Selasa, Jun 30, 2015

13th day puasa di Mekah tahun 2009

13th Day Posa

                                                           (Husain and The Blues Gang tak kelihatan!)

                                                                    (lampu ajaib yang tergantung)

                                                     (Husain and The Blues Gang kena serang kat tepi hotel!)

Malam tadi masa aku dok bukak posa buat kesekian kalinya, aku jadi tension tersangat dok pikir apa lagi yang aku tak pernah makan kat dalam dunia ni? Kabsah dah tak lalu, biryani dah tak lalu, kuzi dah jelak, ikan, ayam, kambing, daging lembu, semuanya aku dah tak lalu nak makan....cari sana, cari sini, aku terjumpa satu peket "kuah mee rebus segera" yang aku tersimpan dari Ramadan tahun lepas. Tanpa melihat tarikh luput yang mungkin mengerikan ataupun menaikkan bulu roma, aku panggil si Sharip, tukang masak aku. Ni pun salah sorang daripada budak aku yang boleh diharap. Kalau aku suruh dia buat nasi goreng kampung, fulamak, habis satu kampung dia goreng! Dia tanya aku apa nak masak untuk aku makan? Aku cakap, kau baca jelah apa yang tulis kat belakang peket tu...tepat pukul 6.30pm waktu sini, dia dah hantar ke room service, siap dengan bawang goreng, limau sehiris dan cili potong. Kuah dia letak asing. Oleh sebab mee kat sini tak sedap, Sharip pakai mee dari peket Indo Mee. Hasilnya, pergh...memang ternyata, "TAK SEDAP". Heh3...lepas azan, aku pun makan mee rebus tadi. Result dia, puih...puih...puih...memang tak sedap!

Malam tadi jugak lepas Isyak, aku ada meeting dengan ESQ165. Very the interesting. Depa jemput aku attend yang kat Mekah dan KL. InsyAllah sampailah aku Disember nanti kat KL. Habis meeting dah dekat midnight. Aku terus ronda tengok pizza mania aku. Mmmm...laku dan mengalahkan Pizza .....aku ada 4 pizza sekarang. Satu Margharita (yang ni aku reccommend), satu Seafood (yang ni pun aku reccommend), satu Meditteranean (aku pun reccommend jugak) and last but not least, Beef Tortilla (memang sah aku reccommend!). Amacam, kalau beli 4-4 sekali? Heh3...baru malam pertama aku dah jual 22 pizza dalam masa 2 jam. Amazing! Kira ok la tu...ni aku tengah pikir macamana nak buat delivery pulak. Chef Adil ada moto SUSKI made in China. Aku chat kaler kuning, aku ronda jual pizza nanti! Pizza senang nak jual kat sini sebab kebanyakkan guest aku datangnya dari Asia, GCC dan Europe yang memang tahu makan pizza. Aku pulak ada 2 stesen pizza kat lobby. Bila masak, pergh...bau dia, memang waa-waa (kepit hidung dan buat gaya sengau!)

Semalam ada guest nak buat sedekah makanan. Dia bayar duit dan suruh kami hantar makanan kat tepi jalan. Kami kata okay, takde masalah. Jadi hari ni tepat pukul 5 petang kami usung 2 trolley pergi kat tepi jalan Ajiyad hantar makanan. Husain Shourab dengan The Blues Gang aku pun surunglah trolley....baru keluar hotel, depa dah kena serbu bagi nak gila. Bukannya lelaki yang serang tapi makcik-makcik yang serang! Tak sampai 5 minit dah hilang makanan dari pandangan mata kasar! Sampai kotak tempat simpan makanan habis koyak-rabak! Nasib baik Husain and The Blues Gang tak kena sapu sekali...heh3...kepada anda sekelian, janganlah pi serang gerai Murtabak kat Pasar Ramadan Taman Cahaya ok! Nanti aunty cari gerai Murtabak dah tak jumpa! Selamat berpuasa.....

10 ulasan:

UnCLe pEt.. berkata...
haru biru sgh no.. ahiksss..
kucingorengemok berkata...
jangan main²... kalau makcik turki saiz xxl tu agaknya angkat husin sebelah tangan je bawak balik, hihihi
cikgu zainab berkata...
Dear Uncle,
kesian uncle dah tak lalu makan...bubur lambuk? apa macam?
Uncle berkata...
Ni bukan haru-biru lagi...ni dah loq laq ni...heh3...
Uncle berkata...
Kalau depa angkut buat menantu takpa, takut depa angkut buat kabsah ja...
Uncle berkata...
Bubur lambuk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Apasallah masa kat KL dulu sebelah mata pun tak pandang? Mmmm good idea. Suruh Sharip tak pun Dollah buat bubur ayam pun sedap jugak...san kyu...san kyu...
DadaIQ berkata...
Uncle,
Apa kata try buat Pizza Maggi. Masa maid baru kita orang buat for breakfast, semua terkejut sebab tak pernah makan. Just rebus maggi tu, tos kan. Pecah telur 2 biji, letak apa2 yang nak letak, macam daging, sayur, cendawan etc and masukkan maggi. Lepas tu goreng macam telur dadar. Jangan lupa letak rencah maggi tu sket. Selamat mencuba.

Selamat Berbuka.
Uncle berkata...
Pizza Maggi? Kelas.....that's a good idea. Boleh try ni! So how's Ramadan at home? Mesti meriah...
UnCLe pEt.. berkata...
oitttt.. loqlaq.. lama xpkai term tu.. ahiksss..
seb bek jmpa uncle.. lh jgk dok nyembang merapu2.. ahaksss..
Uncle berkata...
Nasib baik jumpa UP, pun boleh sembang merapu! Heh3...apa punya PARPU la....

6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Ramadhan tahun ini (1436H), kakcik hilang selera makan yang agak teruk juga (mungkin kesan pengambilan ubat atau mungkin juga faktor usia). Dah beberapa hari tak makan nasi atau makanan berat. Cuma minum air dan makan kurma dan sedikit apa-apa kuih... Tapi hairannya, berat badan dok maintain lagu tu la jugak... :)

Uncle berkata...

Kakcik Nur.

Ini mungkin kerana badan kita kekurangan serat dan air. Kopi, teh dan lain-lain air berperisa tidak tergolong didalam kategori air..selain daripada itu kuih juga sebenarnya harus dikurangkan kerana kebanyakkannya manis. Gula didalam kuih bakal menyebabkan berat badan kita stagnant ataupun naik. Faktor usia juga memainkan peranan penting kerana apabila umur meningkat, mel\tabolisma kita menjadi perlahan. Apabila metabolisma perlahan, pembakaran akan menjadi lemah. Makanan akan banyak tersimpan dan menjadi lemak...

Dr Uncle
(yg fail BIO tahun 85!)

Ibu n Abah berkata...

Nasi panas2 dan goreng ikanbilis bbawang dan cili pun membuka selera....
Skrg dah berbuka disamping keluarga tercinta... Sure lebih berselera.

iryanty ahamad berkata...

bulan pose ni sedap makan sup je tekak yan ni....

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah
Sekarang berbuka puasa dengan ahli keluarga cuma pada hujung minggu bila anak-anak balik dari asrama. Kalau tidak cuma kami 3 beranak sahaja setiap hari. Makan pon ala kadar dan kami tak beli kuih sebab kebiasaannya akan berlaku pembaziran!

Uncle berkata...

Salam Iryanty Ahamad.
Tiba-tiba Uncle teringin nak makan sup ekor pulak bila Yan sebut pasal sup ni! Hahahahahaha...

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...