Sabtu, November 30, 2013

3 orang budak!

NIKE Officials

Pasukan bolasepak bawah 15 tahun VI memang bernasib baik kerana NIKE masih lagi mahu menaja mereka. Kelmarin bertempat di padang sekolah VI, pihak pengurusan NIKE telah pergi dan memberikan latihan khas kepada mereka dengan membawa seorang jurulatih terpilih daripada NIKE untuk mengajar para pemain aspek-aspek penting seorang pemain bolasepak remaja. Kesemua pemain VI yang mewakili negara bagi peringkat umur bawah 15 tahun berkumpul walaupun mereka sedang didalam percutian kini. Jurugambar professional daripada NIKE juga dibawa bersama dan katanya gambar-gambar tersebut akan dimuatkan di ruang berita NIKE peringkat antarabangsa. Alhamdulillah dan sekali lagi aku bersyukur kerana mereka diberikan perhatian yang baik oleh pihak penaja. Katanya lagi setiap 3 bulan pihak NIKE akan pergi melawat mereka disekolah dan asrama untuk mengikuti perkembangan mereka. Dan yang menariknya, pengarah mereka yang muda dan bersemangat tinggi yakni Robin juga menyertai fb pemain bolasepak ini untuk menyelami kegiatan harian mereka didalam dan di luar padang!

Kata-kata penaja

Usai latihan keras yang dijalankan selama satu jam setengah, para pemain dikumpulkan ditepi padang dan diberikan penerangan dan bersoal jawab. Soalan-soalan mereka adalah seperti, sebagai pemain bolasepak, apakah aspek-aspek kasut bola yang mereka lihat...pelbagai jawapan diterima pihak NIKE dan kesemuanya dirakamkan. Ini adalah untuk disalurkan ke ibupejabat NIKE bagi proses R&D pengeluaran boots-boots baru nanti. Para pemain dan pihak penaja nampak serasi dan sangat mesra kerana selain daripada faktor umur yang didalam lingkungan 20-an, para pengurus NIKE ini juga sangat rapat dengan para pemain. Mereka mengikuti setiap perkembangan pemain bolasepak bawah 15 tahun VI dengan teliti dan mereka juga sering berhubung di hujung minggu. Aku nampak hubungan sukan ini sangat positif dan pihak NIKE juga mengucapkan jutaan terimakasih kepada kami yakni ibubapa (VIPSG - Victoria Institution Parents Support Group) yang sentiasa berada dipadang walaupun para pemain hanya menjalani latihan biasa dan bukannya perlawanan. Aku berharap agar hubungan sihat antara pemain-NIKE-VIPSG akan berlanjutan.

Mendapat tajaan kasut Hiper Venom dan bola!

Selesai latihan dan pep talk, pihak pengurusan NIKE sekali lagi membuat kejutan kepada para pemain, mula-mula dengan pemberian sebiji bolasepak NIKE setiap pemain disusuli dengan pemberian 'goody bag' dan katanya Robin, sebagai hadiah hujung tahun kepada pemain. To their surprise apabila goody bag tersebut dibuka, para pemain terperanjat apabila mendapati yang goody bag tersebut berisi dengan kasut bola NIKE HIPER VENOM yang mahal harganya sepasang setiap pemain! Kami ibubapa turut berbangga dan terhutang budi dengan pihak NIKE. Sekali lagi aku nak ucapkan terimakasih kepada mereka yang setakat ini telah berbelanja besar termasuk membawa NEYMAR bertemu dan bermain futsal dengan anak-anak ini dihari raya haji yang pertama dulu. Alhamdulillah!
 
