Isnin, Jun 06, 2016

Cikgu Sabarudin Ahmad the Lejen!

Cikgu Sabarudin di tengah

Gambar kat atas tu merupakan gambar beberapa orang "budak-budak baik" batch 85 yang melawat cikgu Sabarudin Ahmad (SA) apabila anak beliau melangsungkan perkahwinan tempohari di Nyalas, Melaka. Dari kiri ialah Iq, Wak Beng, Chelayer, Aku, Cikgu SA, Lan H, Mat Bo, Ketat dan Demang


Cikgu SA ni memang lejen di sekolah kami dulu sekitar 81-85. Lejen dari pelbagai sudut. Selain daripada lejen kerana kami terpaksa menghafal perkara-perkara penting Geografi, beliau juga merupakan seorang coach sepaktakraw sekolah yang menghasilkan ramai pemain-pemain terbilang untuk mewakili NS di peringkat kebangsaan. Salah seorangnya ialah Lan H yang merupakan seorang 'killer' hebat waktu itu!

Oleh kerana aku pernah mewakili Kedah keperingkat MSSM pada tahun 1980 dan menjadi johan peringkat kebangsaan, secara automatik aku terus turun berlatih untuk pasukan bawah 15 tahun sewaktu aku di tingkatan satu lagi. Aku merupakan salah seorang pelajar tingkatan satu yang paling besar. Ada satu peristiwa dimana kami terlambat balik selepas latihan. Waktu dah hampir masuk ke Maghrib. Sewaktu menghampiri asrama, aku bersama-sama para pemain bawah 15 dan 18 tahun ditahan oleh Penolong Kanan yang bernama Cikgu Ahmad Said. Kami terus dimarahi beliau kerana lambat pulang  untuk membersihkan diri dan bersolat jemaah. Cikgu Ahmad Said menempeleng pemain-pemain bawah 18 tahun. Ditolehnya pulak ke aku dengan mata merah menyala bagaikan naga. Oleh kerana aku berbadan besar macam pemain bawah 18 tahun, aku juga ditempelengnya! Waktu itu aku merupakan satu-satunya pelajar tingkatan satu yang pernah kena tempeleng! Itu Cikgu Ahmad Said, penolong kanan sekolah waktu itu!

Sewaktu aku di tingkatan 3, ada satu peristiwa telah berlaku didalam kelas 3 Putih (kelas aku) diantara aku dan Cikgu SA. Pertengkaran telah berlaku diantara aku dan beliau. Suara aku bertambah tinggi melawan apa yang disebutnya didalam kelas. Rakan-rakan kelas, aku pasti sudah kecut perut. Lagi kuat suara Cikgu SA lagi kuat aku melawan....dipendekkan cerita, aku berhenti main sepaktakraw hinggalah sekarang!

Setiap blok asrama akan ada 2 orang warden yang tinggal bersama-sama. Walaupun menginap di blok berasingan, warden-warden akan terus meronda dikesemua empat blok yang ada setiap malam. Cikgu SA tak perlu menjerit untuk membuatkan muka kami pucat lesi. Cukuplah dengan batuknya sahaja. Dengar batuknya, kami akan terus lari sejauh mungkin ataupun buat-buat tidur dan berdengkur walaupun baru 2 minit balik dari 'prep malam!'

Cara jalan beliau, cara berdehem beliau dan cara batuk beliau sudah kami tahu. Kami hafal dan kami cari jalan untuk mengelak. Walaubagaimanapun, kami selalu kecundang...Muka cikgu SA jarang aku lihat tersenyum. Misai beliau membuatkan ramai kecut perut. Homework yang diberikan selalunya akan secara automatik siap sebelum beliau masuk ke kelas. Oleh kerana aku dan cikgu SA ada 'peristiwa hitam', maka oleh itu, matapelajaran Geografi merupakan satu subjek yang walaupun aku suka, aku jadi tak suka sebab beliau. Berat kaki nak melangkah masuk ke kelas....walaupun kaki aku memang selalu berat nak masuk kelas....waima matapelajaran lain sekalipun! Hahahahaha.....

Beberapa bulan yang lalu aku mendapat jemputan ke majlis perkahwinan anak beliau yang diwakilkan kepada batch lain. Aku tergamam. Berfikir panjang sama ada nak pergi ataupun tidak. Hati berdebar-debar rasanya....aku panjangkan jemputan tersebut kepada budak-budak batch aku pulak.

Rancangan dibuat untuk kami ke rumah beliau di Melaka. Masuk melalui Simpang Ampat tol..kereta bersesak-sesak dan parkir dahpun penuh. Melimpah sampai ke tepi jalan walaupun rumah beliau sekitar 100m ke dalam. Perasaan aku bercampur-baur tatkala terlihat kelibat beliau. Risau, cuak, sedih semuanya ada.

Tatkala aku dan budak-budak lain berdiri betul-betul didepan beliau, Cikgu SA terkejut dan perkataan pertama yang terpacul dari mulutnya ialah, "Oii, kau pon datang jugak rumah aku, Uncle!" sambil memandang tepat ke muka aku dengan mendepangkan tangan. Aku terus peluk Cikgu SA seeratnya. Tangan beliau aku genggam dan cium sambil memohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan aku pada tahun sekitar 81-83 dulu....

12 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Assalamu'alaikum...

Baca dan terus baca, tiba ke penghujung kakcik rasa sebak pula... entah kenapa...

Selamat berpuasa Uncle.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Kakcik Nur.

Banyak sangat 'peristiwa' diantara saya dan cikgu SA. Tetapi sebagai cikgu, tanggungjawab beliau ialah untuk mendidik walaupun saya sangat nakal..puas rasanya dapat menggenggam erat tangannya sambil memohon maaf diatas segala kesalahan saya yang lalu.

