Ahad, Ogos 23, 2015

Small gathering..

Dari kiri Uncle, Gilos, Anje, Domang dan Pachat


Pertemuan diatur sekerap mungkin. Perancangan berlangsung dalam jangka waktu 3 minggu untuk acara bowling ni. Nak main bola kat padang, semua dah tak sanggup. Apatah lagi bermain rugby. Jadi sukan terbaik ialah bowling. Indoor, ada air-cond, ada kerusi dan meja, selain daripada lanes yang tak banyak, bila kami saja berkumpul, hanya kami sajalah yang ada di bowling center tu. Meriah walaupun cuma 14 orang! Ada juga anak-anak gadis peringkat umur anak-anak kami yang datang mengambil satu lane hujung dan bermain sesama mereka. Tetapi aku rasa oleh kerana pakcik-pakcik ni semua terlampau riuh, anak-anak gadis tadi pun cuma main satu game dan berhenti.


Keadaan bertambah kecoh bilamana Nick dan Domang sampai. Begitulah keadaan kami. Persahabatan erat sejak 35 tahun dulu. Berhubung saban hari melalui whatsapp. Membantu sesama kami setakat termampu. Bagitahu saja apa masalahnya...kami pasti ada 24 jam. Setiap seorang dengan kepakaran masing-masing. Jika tiada yang mahir, networking kami cukup untuk menyelesaikan sebarang masalah. Alhamdulillah...so far sangat erat dan sangat baik sekali. Jika ingin bertanyakan tentang penyakit dan ubatan, ada beberapa orang kami yang mahir didalam bahagian tersebut. Aku sering bertanyakan rakan aku Min, seorang doktor di KB mengenai supplement yang baik untuk aku ataupun jika aku berasa tak sedap badan, selalunya nasihat beliau akan aku guna-pakai. Pakar dari segi akademik juga ramai. Kepada merekalah sebahagian kami akan merujuk jika ada yang bersangkut-paut. Beginilah hubungan kami. Tak pernahnya sehari terlepas tanpa "cuit-mencuit" sesama kami sehingga ke tengah malam. Kenduri-kendara, insyAllah kami sampai. 

Kami akan cuba berkumpul setiap 2 bulan sekali untuk acara-acara riadah. Next will be futsal dan sudah semestinya Rugby World Cup yang akan berlangsung pada 18/9 nanti dengan perlawanan pembukaan, tuan rumah England akan menentang Fiji. Mungkin tiada masalah untuk England menang tetapi kekuatan fizikal Fiji tidak boleh dipandang remeh manakala venue untuk futsal pula masih belum ditentukan lagi dan ajk akan berbincang dalam waktu terdekat untuk memilih venue yang dijangka akan menyenangkan semua pihak. Alhamdulillah..aku berdoa agar persahabatan ini berkekalan..insyAllah...



10 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Assalamualaikum...

setiap kali membaca catatan tentang persahabatn yang akrab ini, setiap itu kakcik rasa sebak dan terharu.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kalian.

Aamiinnn...

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau nak kumpulkan rakan lelaki mudah sikit uncle berbanding kalau mak-mak ni payah sikit sebab ada anak-anak. Kena set betul-betul. Kiranya dua bulan sekali pun kira ok tu. After bowling next will be futsal. Hebat juga walau masing-masing dah nak menuju warga emas. Sado jugalah kiranya haha...

iryantyismail berkata...

asalamualaikum uncle...

cemburunya dengan keakraban persahabatan uncle dan rakan sekolah....moga persahabatan ini tiada sengketa ..amin..

take care uncle :-))

Ibu n Abah berkata...

Aamiin Ya Rabbal Alaamiin
mmg indah dan bahagia punya teman2 yg sehati sejiwa....
ALHAMDULILLAH

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Kakcik Nur.

Alhamdulillah persahabatan kami bertambah akrab dari hari ke hari! Semoga berpanjangan hendaknya..

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Iryanty.

Perbezaan pendapat pasti ada tetapi itu tidak menghalang Uncle dan rakan-rakan berpeluk/bersalam setiap kali bertemu. Malah setiap hari akan ada saja topik baru yang diutarakan. Ada announce pasal nak pergi Haji, semua budak2 85 akan bersuara memberi nasihat/pendapat. Jika ada yang bersuara pasal business, akan ada yang menyelit dan memberikan petua..

Uncle berkata...

Ibu n Abah.

Memang kami "sehati sejiwa" bukan hanya kerana slogan Merdeka tahun 2015 yerr! Hahahahahahaha

Uncle berkata...

Kakzakie, assalamualaikum wbt. Ada kebenarannya. Lebih mudah untuk kami berkumpul kebiasaannya maka oleh itu kami pergunakan kesempatan tersebut untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim..alhamdulillah, so far so good..

Omong Mak Long..... berkata...

Assalamualaikum Uncle,

Cemburu baca tentang aktiviti irat silarturahim dengan sahabat-sahabat sekolah. Hanya yang pernah dibesarkan berasrama penuh sahaja yang faham dan merasa keiratan begitu dengan sahabat-sahabat...macam adik-beradik. Sekali berjumpa macam nak roboh satu tempat. Mak Long pun begitu, sesekali berkumpul dengan sahabat sekolah tak usah cakaplah ..dah tua-tua pun terasa macam masih remaja hihi.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Mak Long.
Tepat sekali. Begitulah kami Apabila ada saja perjumpaan, masyallah...riuh rendah! Baru saja lepas main bowling, kini dah ada pertanyaan main futsal. Pertandingan Futsal SDARA akan berlangsung pada Nov nanti dan kami dimasukkkan kedalam kategori Super Otai walaupun kami baru berumur 47 tahun! Hahahahaha...another "get together" akan berlangsung pada Oktober nanti...sambil berfutsal, sambil minum-minum dan bersembang kosong! December nanti kami ada "year end hi-tea" pulak!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...