Isnin, Februari 02, 2009

Happy 11th Birthday







31 Januari ialah hari lahir Abang. Cepatnya masa berlalu. Abang dah sebelas tahun. Abang membesar depan mata aku..dari masa dia lahir sampailah ke hari ni. Aku tengok banyak sudah perubahan Abang. Dari baby yang comel (macam aku dulu!) sampailah sekarang dah jadi seorang budak yang handsome (pun sama macam aku dulu!)heh3...suara Abang dah berubah, dah pandai dengar lagu kat MP3 aku, dah tak nak mandi dengan Yuya, dah pandai jaga Marina, dah pandai buang baju merata-rata lepas balik sekolah (eh, macam aku jugak dulu!)....Abang tak suka sikat rambut sebab dia suka style budak-budak Jepun yang tak sikat rambut pergi sekolah, pulak dah....so Byrlcream aku pun selamat lah....aku masa time sekolah dulu pakai "Tancho" ala...minyak rambut yang bau busuk tu, then seminggu tak payah sikat rambut sebab dah terlampau keras. Kalau gunting rambut kat mamak, mesti mamak bising sebab dia kena spray air banyak-banyak!

Aku tanya Abang, dia nak apa untuk birthday dia, dia cakap nak baju sukan Adidas @ track top. Ala sekarang kan budak-budak pakai jalan-jalan...tapi aku belikan yang boleh pakai pergi training. So lepas main bola dia boleh pakai. Tapi Abang pakai masa tengok wayang "Inkheart" then "Sifu & Tongga!"!

Aku tengok Abang ni seorang yang pendiam. Tak banyak cakap. Tapi I bet dia ramai peminat kat sekolah...heh3...(eh, sama lah...). Hari tu Yuya cakap, "Papa, tadi dalam bas ada budak perempuan cakap kat Yuya, saya suka Abang awak!" Huh? Baru 11 tahun? Ala...aku dulu pun macam tu jugak, budak-budak...suka-suka cakap...aku tak kesah pun. Aku sengih kat Yuya. Yuya sengih kat aku! "Yuya tak ada orang suka ke?" aku tanya. Yuya jawap balik, "Tak nak cakaplah dengan Papa" heh3....anak Bapak! Aku dengan Aunty ada jugak bercerita pasal benda ni dengan Aunty. We believe that this is just a "development process" in which we are not going to take it seriously but still under pemantauan yang ketat! That's for sure! Hari tu Aunty cakap Abang ada try shaver aku. Aisehman...aku lupa la nak ajar dia macamana nak pakai. Aku takut besok hilang bibir atas! Abang dah tak suka pakai baju with cartoon character. Malu dia kata.

So last few days aku pergi kat Secret Recipe (buy Malaysian!) yang kat belakang rumah. Memang convenient rumah aku ni...panggung wayang MBO dekat, bus station dekat, LRT station dekat, roti canai nasi lemak dekat dan yang penting kedai motor dekat sebab last week tayar aku bocor! Beli satu kek kat abang. Balik rumah, dengan muka tak mandi, kami potong kek untuk Abang. Horey-horey...mama pun ada sekali makan kek. Nyum..nyum..naik 1.5 kilo!

Satu gambar yang aku attachedkan tu, masa aku nak ambik Abang dengan Yuya habis training bola dengan YFA. Kat pavillion tu penuh mak-bapak tunggu anak-anak habis training. Semangat betul semua tak kira panas ke hujan..then satu lagi pulak, Marina. Siap pakai stokin nak pergi ambik Abang. Bawak pulak "nyiow-nyiow". Since baru lepas hujan, Marina takut "nyiow-nyiow" dia sejuk, so dia bawak handkerchief untuk dia selimutkan "nyiow-nyiow" kalau sejuk. Lepas tu bawak beg galas pulak. alahai...anak perempuan aku....nanti umur 11 tahun macamana ni? Anyway, to Abang, "Otanjyobi omedetoo ne" . I love you so much and in fact I love all of you so much! Mmmuah.....

2 ulasan:

PINATBATE berkata...

Selamat hari lahir untuk Abang, semuga sentiasa ceria dan mencapai segala cita-cita Abang..

Cute jer Marina dgn nyiow-nyiow dia tu..

Uncle berkata...

Thanks Pinat.

Eh Uncle pun cute jugak kalau pegang "nyiow-nyiow!" Heh3...

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...