Seperti biasa, cerita aku tidak mempunyai turutan. Aku hentam saja mengikut apa yang terlintas dikepala otak. Maka oleh itu, harap maklum. Hahahahaha.....
Persediaan
Sebelum aku ke sesebuah negara, aku akan pastikan yang aku akan banyak membaca mengenai peradaban, do's and don'ts, masyarakatnya, makanannya, bagaimana cara nak kerumah tetamu apabila dijemput dan sebagainya. Sebelum adanya internet, aku akan kerap pergi ke kedai-kedai buku. Membelek buku-buku dan travel magazines dan mencari bahan bacaan mengenai negara yang ingin aku lawati atau kerja dan begitu juga dengan bahasanya. Aku suka membuat persediaan sebelum berangkat untuk memudahkan aku berhubung dengan masyarakat setempat apabila berada disana. Aku juga kerap membaca buku-buku keluaran Lonely Planet kerana disitu aku bakal mendapat banyak fakta yang kadang-kala tidak terdapat didalam buku-buku lain. Lonely Planet kebiasaannya akan bercerita mengenai tempat-tempat menarik, bagaimana nak mencari makanan yang baik dengan harga berpatutan, tempat penginapan dan sebagainya. Aku akan baca dan ulang baca sehingga aku merasa puas dan bersedia untuk berangkat. Satu lagi buku yang aku suka baca ialah "Culture Shock". Ada pelbagai series dan yang ini lebih kepada budaya dan adat-resam setempat. Buku-buku Culture Shock ini meliputi pelbagai negara. Jika mahu ke China, carilah buku ke China. Jika mahu ke Korea, carilah buku ke Korea dan begitulah seterusnya. Apabila sudah membaca beberapa buku dari kelompok negara yang berjiran, aku mula dapat mengagak persamaan budaya yang mereka ada. Itu salah satu point penting yang aku akan pick up!
Pengajaran
Apabila adik-adik ingin memohon kerja dimana-mana syarikat sekalipun, amatlah penting untuk adik-adik melakukan sedikit "homework" mengenai syarikat yang adik pohon. Carilah sebanyak mungkin maklumat dan cuba ingat point-point penting sewaktu menghadiri temuduga. Adik-adik harus tahu siapakah Chairmannya, Timbalannya dan juga Board of Directorsnya. Adik-adik perlu tahu apakah misi dan visi syarikat tersebut serta latarbelakang penubuhannya. Ini sangat penting kerana ia menunjukkan yang adik-adik minat dan telah melakukan sedikit kaji selidik mengenai syarikat tersebut. Jika adik-adik mempunyai sedikit pengetahuan mengenai syarikat tersebut, adik-adik akan mendapat markah yang lebih daripada orang lain. Apabila Uncle memohon untuk bekerja di Renaissance Kuala Lumpur Hotel dulu, itu merupakan salah satu soalan pertama yang ditanya! Begitu jugalah apabila Uncle memohon kerja ditempat-tempat lain. Situasi yang sama boleh di applykan kepada para pelajar. Maksudnya, para pelajar haruslah membuat banyak persediaan sebelum memasuki dewan peperiksaan!
Pengalaman di Pesawat
Didalam perjalanan aku dari Kuala Lumpur ke Dubai menaiki pesawat Emirates, aku lebih suka duduk di "aisle" untuk memudahkan aku pergi ke tandas selain melunjurkan kaki. Ini kerana aku tak mahu mengganggu penumpang lain jika aku mahu kemana-mana. Duduk disebelah aku ialah seorang lelaki yang hebat bergaya. Memakai suit yang berjenama mahal dan apabila pesawat telah berlepas dan juruterbang mengumumkan ketinggian pesawat serta lampu amaran talipinggang dimatikan, beliau meminta izin untuk keluar dari tempat duduk. Membuka compartment beg diatas kepala dan mengeluarkan laptop untuk melakukan kerja. Wah, hebat penumpang ini. Muka dan nada percakapannya tidak friendly. Jadi aku pun diam tidak berbual. Aku terus memakai earphone dan menonton movie! Makan mula disediakan dan pramugari terpaksa memanggilnya beberapa kali untuk memberikan makanan kepadanya. Aku diam. Beliau makan dengan bergaya. Kopi dan jus juga dituangkan kepada kami. Setelah selesai makan, aku berhenti sejenak sambil menonton movie sambil minum kopi. Makanan dah pun habis. Yang ada hanyalah cheese dan biscuit. Lelaki sebelah aku pon sama. Tak makan cheese lagi. Aku dah dapat mengagak sesuatu. Aku ambil cheese. Dia ambil cheese. Aku koyakkan wrapper. Dia koyakkan wrapper. Aku ambil biscuit. Dia ambil biscuit. Aku koyakkan wrapper biscuit, dia pun buat perkara yang sama. Aku letakkan cheese diatas biscuit, dia pun ikut. Aku jeling dia, dia pandang tempat lain. Dia ambil pisau dan garpu untuk makan cheese yang diletakkan diatas biscuit tadi tetapi aku tidak! Aku ambil dengan tangan dan makan sedikit demi sedikit. Beliau meletakkan pisau dan garpu kembali ke meja lipat dan mula menggunakan tangan.....aku senyum didalam hati...Apakah fungsi cheese dan biscuit ini? Fungsi utamanya ialah untuk mencuci deria rasa didalam mulut kita. Begitu juga apabila orang melakukan "wine tasting". In between tasting, mereka akan mengambil sedikit roti yang dipotong kecil lalu mengunyahnya. Fungsi roti tadi juga sama. Ini dilakukan sebelum mereka menukar ke wine maker lain ataupun jenis anggur lain sebagai contohnya cabernet ke shiraz atau pinot noir!
