4th Day Posa..
(eh eh..cantiknya..)
(eh eh lagi cantik!)
(dilarang menggosok!)
(ada display sikit kat lounge)
MasyAllah dah 4 hari posa rupanya! Aku terlupa..maklumlah..melayu mudah lupa..atau aku sengaja buat-buat lupa! Apalah anak-anak aku makan? Tadi aku sms aunty W, dia cakap Japanese Food..alamak...syoknya budak-budak kat rumah..
Aku dah mula busy hari ni. Selain daripada busy body, body aku memang busy. Pagi masuk office dah meeting pasal guest arrival. Then aku berlari-lari anak jumpa dengan managers aku semua, then berlari emak jumpa kitchen brigade pulak nak bagitahu pasal new groups yang akan makan, then aku berlari lintang-pukang bila aku kena serbu dekat 600 orang untuk bukak posa! Mengah tak habis lagi ni...aku rasa aku lari lagi laju dari Carl Lewis tadi atau Datuk J masa Olympics kat Tokyo dulu! Heh3...
La ni aku rest sat lepas post meeting dengan executive chef aku. Lepas ni berperang untuk sahur pulak. Nasib baik masa kecik-kecik dulu aku selalu pergi main perang kat Bukit Botak masa kat Penang, jadi, pengalaman tu aku gunakan balik. Tak sia-sia baju aku kotor dulu. Kan aku cerita dulu, aku selalu hilang sebab main perang-perang sampai Kak Anne kahwin pun aku tak ada kat rumah! Maklumlah, aku bertugas untuk mempertahankan negara dulu dengan pistol kayu dan buah cheri yang aku rembat kat depan rumah Bismillah. Heh3...kan aku dah cerita dulu. In fact gambar rumah bismillah pun aku snap gambar dia dalam last few entries aku dulu.
Astaghafirullah na'azim, aku terlupa nak talipon mama lagi hari ni. Aku berdoa agar aku diampunkan Allah. InsyAllah esok aku talipon mama. Aku janji. Aku dapat bayangkan betapa sayunya aku bila anak-anak aku tak talipon aku nanti bila waktu nak berbuka! Apa mama makan? Apa mama ingat waktu nak menjamah makanan berbuka? Macamana mama bersahur? Berselerakah mama makan sorang-sorang kat rumah tanpa anak-anak dan cucu-cicit? Allah huakbar.....
Masa aku kat RKL dulu, tiap-tiap petang masa bulan posa aku akan keluar naik motor dengan Robae pergi Kampung Baru beli kuih untuk staff berbuka puasa. Karipap mesti ada sebab yang tu dah all time favourite aku. Selain daripada tu mata dok loq-liaq loq-liaq kot-kot ada orang jual mercun dengan bunga api. Anak-anak dok tunggu kat rumah. Bila balik malam tu, soalan pertama depa tanya, "ada bunga api?" la...bukannya tanya aku posa macamana? Bukan tanya apa aku makan tadi? Seronokkan jadi budak-budak?
Tadi aku makan apa? Lauk Bangladesh yang sama tiap-tiap malam! Depa kata makanan tu mesti ada. Jadi aku pun makan sajalah..tak payah cakap banyak. Kalau aku kata aku dah cemuih, nanti depa kecik hati pulak...aku tak nak lah staff aku jadi small heart sebab nanti siapa yang nak kerja? Depa jugak...
Ok sorry yea, aku terpaksa lari lintang pukang lagi ni...walaupun baru pukul 12.30 malam, tapi aku nak kena check sahur pulak yang akan start pukul 1 pagi nanti....macam biasa aku sudahi dengan ucapan Vladimir Putin, "..gendang-gendut tali kecapi, dah kenyang perut jangan lupa posa nanti!" Selamat berpuasa!
20 ulasan:
tima kasih kerana bersetuju nak contribute artikel dalam Berita Harian. apa2 pun saya terlupa bagi emel add saya..nanti selain emel ke bhagama@bharian.com.my (att; Cikgu yusuf) cc sekali pada onna187@yahoo.com n mona@bharian.com.my..harap dapat artikel tu dalam minggu ni coz nak run story dalam minggu depan..tima kasih banyak2....
jgn dok kelipoq-kelipoq plk.. ahiksss..
dh tu celah mana la plk vladimir putin tumpang posa sama ni..
ish2.. mcm2 sgh.. jom lari lg uncle..
Thanks to you too!
lari lintang punkang takpe jangan tunggang langgang sudah... kang uncle kemana, yr FOOD pun tah kemana...
InsyaAllah, uncle kan expertise, sure takde masalahnya...
woooh.. kueh karipap my fovorite tooo...
eh, uncle nak jadi writer kat surat khabar pulak ke lepas ni? tepuk tepuk tepuk
..kirim salam kat farid! cute budak nih..nak order air / jus tu..
lets link.. keep on bloggin'..
Ni baru bangun nak masuk kerja balik. Day in day out macam ni..meriah suasana! Oh suka karipap jugak? Samalah kita..apalagi Taj suka?
Resepi air Kamaruddin? Ni kena bayar ni. Ala....tanya je Che Din ke Cik Kamar ke yang duduk kat rumah tepi lorong tu...depa bagitahu la nanti!
Macam ni kalau saya kena balik KL meniaga jus ni lah nampak gaya...
Si Farid tu ada kembar kat KL. Nama kembar dia Farid Kamil! Heh3...
Eh yea ke ni nak link? Amboi terasa dihargai! Jom pi pekena mee abu?
oittt.. mee abu.. cntikkkkk..
lpaq dit2 dh ni.. telan ayq liuq guqgak-guqgak.. ahaksss..
kesukaan selain karipap... makanan yg ada vitamin F, halal dan suci...rasanya uncle pun suka jugak makanan ni...:)
tu dia..lagi lawa..cheese cake dgn stoberysgt meruntun perut ku..huhuu