Selasa, Mei 03, 2016

Balik kampong jap..

Pandangan dari balcony rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Last weekend yakni pada hari Jumaat, aku bercadang untuk memandu balik ke Pulau Pinang. Keputusan last minute dibuat kerana beberapa perkara. Pertamanya disebabkan Isnin ialah cuti gantian untuk Hari Pekerja. Keduanya kerana kami (adik-beradik) nak bertemu dengan contractor untuk menilai kerja-kerja yang perlu dilakukan dirumah peninggalan arwah bapak dan mama yang dibeli pada tahun 1972 dulu. Ketiganya ialah, aunty nak jumpa makcik aku untuk menunjukkan hasil tangannya membuat bedak sejuk dan untuk mendapat kelulusan piawaian daripada makcik aku. Hahahahaha...


Jumaat 29/4

Kami keluar dari rumah pukul 7.45 malam untuk mengisi minyak dan top-up touch and go. Pukul 8 malam kami dah mula bergerak. Agak selesa pada awalnya sehinggalah kami keluar dari tol Damansara. Mak aii...macam cuti Raya! Merangkak perlahan-lahan dan setelah hampir 2 jam kami baru berada di Rawang. Hujan lebat memburukkan lagi keadaan. Terkebil-kebil aku cuba mencelikkan mata. 

Pukul 3.30 pagi baru kami sampai di rumah kakak ipar/abang aku di Jalan Sultan Ahmad Shah. Wah....nak patah pinggang aku! Abang dah hantar message yang pintu tak dikunci. Sampai diluar pintu, perlahan-lahan aku tolak. Memang tak berselak. Lega...aku nampak kaki abang terlunjur diatas kerusi sebelah sini. Hahahaha...mungkin letih tunggu aku dari semalam! Tapi bila abang terjaga, abang masih mampu bersembang sampai pukul 4 pagi...Mak aii...

Sabtu 30/5

Tepat jam 10.30 pagi aku dah terpacak tunggu didepan rumah pusaka. Contraktor pun sampai. Masuk ke dalam, melihat dan bercerita apa yang patut dengan contractor..sementara itu diluar rumah, aku ambil kesempatan untuk berbual dengan beberapa jiran tetangga yang dah lama aku tak jumpa. 2 jam jugaklah kami disitu. Berbincang dan kini menunggu quotation dari contractor. Hah...part tu aku ngeri nak tunggu! 

Lepas di Brown Garden, kami pergi ke rumah makcik aku pulak di Georgetown. Aunty menunjukkan hasil kerja tangannya mengikut resipi makcik aku. Bedak sejuk dah siap. Cuma nak dititikkan dan dikeringkan kemudian di kasi wangi sikit. Tu pon ada tekniknya. Bukan senang..

Malam tu aku keluar ke Gurney Paragon. Dari rumah abang aku tak lah jauh mana. Kalau tak traffic jam, aku boleh sampai dalam masa 5 minit. Tapi oleh kerana ianya jatuh pada hari Sabtu, maka aku tersangkut selama sejam! Mak aii....Nak tengok wayang cerita dah habis...nak shopping, sama saja macam di KL. So, kami lajak mencari tempat makan..Tiba-tiba dalam sekelip mata, aku teringin nak makan pasta pulak! Nasib baik ITALIENNES ada disitu...aku pun terus duduk dimeja luar sambil dengar live music. 3 orang pompuan dok nyanyi! Hahahahahaha..gambar kat bawah tu merupakan pasta yang aku order untuk 4 orang makan..lega...bukan aku sorang ya!


Ahad 1/5/2016


Ahadnya aku agak liat nak bangun. Pemandangan dari balcony yang mengadap laut sangatlah cantik. Tak mampu aku nak ungkapkan dengan kata-kata..hahahaha...Kami berkumpul adik-beradik sambil bersarapan. Kak Anne buat cucoq jagung/bawang manakala abang aku pulak buat meehoon goreng. Lama aku tak makan masakan depa. Alamak, sedap la pulak. Kakak ipar aku keluar sebentar dan balik dengan pasemborr. Parah kali ni...tergolek makan aku di Penang!

