Selasa, Februari 10, 2009

9/2/2009 Tarikh keramat!







Semalam hari jadi aku yang ke 41. Aunty tanya nak makan apa. Aku sendiri dah tak tahu nak makan apa semalam. Sejak balik sini, aku asyik-asyik makan...masa nak balik sini hari tu aku dah rasa macam umur aku 17 tahun. Slim dan bertenaga serta bersemangat waja...tapi la ni, alahai....sana terkeluar, sini gelebeh...issyyy tak macam aku langsung..ni semua pasal penangan kita yang makan nasi 24 jam...then berkuah lagi....then bersantan lagi...sayur ada santan, main course ada santan, desert pun ada santan! Mana lah badan aku tak lemak berkrim.......semalam jugak aku ronda-ronda kat Ampang cari Hospital Ampang. Bila jumpa aku pun cari parking. Amboi senang nya nak parking kat hospital. Semua klinik tutup sebab Public Holiday except for Emergency saja. Aku cuba nak daftar tapi receptionist dengan sopan explain kat aku to come the next day. Ooooo...Aku nak check lutut kanan aku yang "nyut-nyut" ni. Then Aunty nak check ...mmm aku dah lupa apa Aunty nak check. Abang nak check kaki dia jugak sebab ada problem sikit. Yuya dengan Marina macam biasa cuma horey-horey!

Lepas tu kami pergi Tesco Ampang. 2nd time aku sampai lepas dia bukak! Dulu aku makan kat Kluang Station tapi semalam being a PH, macam biasa memang penuh. So aku pergi ke gerai dia saja. Apa aku makan? Ada pulak mee rebus kat situ...alahai mamak-mamak ni semua...aku nak diet la.......dah terbabas....balik dah tengahari. Petang pukul 4 Abang ada game pulak kat Padang kat Shamelin tu. Pergh aktiviti yang sungguh padat bila aku balik sini. Padat dengan aktiviti anak-anak...anyhow, aku suka...I like....Malam pulak Aunty buat pizza untuk kami yang kebuluran selalu.

Aku teringat masa aku kecik-kecik dulu aku kena admitted kat General Hospital Penang yang kat Padang Polo tu dan dekat jugak dengan Residensi. Tidur kat wad yang terbukak tu memang meriah. Maklumlah kecik lagi...orang tua aku susah hati tapi aku pulak horey-horey...then mama beli pulak kereta kontrol, pergh habis satu wad kereta aku ronda. Nurse-nurse yang ada kat situ semuanya angin je...3-4 hari jugak aku bercuti kat situ.

Then bila dah besar aku ada jugak sekali-sekala kena tahan kat wad. Selain daripada denggi mata aku pun sebenarnya problematic jugak. Bukannya pasal tak nampak...aku kan "Rider", maklumlah KL ni tahap kebersihan udara memang number one in the world. So Doctor cakap pasal habuk masuk mata. La... itu je? Kejap-kejap naik ketumbit lah....mata merahlah...kulit mata terkoyak lah...macam-macam ada...doktor yang selalu rawat aku, si Rozita kat APSH tu. Dah 2-3 kali dia buat "incision" sebab ketumbit. Actually benda tu tak serious tapi since aku kerja kat hotel dan tiap-tiap hari jumpa orang, memanglah pelik kalau mata sekejap merah, sekejap bengkak...nanti guest cakap eh budak ni alien ke apa? Then ada sekali tu kulit mata aku terkoyak. So Rozita pun buat small surgery then suruh aku masuk ward untuk observation. Aku tak nak, Rozita nak...aku tak nak, Rozita nak...issyyy kacaulah Rozita ni. So nak tak nak aku pun masuk satu malam untuk observation. Since masa tu musim demam denggi, semua katil kat hospital dah penuh. Yang tinggal cuma ward kanak-kanak. Since aku takde choice, depa sorong aku masuk ward kanak-kanak. So malam tu aku tidur kat ward kanak-kanak. Kat dinding ada lukisan Mickey Mouse dengan Minnie Mouse. Tergantung kat atas kepala aku, Nemo...kat hujung katil pulak ada Pluto! Katil-katil yang lain, Mak-Bapak datang melawat anak-anak, tapi katil aku, anak-anak datang melawat Bapak! Heh.....

8 ulasan:

VimmiYasmin berkata...

Uncle
iskkk...dok wad kanak2. Meriah tuh !! hahahhahaha

dekat sangat dah uncle ngan rumah saya. korner kanan masuk pandan jaya dah dekat rumah saya.

shamelin lepak kat Pudu Ulu Park ke? Yg sebelah PGRM tuh.

Iskk iskkk bila nak jumpa uncle ni???

Buatlah BBQ party cepat!! he he he

Uncle berkata...

Dear Vimmy.
Memang betul. Ulu Park tu sebelah PGRM...Pandan Jaya? Kat belah mana? BBQ Party? Hheh3....

Uncle

perantau.tt berkata...

huhuh Hepi belated birthday Uncle.. got quot from Saeed.. heh dapat 570 tuk City View.. wondering kalau leh dapat harga tu tuk Haram View.. :) btw we r going on 12..feb then 15 pi madinah.. doakan kami selamat perjalanan sume yer

Hafitah berkata...

Dear Uncle,

happy birthday to you!

Uncle berkata...

Dear PTT.

For Haram View the price is more than SR850. March ni occupancy dah start 70%!

Doakan kawan-kawan sudah mesti...insyAllah niat yang ikhlas, perjalanan akan selamat...regards to En. Hisyammudin.

Uncle

Uncle berkata...

Dear Fitah.

Thanks for the birthday wish. Uncle tak rasa langsung dah 41. Rasa-rasa macam 14 jugak tapi tak ingat pulak masa 14 dulu sakit lutut!

Uncle

Qasyah berkata...

Happi birdday Uncle...

41 is just a number... yang penting you sihat dan happi

warm regards.

p/s.. cepat cepat ler balik KSA... windu lar.. kekeke

Uncle berkata...

Exactly...you are 100% right. Tak pernah rasa tua pulak cuma rambut tambah putih...ni kira macam cerita "Benjamin Button" la ni...

Balik Mekah tu insyAllah once semua dah settle dan my mum gets better, I'll definitely go back asap.

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...