagi. Arwah kedua-dua ibubapa aku meninggal agak muda (pada pandangan aku). Bapak umur 64 manakala mama pulak 74! Walaubagaimanapun, yang aku nak bagitahu kat sini bukanlah perihal arwah mama dan bapak. Tetapi tentang masyarakat kita yang memandang rendah kepentingan kesihatan. Selalu juga aku mendengar perkataan seperti 'rezeki jangan ditolak'. Masalahnya kalau makanan dah terlalu banyak dan makan sampai tak ingat dunia, itu namanya 'cari penyakit'. Anak-anak kecil yang berbadan gempal melebihi had umur dikatakan comel. Iya...memang comel...tapi kita sebagai ibubapa pernahkah terfikir apa akan berlaku kepada mereka bilamana kita telah tiada? Kencing manis, sakit jantung dsbnya. Kita selalu mengambil mudah perkara sebegini. Aku tak kesiankan mak-bapak tersebut. Aku kesiankan masa depan anak-anak tadi! Kita akan ketawa atau menyalahkan anak-anak kita apabila ditegur. Kita berkata yang anak-anak kita kalau tak makan nasi, akan terketar-ketar! Ada betulnya. Pengambilan carbohidrat penting untuk memberi tenaga. Tetapi jika nasi ditambah dengan burger, french fries dan minum coca-cola.....itu seperti 'time-bomb' yang hanya menunggu saat untuk meledak! Makanya disini aku ingin menyeru kepada para ibubapa agar menukar habit pemakanan dirumah dengan makanan dan minuman yang seimbang. Utamakanlah kesihatan. Didalam setiap kali kita makan, carb, protein dll harus lengkap-melengkapi satu sama lain. Jangan lupa untuk beriadah! Itu sangat penting. Aku bernasib baik kerana tempat aku menjadi pilihan kepada beberapa orang doktor pakar dan pakar pemakanan serta pakar motivasi untuk duduk bermesyuarat bagi merencanakan program kesihatan. Beberapa kali juga aku dipanggil bersama untuk berbual-bual kosong. Mereka bertanyakan beberapa perkara dan alhamdulillah kami berpendirian dan berpendapat sama. Semuanya harus bermula dirumah. Anak-anak disogokkan oleh ibubapa. Anak-anak melihat tabiat pemakanan ibubapa. Jika dirumah dan dari kecil perkara yang positif diterapkan, insyAllah anak-anak kita akan menjadi lebih sihat dan jangka hayat hidup kita juga akan bertambah. Kesimpulannya, "Lead A Healthy Lifestyle, People!". Have a pleasant weekend!

10 ulasan:

Lady Windsor berkata...

Hadoiii seb baik makwe abang tu comei kan...kena tapis dulu yek..

Err kim salam kat Yuya, suruh dia buat akaun instagram..kata kat dia auntie shasha akan jadi orang pertama follow instagram dia..hik!

Uncle berkata...

Eh auntie ka...bukan semalam suruh panggey "kakak?"

norh berkata...

Assalamualaikum uncle :)
Moga bertambah2 sihat dan happy ya.. he he he

faradia berkata...

salam uncle,

percaya tak kalau fara cakap bonding time fara dengan ayah apabila kami bercerita tentang politik malaysia?hehehehehe...

Uncle berkata...

Salam Norh.

InsyAllah dan surprisingly pada usia 45 menganjak ke 46 ini, Uncle terasa sangat sihat dan bertenaga. Alhamdulillah kerana Uncle masih sempat pergi workout 4-5 kali seminggu....Norh patut mencuba....

Uncle berkata...

Salam Fara.
Wow...that's a 'heavy topic' to discuss for bonding! Anyhow, apa-apa topik asalkan Fara dan ayah merasa selesa untuk berbual.....Pesanan Uncle, lebihkan masa berbual dengan ayah dan emak....mereka akan tidak merasa 'kehilangan'. Trust me...i'm a dad!

Mummy Eda berkata...

Suka sgt tengok gambar yg diambil oleh Yuya!
Uncle..BP mantappp! Fuh..fuh..fuh..Mummy pun sekarang ni teruk sangat..baru nak mula mengambil separuh dari food intake yg dimakan setiap hari.. (Better late than never kata omputih.. ;P)

faradia berkata...

salam uncle,

been there done that...dulu kalau balik kampung..kalu dorg ajak g mana2...xikut pun xdorg xkisah..sekarang...kalau xnak ikut..mereka akan berusaha ajak gak saya ikut...hahahaha...and yes...it is a heavy topic...ada jer kami cerita pasal benda lain..tapi ayah suka bercerita tentang kehidupan...dia kurang skit cerita tentang "grandmother story"...hehhehe mungkin sebab saya yang kerja dalam bidang tue...masa PRK hulu selangor, first time saya borak dengan ayah selamat 30 di telefon...hahaahha..bayangkan..selama ni duk cakap pun paling lama 2 min..heheehhe

Uncle berkata...

Salam Mummy Eda.
alhamdulilah...so far my 'reading' has been very good. Tapi sekali sekala terbabas jugak makan yangt tak sepatutnya dan kuantiti yang tak sepatutnya. Tapi Uncle akan burn balik di gym keesokan harinya...so far it works!

Uncle berkata...

Salam Fara.
Bagus lah kalau masih bersembang dengan mak dan ayah. Kita mungkin tak merasai tapi bila dah jadi mak dan ayah ni, hah...baru lah teringat balik betapa pentingnya hubungan anak-mak-ayah!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...