Alhamdulillah seorang demi seorang guru dapat saya bertemu untuk memohon maaf...kini ada beberapa lagi guru-guru kami yang sedang kami rancang untuk bersua!

Selamat menyambut Ramadhan juga kepada Kakcik Nur sekeluarga!

Tanpa Nama berkata...


Assalamualaikum.

Cikgu Sabaruddin mula mengajar di SDAR tahun 1979. Masa tu saya Form 4. Saya main takraw di bawah asuhan beliau. Dia mmg coach takraw yang sgt hebat. Dia juga guru yg sgt kami hormati. Hubungan beliau dgn para pelajar amat akrab. Tapi setakat saya Form 5 tahun 1980 dia tak pernah jadi warden.

Saya putus hubungan dgn beliau bila saya pegi overseas tahun 1985. Saya ingin benar kalau dpt menghubungi dia semula. I wonder if you have his phone number? Besar hati saya kalau dpt di kongsi dgn saya.


Azlan
SDARA 76-80

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Abang Azlan.

Terimakasih kerana membaca dan meninggalkan sedikit nota disini. Kalau abang Azlan boleh kirimkan pesanan whatsapp kepada saya di 016-2417321, insyallah saya akan reply dan sertakan no cikgu SA.

Btw, masa saya main U15, Nur Ehsan Jamaan (sdara 82) dah main U18. Mungkin abang kenal dia...terimakasih kerana bersetuju dengan saya mengatakan bahawa beliau seorang guru yang hebat....

Selamat berpuasa bang!

Tanpa Nama berkata...

Uncle..

Nostalgia kt SDAR x akan luput dari memori kita. A big chunk of our formative years, the good, bad, and ugly. Mostly good ones.

Nasib baik Uncle genggam tangan Cikgu Sabaruddin masa kenduri tu. Kalau x dia "tempeleng" sekali lagi...hi..hi..hi

Abg Charlie

Kakzakie Purvit berkata...

Hihi... dengar batuk cikgu pun dah faham dan tahu apa patut dibuat kan uncle. Budak sekarang tak sama jerit pun buat tak tahu. Itu bezanya...

Mesti cikgu SA terharu dgn kehadiran bekas anak-anak muridnya yg semuanya sudah berjaya. Patutlah abang pun aktif sport sebab daddynya dulu pun gitu. Ada genetik sportman dlm dirinya.

Uncle berkata...

Abang Charlie.

Saya pon 'cuak' jugak masa tu manalah tahu cikgu SA masih lagi ingat yang beliau masih bertugas sebagai 'warden' hahahahahahahah....suara dia tak berubah...masih batuk-batuk kecil.

Waktu kami ke majlis kenduri tersebut, yang seronoknya, cikgu Sazali Sam (warden kini pengetua di seremban), Cikgu Dr. Latif (warden blok saya kini pensyarah maktab perguruan di jb) dan mantan pekerja sdar yakni abang Rahman pon ada sama duduk dimeja kami. Masyallah...lain cerita tak ada...hanya berkisar kepada kenakalan kami dulu....hahahahahahaha....Nasib baik orang lain tengah cari tempat duduk nak makan....kalau tidak mahu kami duduk situ sampai clear khemah! Tambah best sebab cikgu SA siap adakan "cendol songkok tinggi!" Amboih tinggi sunggoh aihh songkok depa!

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.

Saya amat terharu bila cikgu SA masih ingatkan saya. Mungkin kerana saya sorang yang berani lawan cakap dia membuatkan beliau senang mengingati saya! Yang bestnya dia panggil nama gelaran saya dan bukannya nama saya per se. Hahahahahahaha.......

Alhamdulillah kami mampu menjadi 'orang'. Kesemua mereka (minus saya - haha) didalam gambar tersebut memegang jawatan yang tinggi jika tidak tertinggi didalam syarikat-syarikat besar dinegara ini.....

Anak-anak saya ada kemungkinan mengikuti hobi saya bersukan tapi tak seorang pun bermain rugby....alahai...sedihnya!

Pasal banyak bersukanlah result saya pon jadi 'hebat!'....hahahahahahahaha....tapi kelebihannya saya kuat lari....bila warden (cikgu SA kejar!) Hahahahahaha.....

JALAN REBUNG berkata...

salam uncle,

kita budak sbp ni memang connection dengan cikgu sangat kuat tambah2 lagi kalau budak sport, saya masih contact cikgu ragbi saya kat sas (kebetulan dia ex sdar).

Satu lagi ada satu posting uncle ada citer pasal bro Halim Merican dan saya pernah kenal beliau , kebetulan Fatimah Merican boss saya masa saya keje di exxonmobil dulu2 , masa tu dia F&B Manager di Shangri la kalau tak silap ..pernah dpt tunjuka ajar menyanyi dari wife dia yasmin ...:)

Uncle berkata...

Waalaikumsalam JR. Sekali lagi uncle ucapkan bebanyak terimakasih kerana membaca dan meninggal kan jejak disini.

Halim Merican merupakan orang pertama yg membuka mata uncle utk melakukannya pelajaran ke Switzerland di bidang perhotelan. Beliau baru pulang dari Les Roche, Bluche, Switzerland waktu itu dan bertugas di pj Hilton sbg mgmt trainee. Halim banyak menasihatkan uncle. Beliau kini merupakan GM di hotel sebelah pwtc tu. Dulu dikenali sebagai Pan Pacific Kl.

Dr Singa berkata...

apalah peristiwa hitam tu agaknya ya..
:)

Uncle berkata...

Dr Singa..

cuma bebudak kelas Uncle saja yang tahu kes ni.....hahahahahah...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...