Isnin, Julai 21, 2014

Untitled

Muka demam!
 
Bulan Ramadhan tahun ni aku jadi sangat malas untuk menulis. Tiba-tiba fikiran jadi buntu. Mungkin kah kerana bulan Ramadhan? Aku rasa tak jugak sebab tahun-tahun yang sebelum ni aku rajin pulak menulis dan bercerita!. Kali ni idea jadi hilang tiba-tiba! Kacau ni...Nak kata aku letih, tak jugak....masih tetap sama. Tapi iyalah, bila lepas zohor, kederat tu kurang lah sikit sebab berpuasa. Berbuka puasa pula harus menunggu sampai ke hujung minggu. Barulah ramai sikit ahli keluarga yang berbuka puasa. Bila Abang dan Yuya balik, barulah terasa berbuka puasa beramai-ramai. Makanan dah semestinya akan penuh dimeja. Dicampur dengan air yang berbeza-beza setiap sorang!
 
Buat masa ini setiap kali dalam perjalanan pulang ke rumah, aku akan melencung masuk ke Kampong Bharu untuk mencari kuih untuk berbuka dan selepas itu aku akan cilok masuk ke IJN pulak untuk melawat abang aku, Wan yang kini masih disana lagi. Duduk bersembang dengan Wan sampai pukul 7. Pelan-pelan aku mintak diri dan celapak naik moto naik elevated hi-way. Dari IJN ke rumah aku cuma mengambil masa lebih kurang 10-15 minit sahaja. Bila sampai rumah, selang beberapa minit, aku dah buka puasa. MasyAllah....senangnya urusan aku.
 
Sebenarnya aku dah lama tak ke Kampong Bharu untuk membeli juadah berbuka sebab dah agak jauh dari rumah aku di Ampang. Sewaktu aku bekerja di RKL, setiap petang aku akan kesana dengan staff aku membonceng moto aku. Beli makanan dan makan beramai-ramai di belakang Vogue Cafe! Sebenarnya bukan hotel tak sediakan makanan untuk pekerja, tapi kami rasa lebih meriah kalau ada juadah dari pasar ramadhan itu sendiri walaupun selalunya tak berapa nak sedap!
 
Berbalik kepada Kampong Bharu, setakat ni dah 2 juadah yang aku dah cuba dan kedua-duanya memang sedap. Yang pertama ialah nasi dagang ikan tongkol. Memang dah lama aku mencari nasi dagang ikan tongkol yang sedap tapi tak pernah berjumpa. Ada saja kekurangan bila aku rasa. Tapi kali ni mungkin nasib aku baik bila aku terjumpa gerai ni di Kampong Bharu. Balik, makan, kemudian teringat dibenak, kenapa aku tak beli 2? Hahahahahaha....syaitan dah merasuk! Nasi dagang yang aku beli berharga RM5 dengan telur rebus yang dimasak sekali dengan ikan tongkol tadi. Makanan yang ke dua ialah kerabu mangga. Dah 4-5 kali aku lalu dan lihat gerai yang jual pelbagai kerabu ni. Pertama sekali yang aku buat bila ada makanan seperti ni dijual, aku akan berdiri agak lama di gerai tersebut semata-mata kerana nak dengar dialek apa yang mereka cakap. Kalau bukan dialek atau bunyi-bunyi pantai timur takpun siam, aku akan berjalan terus sebab dah pasti makanannya tak authentic! Kerabu mangga ini juga berharga RM5. Sedikit pedas bagi aunty tetapi 'just about right' untuk aku! Dan sebenarnya aku rasa nak beli lagi makanan yang serupa hari ni. Hahahahahaha....itu 'habit' aku. Kalau aku suka, aku akan ulang setiap hari sampailah aku jemu. Then baru aku stop! Tak pelik kan? Cerita pasal makanan siam ni, ada sekali aku bawak kawan siam aku makan kat gerai siam di kl. Dia tengok nama "Nasi Goreng Pattaya" dia renggah gelak! Sebab katanya tak pernah wujud "NGP" kat siam! Hahahahahahaha......dan bila dia rasa makanan tu, dia kata, "this is not Thai!". Aku naik segan!
 