Yuya leka

Yuya kini sedang meniti usia awal remaja apabila beliau berjaya menamatkan sekolah rendah sebulan yang lalu dan begitu juga dengan sekolah agama. Aku masih ingat sewaktu kecil Yuya akan merengek meminta izin untuk tidak ke sekolah dengan pelbagai alasan diberikan dan kebanyakkan alasan-alasannya tidak masuk akal! Disebelah paginya Yuya harus bangun awal dan bersiap untuk ke sekolah agama. Muka masih mengantuk sebab bangun awal. Sekembalinya dari sekolah agama Yuya harus bersiap dalam masa 30 minit kerana van akan datang menjemput Yuya untuk ke sekolah kebangsaan pula. Pada mulanya aku sangat kasihankan Yuya tetapi memikirkan yang pelajaran sangat penting, aku gagahkan juga perasaan sayu aku dengan memberikan Yuya kata-kata semangat untuk terus kesekolah. Yuya pernah meminta izin daripada aku untuk tidak menyuruhnya kesekolah agama. Yuya minta diberhentikan dari sekolah agama. Aku tersandar memikirkan alasan kukuh yang harus aku berikan kepada Yuya.

Ar Rahmaniah khatam Quran

2 minggu selepas majlis khatam Quran disekolah kebangsaan, sekali lagi Yuya dan rakan-rakan diraikan. Kali ini disekolah agama Ar Rahmaniah pula bilamana mereka mengadakan majlis khatam Quran bagi para pelajar sekolah agama dan sekali lagi Yuya melaluinya. Perasaan bangga dan puas terpancar dimuka Yuya tatkala beliau sedang membacakan ayat-ayat suci Al Quran diatas pentas! Aku sangat berbangga dengan pencapaian ini. Daripada malas dan mahu berhenti sekolah agama, akhirnya Yuya telah berjaya menghabiskan 6 tahun belajar di sekolah agama Ar Rahmaniah dan khatam Quran. Hilang penat aku selama 6 tahun ini mengikuti perkembangan persekolahan rendahnya. Aku menyuapkan pulut kuning ke mulut Yuya sebagai tanda simbolik khatam dan Yuya aku lihat puas! Tahniah Yuya kerana berjaya menghabiskan 30 juzuk walaupun mengambil masa selama 6 tahun! Papa sangat berbangga!

Beberapa minggu yang sudah, sekali lagi Yuya kesekolah. Tapi kali ini adalah untuk mengambil keputusan peperiksaan UPSR. Aku jadi berdebar kerana aku tahu matapelajaran Yuya adalah seperti permainan yo-yo. Apabila aku memberi perhatian, markahnya akan menjadi baik tetapi bila aku sibuk dan tidak sempat menelaah pelajaran bersamanya, markah peperiksaan Yuya akan menjunam turun. Guru-guru Yuya juga amat risau. Banyak kali aku pergi berjumpa guru-guru kelasnya dan kesimpulan yang para guru dan aku dapat rumuskan ialah, aku terpaksa duduk bersama-sama Yuya setiap hari dan mengulangkaji pelajarannya bersama-sama. Jadi setiap malam pukul 8 hinggalah 10 aku akan bersama-sama Yuya duduk dimeja dan bersama-sama melakukan latihan-latihan daripada matapelajaran yang ada. Kesemua matapelajaran aku baca dan ikut. Sama seperti Yuya. Selepas subuh pula kami akan duduk selama 30 minit sebelum Yuya ke sekolah semata-mata untuk sekali lagi bersoal jawab dengan Yuya untuk mengetahui samada Yuya faham ataupun tidak pelajaran yang kami belajar malam sebelumnya! Alhamdulillah keputusan Yuya membanggakan aku walaupun Yuya hanya mendapat 4A1B tapi aku tahu Yuya telah berusaha keras dan bersengkang mata bersama-sama aku setiap malam dan subuh mengulangkaji pelajaran! Tahniah sekali lagi dari Papa!

Tidur sendiri sekarang!

3 malam yang lepas, Marina bagitahu aku yang dia mahukan tilam sendiri, selimut sendiri dan bantal sendiri. Dia tak mahu berkongsi katil lagi sebab katanya dia dah besar! Dia nak tidur sendiri dibawah dan minta jangan diganggu. Wow...dah besar rupanya anak gadis aku ni....Bila aku balik kerja, budak ni lah yang akan buka pintu. Bunyi enjin moto aku pun dia dah tahu. Dari mula dia bukak pintu, mulut dia akan terus bercakap sampailah waktu dia tertidur! Yuya akan datang kat aku dan komplen, "Papa tolong suruh Marina diam sekejap.....sekejap pun jadilah...aman kejap rumah ni.." Aku tak tahu samada nak ketawa ataupun nak marah. Tapi dengan muka serious aku akan panggil Marina duduk atas riba dan bagitahu bahawa setiap orang akan bercakap, perlu bercakap dan mahu bercakap. Tapi ada juga orang yang mahu keadaan tu aman dan hening....Marina cebik mulut kat aku, terjun turun dari peha aku dan meluru masuk bilik. Yuya lega....tapi selang 5 minit dia keluar dengan muka tak bersalah dan sambung bercerita pasal Masyitah....kawan kelas dia. Yuya naik angin...aku senyum sendirian!
 
