Sabtu, Jun 13, 2015

SDARA Reunion di Seremban

dari kiri Jawer, Mat Bo dan Iq

Minggu lepas pada hari Jumaat, bersamaan dengan tanggal 5hb Jun 2015, telah berlangsungnya Majlis Reunion Sdara 2015 di Alson Klana Hotel, Seremban.  Kali ini acara dianjurkan oleh batch 82 bersama-sama dengan AJK Sdara. Setiap tahun beginilah...batch yang menyambut sambutan ulangtahun yang ke 50 usia mereka dimestikan untuk menganjurkan acara tahunan yang gilang-gemilang tersebut. Batch aku yakni 85 akan menyusul pada tahun 2018 nanti. Gulp! Bukan senang nak menganjurkan acara tahunan sebesar ini yang bakal dihadiri oleh hampir 800 orang bekas pelajar dan juga guru-guru! Setahun juga harus diusahakan. Aku salute aka tabik spring kepada mereka yang bertungkus-lumus menjadikan acara ini penuh dengan nostalgia dan gelak-ketawa. 
Dari kiri, Apam dan Domang


Batch aku mengambil satu meja. Cadangannya at least 2 tetapi memandangkan ramai yang ada urusan masing-masing, satu meja rasanya lebih baik. Aku sendiri sebenarnya dah sangat lama tak singgah di bandar Seremban. Tempat permainan aku suatu waktu dulu dari tahun 1981-1985. Stesyen bas masih lagi bertiang kayu. Laluannya berlopak dan kasut serta seluar akan terkena percikan air kalau tidak lumpur apabila bas lalu. Sewaktu kami hampir habis belajar, Wisma Punca Emas merupakan kompleks membeli-belah yang amat hebat waktu itu. Sebelum ianya dibuka, topik perbincangan kami hanyalah berkisar kepada WPE. Dimana nak lepak, kat mana nak jumpa "marka" bila outing hari sabtu dan banyak lagi!

Dari kiri, Aidi, Cikgu Yap (sains paduan) dan Iq
Sewaktu aku mahu melangkah masuk ke dewan besar, ada terpandang susuk tubuh beberapa orang yang aku rasa aku kenal. Aku rasa pada suatu waktu dulu lebih daripada 30 tahun dulu, aku pernah berada didalam kelas mereka bukan untuk belajar tetapi mengelamun memikirkan permainan rugby ataupun bolasepak! Mereka masih tekun mengajar. Yang tak tekunnya hanyalah aku. Diam-diam aku melangkah setapak demi setapak dan duduk bersebelahan dengan seorang bekas guru yang pernah mengajar aku Bahasa Inggeris sewaktu aku diawal remaja. Aku pegang erat tangannya dan memperkenalkan diri. Ingatan Cikgu Philip Lim masih kuat. Beliau masih ingat aku, yang sering membantu beliau membawa kotak empat segi yang mengandungi buku-buku seperti Jane Eyre, Tom Sawyer dan banyak lagi untuk kami baca bagi mengukuhkan lagi penguasaan bahasa inggeris kami. Cikgu Philip Lim sudah berusia 81 tahun dan nampak masih bertenaga dan wajahnya langsung tidak menungjukkan sebarang penuaan...Hebat cikgu ni. Dari beliau, banyak aku belajar untuk berbahasa inggeris. Suaranya yang lantang sewaktu mengajar membuatkan kami kecut perut. Tetapi cerita-cerita kelakarnya tetap menjadi topik penceritaan kami sehingga kini!

Berdiri dari kiri Domang, Xay, Chelayer, Aidi dan aku
manakala duduk manja lagi sopan dari kiri, Apam, Miss Lee (english dan muzik) dan Jawer

Cikgu muzik aku waktu itu bernama Miss Lee Pui Leng. Pada waktu yang sama beliau juga mengajar bahasa inggeris. Baru keluar universiti dan terus dihantar ke sekolah aku untuk mengajar. Miss Lee sangat baik. Dengan perwatakan manja dan kelihatan sangat menarik dan ayu pada budak-budak belasan tahun waktu itu, kelas Cikgu Lee tak pernah ada pelajar yang mengantuk. Malah kelas beliau merupakan kelas yang paling cepat berlalu waktunya berbanding dengan kelas Matematik Tambahan! Sampai sekarang aku tak tahu kenapa. Setiap kali Cikgu Lee masuk, mata kami pasti terbeliak...45 minit terasa seperti 5 minit. Ramai yang akan ke bilik guru untuk bertanyakan pelajaran yang tak difahami walaupun subjek yang diajar ialah muzik! Cikgu Fizik dan Kimia pun tak pernah kami bertanya soalan...Itu pun merupakan sesuatu yang sampai sekarang aku tak mampu nak jawab...hahahahaha...wink!

Setiap kali waktu nak berpisah, kami akan berjabat tangan erat sambil berjanji untuk bertemu lagi. Especially dengan abang-abang seniors yang amat kami hormati dan adik-adik juniors yang sangat kami sayangi. Alhamdulillah nilai persahabatan kami tidak ada tolok bandingnya. Hanya dengan mengetahui bahawa kami datangnya dari sekolah yang sama (walaupun bukan batch yang sama dan kadang-kadang tak kenal pun!) kami akan tetap membantu sebanyak mungkin. Pernah berlaku apabila seorang Menteri datang ke hotel aku bekerja, terlihat talileher old boys yang aku pakai, terus bersalam, bertanyakan aku dari batch mana, hilang segala protokol dan selepas itu aku sering dipanggil untuk menemani beliau sambil minum kopi dan berborak kosong! Itu lah yang aku sangat banggakan sehingga kini. Harapan dan doa aku agar kita dapat bertemu lagi. Disamping itu aku juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terimakasih kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar kami dulu. Maaf diatas segala kesalahan kami sewaktu diumur remaja dan kami doakan agar cikgu-cikgu semua diberikan kesihatan yang baik. InsyAllah.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Uncle..

Philip Lim Guru Kelas saya 1972. Kami batch pertama Seremban.
Mmg dia seorang yg caring dan ambil berat perihal studentsnya walaupun berlainan bangsa dan agama. Selalu bawa cookies dr rumah utk kami.
Alamak, apasal saya rasa tua tiba2!?

Charlie

Uncle berkata...

Abang Charlie,
Cikgu Philip lim pon baru umur 81! Abang Charlie lagilah muda trang-tang-tang...psst tahun 72, saya baru umur 4 tahun! Hahahahahah..

Kakcik Seroja berkata...

Pasti guru2 itu terharu kerana masih diingati oleh anak-anak muridnya walaupun berbeza bangsa dan agama... :)

bila kita nak berjumpa pulak? hehehe

iryantyismail berkata...

asalamualaikum uncle...

:-)) guru yang baik dan pandai ambil hati anak murid memang seronok mndengar mereka mengajar..tapi ada juga guru yang pilih kasih...huhu....

Uncle berkata...

Salam Kakcik Nur.
Cikgu-cikgu tu semua memang hebat belaka. Mendidik kami seperti anak-anak mereka sendiri. Abang Charlie yang komen diatas tu merupakan super-senior saya. Waktu abang Charlie tu masih ada cikgu-cikgu dari US dan UK ada beberapa orang mengajar disekolah kami..

Kakcik Nur, boleh saja apa salahnya..

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Iryanty Ahamad.
Alamak, ada ka yang pilih kasih? Itu bermaksud salah etika kerja...Uncle doakan agar tidak adalah yang sebegitu...insyAllah!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...