Pada 23hb nanti kawan lama dan juga merupakan kawan baik aku dari Germany akan datang melawat aku selama seminggu melewati tarikh Aidil Fitri juga. Karin Scmidt pernah aku ceritakan dulu. Dia duduk disebelah aku didalam kelas. Kami duduk dimeja paling belakang didalam kelas. Karin sangat bijak bila sampai ke part kira mengira nih. Jadi Karinlah yang tak jemu mengajar aku Accounting sampai ke pukul 2-3 pagi! Karin tak akan puas hati kalau aku masih tak dapat. Tak boleh tidur katanya! Lama kami berkawan dari tahun 94 lagi. Kami juga pernah accident bersama di Geneva dulu. Nasib baik Karin pakai BMW. Kalau tidak, aku pun masuk hospital sekali! Aku pernah bercerita pasal Karin dan berkali-kali jugak aku mengajak Karin datang ke Malaysia. Sekali ni dia bersetuju dan ini membuatkan aku sangat gumbira! 24hb nanti aku dah buat booking untuk kami keluar dinner "berbuka puasa" supaya Karin dapat melihat suasana berbuka puasa di Malaysia dan jika berkesempatan pada 28hb nanti aku nak bawak Karin ke rumah Kak Anne untuk menyambut 1 Syawal bersama dengan keluarga aku! Yess...
 
Pada 14hb Ogos pulak aku akan berangkat ke Bangkok selama beberapa hari untuk menghadiri mesyuarat bersama-sama dengan bekas pelajar-pelajar di Switzerland dulu. Sewaktu diadakan di Barcelona musim spring lalu, aku tak berkesempatan. Oleh kerana Bangkok dekat, aku terpaksa pergi kali ini. Ramai rasanya yang akan aku jumpa dan mesyuarat kali ini pastilah akan lebih tertumpu kepada topik supply and demand dunia perhotelan dialaf baru. Yessss aku teruja! Ok people....have a pleasant day ahead and selamat berbuka puasa!
 
 

8 ulasan:

azieazah berkata...

Salam Uncle. Lama betul saya tak jumpa Uncle di blog.

Sama ler kita. Asyik sibuk, dan agak lemau. Mungkin umur kot.

Selamat menjalani ibadah puasa buat Uncle, Auntie sekeluarga.

Hmmm saya pun peminat Kerabu Mangga!

Ibu n Abah berkata...

Uncle
Semuga uncle segera sembuh
Nanti nak layan tamu dan nak raya. Tak meriahlaaa kalau uncle tak sihat.
Akak teringin jugak nak cari juadah berbuka di kg baru tapiiiiiii.... Mengenangkan bangi dan kg baru punyalah jalan sesak waktu petang... Akak tak sampai2 lg ke kg baru bila waktu ramadhan.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Azieazah.
Saya pon tak tahu kenapa sekali ni saya sangat malas menulis (menaip) berbanding dengan Ramadhan yang lepas-lepas. Tapi bila mula, dah tak boleh berhenti pulak! Hahahahaha....Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin!

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.
Saya dah sihat, alhamdulillah. Tapi lately sangat panas. Tak pa...Kpg Bharu sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti. Tapi setelah beberapa hari disitu mencari juadah, saya rasa apa yg Kpg Bharu offer adalah sama saja dgn tempat lain cuma lokasinya saja berbeza. Saya kesitu kerana mudah nak masuk ke IJN dari sana untuk melawat abang yg masih lagi disana! Disini juga saya inginmmnengambil kesempatan ini mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin!"

Yours truly berkata...

assalam Uncle.. kg baru banyak restoran best2 kan? suka..suka..

saya ucapkan Selamat Hari Raya buat uncle sekeluarga.. maaf zahir batin.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Yours Truly.
Restoran memang best tapi gerai-gerai Ramadhan juga menyediakan juadah yang sedap. Saya sukakan mekanan Thai yang dijual disini....Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir dan Batin untuk YT sekeluarga!

Lee berkata...

Hi Mohd Shahrir, how you doin'?
Just dropped by to wish you and family a Selamat Hari raya, and every good wishes. Happy holidays.
Best regards from Canada.
Lee.

Uncle berkata...

Whooohooo Uncle Lee is in da house! Mannn...a Hari Raya greeting coming from a famous blogger like you is really something! You made my day Uncle Lee.....btw, have you changed your mind on blogging?

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...