Pengalaman Fine Dining 1
Apabila seseorang mengikuti kursus Fine Dining, semua pelajarannya akan bermula apabila kita sampai ke tempat tersebut. Kita tidak tahu ataupun tidak perasan yang kursusnya telahpun bermula! Apabila sampai, kita akan lihat sebuah meja disediakan diluar dewan. Ini merupakan meja pendaftaran. Meja pendaftaran ini sangat penting kerana disitu telah tertulis nama kita dan dimeja mana kita ditempatkan. Bukan mudah untuk hos meletakkan kita ditempat tersebut. Kebiasaannya kita akan ditempatkan bersama orang yang kita kenali ataupun syarikat yang kita selalu berhubung agar kita tidak merasa janggal apabila berada dimeja tersebut. Hos telah berusaha sebaik mungkin untuk meletakkan kita disitu. Maka, hormatilah keputusannya! Kebiasaannya juga sebelum masuk ke dalam dewan, tetamu akan dihidangkan dengan minuman ringan dan "finger food". Ini semua minuman dan makanan ringan. Jangan makan/minum terlalu banyak. Buruk rupanya apabila dilihat seperti "pelahap dan tak tahu majlis!" Ambil minuman dan makanan dengan sopan daripada pramusaji (servers) yang menghampiri kita. Jika servers tidak datang, janganlah memanggil dengan suara yang tinggi. Ini tidak sopan. Setelah selesai makan/minum dan mula dipanggil masuk ke dewan, letakkan minuman/makanan tadi ditempat yang disediakan. Jangan tinggal dimerata-rata tempat. Ini sekali lagi menunjukkan sikap kita yang tidak tahu majlis! Bagi tetamu wanita, beg tangan mereka sewaktu majlis-majlis sebegini adalah beg tangan yang kecil dan bukannya beg seperti mahu ke kelas mahupun shopping mall...
Pengalaman Fine Dining 2
Satu lagi perkara yang sering berlaku ialah menjawab panggilan talipon. Aku sering berpesan kepada yang menghadiri kursus Fine Dining aku bahawa talipon bimbit haruslah dimatikan ataupun hanya bergetar (vibrate mode) apabila berada dimajlis-majlis berprofail tinggi seperti dijemput oleh Menteri-Menteri, Tuanku Sultan mahupun Istana Negara ataupun menjadi jemputan kerajaan apabila tetamu luar negara datang. Talipon bimbit juga tidak boleh diletakkan diatas meja! Ia harus dimasukkan ke dalam beg tangan (wanita) dan diletakkan dibawah kerusi ataupun di dalam poket jacket (lelaki). Sungguh tidak sopan dan tidak menghormati tetamu lain. Jika itu merupakan panggilan yang dirasakan kecemasan, jangan jawab di meja makan. Minta izin untuk keluar sebentar dan jawablah dengan cepat. Meminta izin untuk keluar hanya apabila perlu menjawab panggilan emergency. Antara hidup dengan mati! Jika kita menjawab panggilan ataupun sms dimeja makan tersebut, ini terang-terangan menunjukkan kita tidak tahu etika Fine Dining dan tidak pernah menghadirinya! Jangan begitu ya!
Pengalaman 1 di MPO (Dewan Filharmonik)
Telah dinyatakan sewaktu membeli tiket atau di website atau sewaktu "on hold" apabila membuat panggilan, bahawa MPO merupakan sebuah dewan bertaraf antarabangsa. Banyak konsert-konsert besar dimainkan disitu. Lagu-lagu Schubert, Mozart, Beethovan dll sering diperdengarkan. Lately, Jamal dan Siti pun menyanyi disitu! MPO mempunyai "dress code" nya sendiri. Sama seperti di Sydney, NY, London dll. Beberapa hari lepas sewaktu aku berpeluang menyaksikan sebuah konsert disana, ada sebuah keluarga yang datang mahu menonton. Anak-anak mereka hanya memakai "sneakers". Mereka ditahan dipintu masuk dan tidak dibenarkan masuk. Ibunya mempertikaikan tindakan pegawai-pegawai MPO. Lama mereka bertegang leher. Pegawai-pegawai MPO sangat bersopan dan menerangkan satu persatu larangan-larangan yang memang jelas ada. Akhirnya ibu mereka terpaksa pergi ke kedai kasut berdekatan untuk kasut yang sesuai. MPO bukanlah kedai makan...ia juga bukan panggung wayang...
