Ahad, Jun 07, 2015

Otanjyoubi Omedetou!


Yuya menyambut harijadinya yang ke 14 pada 15hb Mei yakni beberapa hari yang lalu. Berada didalam tingkatan 2 dan bersekolah di VI. Sewaktu disekolah rendah ketinggian Yuya hanya pada paras biasa. Cuma pada tahun ini Yuya entah, bagi aku secara tiba-tiba kini sudah sedikit melebihi ketinggian aku. Diharapkan Yuya mampu mencapai ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki 10 inci kerana ketinggian itu amat sesuai untuk penjaga gol sepertinya. Yuya mendengar kata. Menghormati orang sekeliling dan sentiasa berusaha keras untuk membantu orang lain. Aku suka dengan sikap begitu tetapi didalam kelembutan, ada juga kerasnya. Teguran Yuya akan menjadi keras jika ada sesuatu yang dia tak puas hati. Kadang-kadang agak blunt..

Dulu Marina selalu marahkan Yuya dan ada juga sekali-sekala Marina merungut mengatakan Yuya tak sayangkan dia. Tetapi sejak kebelakangan ini aku lihat Marina menitiskan airmata apabila nak tidur malam  kerana teringatkan Yuya yang pada petangnya telah aku hantar pulang ke asrama! Hahahahahaha....aku tersentuh!

Yuya jarang keluar rumah. Setiap hari cuti hanya dihabiskan dirumah. Dengan games, ipod ataupun mobile harijadinya. Berbaring di atas sofa dari pagi hingga ke malam sampai menyebabkan warna kusyen menjadi masam! Pada waktu terluang, Yuya suka memasak. Ada sekali dia masak daging masala. Aku makan dan simpan sikit untuk keesokan harinya agar aku dapat makan lagi! Anak masakkk......Tahun depan dah nak ambil PMR. kemudian masuk tingkatan 4 dan seterusnya 5. Wah...memang cepat masa berlalu. Sewaktu Yuya masih kecil, aku sering tidak ada di rumah kerana tugas. Maka salah satu sebab kenapa aku pulang ke tanahair dan "stayput" ialah kerana aku nak lihat sendiri anak-anak aku besar didepan mata disamping dapat monitor pembesaran, pergaulan, pencapaian mereka di sekolah. Usia remaja sehingga ke awal dewasa merupakan zaman yang amat mencabar. Mereka tidak akan faham kecuali suatu hari nanti apabila mereka sendiri melaluinya sebagai ibubapa!

Sewaktu pulang semalam dari kerja selepas hujan lebat berhenti, tiba-tiba aku teringatkan burger OTAI. Bertahun aku tak makan. Selalunya aku "tapau" untuk abang mahupun Yuya apabila melawat mereka selepas prep malam setiap hari Rabu. Entah kenapa, dengan cuaca dingin selepas hujan, terbayang pulak burger tersebut. Aku pendamkan keinginan. Selepas makan malam dan setelah hampa dengan keputusan bolasepak sukan SEA akibat Malaysia dibelasah oleh Vietnam, tiba-tiba Yuya berpaling kearah aku dan berkata, "Papa, nak makan burger OTAI!". Hahahahahaha....aku terkejut. Aku diamkan niat nak makan burger kerana balik rumah dah makan malam. Tetapi bila Yuya membuka mulut seperti tahu-tahu apa yang aku teringin, aku anggukkan kepala dan pesan extra satu lagi untuk aku....hmm...kadang-kadang apa yang kita fikir juga sama dengan apa yang mereka fikir! Menarik..

Aku cuma nak Yuya dan begitu juga dengan abang dan Marina rajin belajar, menghormati ibubapa, guru-guru, orang yang lebih dewasa, jangan lupa agama dan berbaktilah kepada masyarakat! Yuya, happy birthday. Perjalanan masih jauh. Take care....I love u!


10 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Mendoakan segala yang terbaik buat Yuya, abang dan juga Marina...

Yuya ini sebaya dengan Budak Sepet. BS juga sekarang bukan main tinggi dan kurus tapi tidak menghilangkan kesepetannya... :)

Tanpa Nama berkata...

Assalam.

Happy 14th Birthday Yuya dan both parents!
Moga Yuya jadi insan kamil dan kebanggaan Ibu Bapa.

Charlie

Uncle berkata...

Terimakasih Kakcik.

Sekejap je budak2 ni tinggi dan melepasi kita...hahahahahaha...BS tu mesti hemsem tu!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Abang Charlie.

Terimakasih diatas ucapan yang super duper tu...rasa macam saya punya birthday la pulak...Saya doakan agar abang Charlie sekeluarga sihat walafiat!

iryantyismail berkata...

asalamualaikum uncle..anak2 memang banyak ragamnya...seperti kita masa remaja dulu :-))

bila lihat anak2 semakin membesar.. terasa diri semakin meningkat usia kan uncle...

selamat ulang tahun...semoga menjadi insan yang terbaik didunia dan akhirat..amin

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Iryanty.

Terimakasih kerana meninggalkan pesan di sini. And yes...tak perasan yang umur telah bertambah...hahahahahaha

Ibu n Abah berkata...

Selamat menyambut hari lahir, yuya.
Uncle
Akak mengikuti blog uncle sejak Yuya kecil lg. Tetiba jer rasa dia dah besar tinggi.
Semuga menjadi penjaga gol yg menjadi harapan negara...
Sudah sampai masa Pasukan Bola Sepak Malaysia mempunyai Penjaga Gol yg hebat. Mudah2an org yg dinanti2kan ialah Yuya.
Nanti boleh akak sibuk bgtau kenalan.. Akak kenal Yuya dari kecik hingga berjaya....
Tahniah Uncle.
Berkorban kerjaya yg sukses di Mekah demi anak2. Uncle tidak akan ralat membuat keputusan tersebut. Kami yg mengikuti perkembangan anak2 uncle yakin dgn kejayaan yg bakal dilakar oleh anak2 uncle.

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.

Terimakasih kerana mengikuti tulisan saya sejak mereka masih kecil. Abang kini 17 tahun, Yuya 14 dan Marina 9 tahun. Saya mula menulis pada tahun 2007 yakni sewaktu Abang berusia 9 tahun, Yuya berusia 6 tahun dan Marina berusia 1 tahun!

Harapan saya agar saya masih lagi mampu menulis dan tulisan-tulisan ini akan saya baca semula setelah bersara...waktu itu mungkin mereka telah berkeluarga sendiri dan mempunyai anak-anak...Walaubagaimanapun tulisan-tulisan saya ini bakal mengingatkan rentetan cerita-cerita mereka sewaktu kecil!

Mummy Eda berkata...

Selamat hari lahir Yuya!
Moga mendapat apa yg dihajati

Uncle berkata...

Thank you Mummy Eda...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...