Bila dah siap nak gerak balik ke KL, Marina tiba-tiba datang bisik kat aku yang dia teringin nak pergi ke "Snake Temple". Aku pon terus pecut. Aku dan Yuya tak masuk. Kami duduk di luar sambil minum. Lepas 30 minit Marina dan aunty pun keluar dengan gambar 2 keping ditangan. Hahahahahaha...apalagi...posing dengan ular lah!

Aku terus menuju ke jambatan baru kali ni untuk pulang ke KL. Alhamdulillah perjalanan sangat smooth walaupun sepanjang perjalanan hujan turun dengan renyai. At least tak lah panas sangat. Panas pon susah...hujan pon susah...

Dinner aku dah tak boleh nak makan. Sendat semacam rasanya...kami keluar menonton Jungle Book. Aku enjoy menonton cerita ni kerana dari dulu lagi dah disajikan dengan cerita-cerita Jungle Book melalui pembacaan mahupun buku/komik yang dibeli. Penat sungguh rasanya sebab semuanya berlangsung didalam jangkamasa yang amat pendek. 3 hari 2 malam. Tapi as long as activity berlangsung dengan ahli keluarga, seronok pulak jadinya! Hahahahahaha....have a pleasant week ahead people!

8 ulasan:

Omong Mak Long..... berkata...

Assalamualaikum Uncle,

Wah best baca cerita Uncle. Berkumpul dengan keluarga memang seronok, aktiviti makan memang mesti hahaha... mananya nak kurus kan! Agaknya ulaq tu siap senyum simpul dan pandai berposing ketika tangkap gambaq. Mak Long keletihan lagi tak larat nak buat apa pun sejak balik cuti dua hari lalu.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Mak Long.

Bukan saja Mak Long, saya pon dok letih ni. Pinggang belah kiri jem sikit pulak dah...stop sat minggu ni exercise...Saya nak nasihat kat Mak Long untuk jaga kesihatan, saya seniri pon terpeleot habeh dah...btw, mailah sama-sama kita menjaga kesihatan naa...hahahahaha! Mak Long, dah nak puasa ni...

Ibu n Abah berkata...

Wah! Balcony umah abang uncle mengadap laut. Jalan sultan ahmad shah tu banyak banglo dan bank2...
Hebat....

Uncle berkata...

Ibu N Abah.

Lokasi very central. Dekat dengan Gurney Drive. Saya tumpang saja...hahahaha...

Kakzakie Purvit berkata...

Macam itulah rata-rata sana-sini jem jiddan nak bergerak tersengguk-sengguk. Pusing cari jalan alternatif pun lebih kurang sama. Letih! Tapi seronok juga dpt jumpa siblings bincang rumah pusaka. Dah sampai masanya diuruskan. Sayang warisan parents sendiri kan

Aunty nak commercialkan bedak sejuk yg dulu tu pernah uncle cerita ke? Hebat juga penangan darah org Jepun kan uncle. Gigih sungguh. Atau tempias dek suami yg gigih business. Mungkin juga kan:)

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.

Takdak pulak plan nak commercialkan...tapi cuma nak "merekodkan" cara-cara pembuatan kerana selepas beliau, takdak sapa yang bercadang nak failkan. Aunty bertujuan untuk tidak terlepas peluang keemasan. Kini sedang di simpan baik resipi-resipi dan cara-cara pembuatannya. Hari tu buat minyak angin...sekarang bedak sejuk dan lepas ni "kecheq" dan ubat beranak! Hahahahahaha....

JALAN REBUNG berkata...

salam uncle,

saya blog hopping dan sampai ke blog tuan yang memang best. kebetulan saya budak SAS uncle 1986-1990 jugak main ragbi . Terbaca tulisan uncle tentang junior uncle yang ke London untuk tengok RWC 2015 ..Nadim Shah kan ...hehehehe. Salam perkenalan sekali lagi dari budak SAS kepada budak SDAR ...:)

Uncle berkata...

Waalaikumsalam JR.

Yes Nadim si budak nakkkai tu...btw, insyallah Uncle akan menyusul ke tokyo nanti untuk RWC 4 tahun akan datang..hahahahaha...

Thank you for blog hopping and I will definitely do the same...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...