Pengalaman 2 di MPO
Berfoto atau berselfie tidak dibenarkan ditempat-tempat sebegini. Mereka sangat tegas. Masih ada lagi yang mengambil gambar stage, mengambil gambar dewan dan group foto. Sekali lagi pegawai-pegawai MPO datang memberi nasihat dengan sopan. Aku pasti pegawai-pegawai ini telah di brief dengan cara-cara bagaimana nak menasihat secara berhemah. Tahniah MPO!
Pengalaman 3 di MPO
Ada juga yang bersms ataupun berwhatsapp sewaktu berlangsungnya acara. Aku hairan. Kalau dilihat daripada cara mereka berpakaian, mereka ternyata hebat...sudah pasti mereka tahu adab memasuki sesuatu majlis. Apabila ini berlaku, mereka akan diberikan amaran laser berwarna hijau. Lampu laser ini akan terus disuluh ke mana-mana bahagian badan (bukan dimuka) sebagai amaran untuk hentikan perlakuan tersebut. Lampu daripada talipon sewaktu bersms ataupun whatsapp amat mengganggu penglihatan orang lain yang mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada concert yang sedang berlangsung!
Pengalaman 4 di MPO
Jika concert bermula pada pukul 8.30 malam, pengumuman untuk masuk ke dewan dan pintu dewan akan dibuka 30 minit sebelum itu. Makanya "punctuality" amat penting. Jangan datang lewat. Apabila pintu telah ditutup dan concert telah bermula, tetamu tidak dibenarkan masuk. Tetamu lewat akan di "quarantine"kan disebuah bilik selama 10-20 minit dan akan dibenarkan masuk hanya apabila ada sedikit "interval" dan apabila dirasakan tidak mengganggu perjalanan concert.
Adik-adik sekelian. Point Uncle pada kali ini ialah, "please do your homework". Buatlah homework sebelum ke sekolah. Buatlah homework sebelum interview kerja. Buatlah homework sebelum kemana-mana majlis. Buatlah homework sebelum apa-apa saja sekalipun! InsyAllah adik-adik akan diterima dengan baik oleh masyarakat sekeliling, rakan-rakan pelajar dan rakan-rakan sekerja. Senang cerita, "boleh dibawa ke tepi dan ke tengah!"
Ok people, have a nice weekend dengan orang tersayang!
Aku duduk paling kanan tahun 1985! |
6 ulasan:
Suka baca kisah uncle yg boleh dijadikan contoh terbaek buat anak2 akak. Kagum betul depa bila membaca kisah uncle.
Kalau berpeluang dibukukan tentu sgt berguna utk anak2 muda kita.
Bagaimana?
Salam Ibu n Abah.
Terimakasih kerana suka membaca cerita-cerita pengalaman saya. Memang menjadi keinginan saya untuk membukukan kisah-kisah perjalanan hidup saya ini. Tetapi yang menjadi penghalangnya ialah bagaimana saya harus mula? Saya ada berhubung dengan salah satu penerbit bumiputera beribupejabat di Gombak ataupun Batu Caves kalau tak silap saya beberapa tahun yang lalu tetapi tidak diendahkan. Mungkin bukan rezeki saya. Jika ada silalah pm kepada saya dan saya akan berhubung dengan mereka..insyAllah.
Yesss... sambil menikmati hidangan entri ini kakak senyum sendiri membayangkan perlakuan jenis manusia yg ditemui - gaya aje lebih. Agaknya kalau unle ngap semua biskut dia pun ikut ngap juga kot haha...
Apa pun tips dan nasihat di Mpo sgt baik rasanya bukan utk adik-adik tapi utk mak-mak dan pak-pak juga tau..
Salam Kakzakie.
Saya suka melihat telatah orang dan kerenah mereka kadang-kadang memberi pengajaran kepada saya. Saya juga terus belajar! Berkenaan dengan MPO tu memang seronok kak kalau pergi...Memang salah kalau kita ingat harga untuk ke tempat sebegitu mencecah ratusan atau ribuan ringgit...Harus bijak memilih konsert dan cepat membeli tiket. FYI, last week saya tengok, tiketnya hanya berharga RM45!!!!! Affordable kan!!!
dulu yan masa hbis kerja..main hentam je kerja ..asal dapat kerja..
tapi bila dah berumur bermacam2 penyesalan yang bermain diminda :-((
Salam Iryanty.
Iryanty masih muda.....masih banyak masa dan peluang...someday, along the way, Iryanty pasti akan dapat apa yang Iryanty inginkan..work hard...it will pay off...one day, InsyAllah!
Catat Ulasan