Dah 2 malam Marina tidur sendirian dengan Minnie Mouse dan Crocky (buaya) di tilam bawah. Dan 2 kali juga setiap pagi bila aku bangun nak mandi Marina sudah terperosok diatas katil bahagian tepi! Sambil mandi aku tersenyum sendirian lagi. MasyAllah.....dulu Azumi seperti ini. Sekarang dah berumur 15 tahun. Yuya juga mengekor dan kini sudah 12 tahun. Marina masih baby dimata aku, kini sudah 7 tahun umurnya....semuanya akan membesar dengan cepat dan seorang demi seorang akan meninggalkan aku dirumah....kesayuan mula bersarang......Have a great weekend people!

10 ulasan:

rezeki berkata...

Salam pagi Ahad Uncle

Tahniah buat Yuya serta uncle sekeluarga , Alhamdulilah

Nampak gayanya memang begitulah lumrah kehidupan kita , kalau dulu kita akan meninggalkan kedua ibubapa kita bila dah besar, tapi kini anak2 pula akan berbuat demikian

Kami memula dulu terasa lain jugak bila takda kelibat anak2 di rumah,tapi diam tak diam dah 5 tahun jugak benda tu dah berlalu

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Terimakasih. InsyAllah tahun depa Yuya pula akan ke asrama. Tinggallah Marina dirumah. Walaupun anak-anak akan pulang dihujung minggu sudah pasti ianya tidak sama dengan apabila kesemuanya berada dirumah! Everybody goes through the same cycle....me included!

Sanusi Junid berkata...

Tahniah Yuya atas semua pencapaian di berbagai bidang. Marina pula perlu terus bercakap sebagai tanda kecergasan fikiran. Tahniah juga pada Uncle yang pandai mendidik anak dan pengalamannya pula boleh dihayati oleh pembaca.

Uncle berkata...

Salam Tan Sri.
Terimakasih saya ucapkan kerana meninggalkan komen disini. Sangat tidak diduga dan merasa amat bertuah! Sekali lagi saya ingin merakankan ucapan terimakasih kepada Tan Sri dan semoga diberikan kesihatan yang baik. InsyAllah!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah buat pasukan vi bawah 15 tahun...harapan agar ianya kekal sehingga tamat persekolahan di vi....jgn lupa juga pelajaran perlu diletakkan sebagai matlamat utama dlm kehidupan ini..

Uncle berkata...

Terimakasih ANON diatas nasihat yang amat berguna itu. Akan saya pantau pencapaian mereka....

Tanpa Nama berkata...

Salam Pakcik

Taniah buat Yuya dan pakcik,

dr : awang

Uncle berkata...

Salam awang.
Terimakasih diatas ucapan tahniah awang. Yang saya sedikit mushkil ialah, apakah pengakhiran kata-kata awang itu menyebut dr:awang yang membawa maksud 'dari:awang' ataupun adakah ia bermaksud 'doktor:awang'?

Mummy Eda berkata...

Kejayaan/pencapaian untuk ketiga2 anak! 2 thumbs up!
-bola sepak
-UPSR dan
-tidur berasingan! Tahniah uncle & auntie!
Kat sini..tak ada anak perempuan macam Marina..tapi juga pot pet pot pet dari pagi sampai dah zzzzzz...fenin'! Hahaha

Uncle berkata...

Salam Mummy Eda.
tidur sendirian pun kira kejayaan jugak ka? Alhamdulillah...saya doakan semoga Mummy Eda diberikan kesabaran melayan karenah anak-anak yang berwarna-warni!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...