Dari kiri, Aidi, Cikgu Yap (sains paduan) dan Iq |
Sewaktu aku mahu melangkah masuk ke dewan besar, ada terpandang susuk tubuh beberapa orang yang aku rasa aku kenal. Aku rasa pada suatu waktu dulu lebih daripada 30 tahun dulu, aku pernah berada didalam kelas mereka bukan untuk belajar tetapi mengelamun memikirkan permainan rugby ataupun bolasepak! Mereka masih tekun mengajar. Yang tak tekunnya hanyalah aku. Diam-diam aku melangkah setapak demi setapak dan duduk bersebelahan dengan seorang bekas guru yang pernah mengajar aku Bahasa Inggeris sewaktu aku diawal remaja. Aku pegang erat tangannya dan memperkenalkan diri. Ingatan Cikgu Philip Lim masih kuat. Beliau masih ingat aku, yang sering membantu beliau membawa kotak empat segi yang mengandungi buku-buku seperti Jane Eyre, Tom Sawyer dan banyak lagi untuk kami baca bagi mengukuhkan lagi penguasaan bahasa inggeris kami. Cikgu Philip Lim sudah berusia 81 tahun dan nampak masih bertenaga dan wajahnya langsung tidak menungjukkan sebarang penuaan...Hebat cikgu ni. Dari beliau, banyak aku belajar untuk berbahasa inggeris. Suaranya yang lantang sewaktu mengajar membuatkan kami kecut perut. Tetapi cerita-cerita kelakarnya tetap menjadi topik penceritaan kami sehingga kini!
Berdiri dari kiri Domang, Xay, Chelayer, Aidi dan aku
manakala duduk manja lagi sopan dari kiri, Apam, Miss Lee (english dan muzik) dan Jawer
|
Cikgu muzik aku waktu itu bernama Miss Lee Pui Leng. Pada waktu yang sama beliau juga mengajar bahasa inggeris. Baru keluar universiti dan terus dihantar ke sekolah aku untuk mengajar. Miss Lee sangat baik. Dengan perwatakan manja dan kelihatan sangat menarik dan ayu pada budak-budak belasan tahun waktu itu, kelas Cikgu Lee tak pernah ada pelajar yang mengantuk. Malah kelas beliau merupakan kelas yang paling cepat berlalu waktunya berbanding dengan kelas Matematik Tambahan! Sampai sekarang aku tak tahu kenapa. Setiap kali Cikgu Lee masuk, mata kami pasti terbeliak...45 minit terasa seperti 5 minit. Ramai yang akan ke bilik guru untuk bertanyakan pelajaran yang tak difahami walaupun subjek yang diajar ialah muzik! Cikgu Fizik dan Kimia pun tak pernah kami bertanya soalan...Itu pun merupakan sesuatu yang sampai sekarang aku tak mampu nak jawab...hahahahaha...wink!
Setiap kali waktu nak berpisah, kami akan berjabat tangan erat sambil berjanji untuk bertemu lagi. Especially dengan abang-abang seniors yang amat kami hormati dan adik-adik juniors yang sangat kami sayangi. Alhamdulillah nilai persahabatan kami tidak ada tolok bandingnya. Hanya dengan mengetahui bahawa kami datangnya dari sekolah yang sama (walaupun bukan batch yang sama dan kadang-kadang tak kenal pun!) kami akan tetap membantu sebanyak mungkin. Pernah berlaku apabila seorang Menteri datang ke hotel aku bekerja, terlihat talileher old boys yang aku pakai, terus bersalam, bertanyakan aku dari batch mana, hilang segala protokol dan selepas itu aku sering dipanggil untuk menemani beliau sambil minum kopi dan berborak kosong! Itu lah yang aku sangat banggakan sehingga kini. Harapan dan doa aku agar kita dapat bertemu lagi. Disamping itu aku juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terimakasih kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar kami dulu. Maaf diatas segala kesalahan kami sewaktu diumur remaja dan kami doakan agar cikgu-cikgu semua diberikan kesihatan yang baik. InsyAllah.
6 ulasan:
Uncle..
Philip Lim Guru Kelas saya 1972. Kami batch pertama Seremban.
Mmg dia seorang yg caring dan ambil berat perihal studentsnya walaupun berlainan bangsa dan agama. Selalu bawa cookies dr rumah utk kami.
Alamak, apasal saya rasa tua tiba2!?
Charlie
Abang Charlie,
Cikgu Philip lim pon baru umur 81! Abang Charlie lagilah muda trang-tang-tang...psst tahun 72, saya baru umur 4 tahun! Hahahahahah..
Pasti guru2 itu terharu kerana masih diingati oleh anak-anak muridnya walaupun berbeza bangsa dan agama... :)
bila kita nak berjumpa pulak? hehehe
asalamualaikum uncle...
:-)) guru yang baik dan pandai ambil hati anak murid memang seronok mndengar mereka mengajar..tapi ada juga guru yang pilih kasih...huhu....
Salam Kakcik Nur.
Cikgu-cikgu tu semua memang hebat belaka. Mendidik kami seperti anak-anak mereka sendiri. Abang Charlie yang komen diatas tu merupakan super-senior saya. Waktu abang Charlie tu masih ada cikgu-cikgu dari US dan UK ada beberapa orang mengajar disekolah kami..
Kakcik Nur, boleh saja apa salahnya..
Waalaikumsalam Iryanty Ahamad.
Alamak, ada ka yang pilih kasih? Itu bermaksud salah etika kerja...Uncle doakan agar tidak adalah yang sebegitu...insyAllah!
Catat Ulasan