Isnin, Februari 23, 2009

Islamic Exhibition at PWTC

(Another fellow blogger...Vimmy Yasmin, Chef Farid dengan Charlies Angels...very cute! Aku Tom Bosley. Heh3...)

(Aku dengan Kabir Amir. Kami dah kenal lebih dari 10 tahun. Aku pakai tie Sdar Old boys tu..janji tak tahu!)

(Tag aku dengan teh ais aku..tangan kat tepi tu tangan sponsor!)

(Aku kat booth aku. Yang jambang tu GM aku kat sana. Saud Rwaily dari Saudi)

Hari Khamis lepas aku dah pergi PWTC. Bukan nak tengok concert ke attend perhimpunan UMNO ke tapi attend exhibition on hajj and umrah. Sampai-sampai kat level 3 wah meriah.....apa pun tak ada...ada la 2-3 kerat orang yang jaga hall tu. Tapi bila tengok exhibition on innovation kat level 2 wah...grand habis...anyway, aku dll terus pergi booth kami yang nombor 6 tu. Set-up sana set-up sini...taruk table cloth sikit kasi pakai skirt sikit..letak gummies sikit...hantam bunting sana-sini, brochures, business card tabur sikit-sikit kat meja, wah...ok jugak ni...

Lepas tu kami balik dan janji nak jumpa esok pukul 9 pagi. Semua datang right on time dan kami apa lagi...pekena teyy dulu kat Riverside Cafe kat bawah tu. Mak datuk ramai nya orang...semuanya dok cerita juta-juta...aku jadi kecut dengar...insyAllah kalau niat suci murni akan jadilah gamaknya..Dalam dok pekena tey tu aku teringat pulak last sekali aku datang PWTC masa tengok David Copperfield tahun 1982 ka 1983, aku pun dah lupa. Kak Lit aku kerja kat NST masa tu and since NST was the co-sponsor, KL dapat discounted ticket yang aku tumpang dua-dua belah kaki..Masa tu aku ingat lagi seluar style "carrot cut" ala....cutting yang macam carrot tu...atas besar then bawah kecik...nak masukkan kaki mahu sampai setengah jam sebab kaki seluar terlampau kecik..heh3...(btw, aku buat seluar tu kat Sungai Wang, kedai tepi Famous Amos! Sekarang dah takde..)tali pinggang mesti yang kecik halus...habis satu rumah Kak Anne aku cari tak jumpa. Last-last pakai tali pinggang KL yang aku jumpa dalam almari! Halus giler!!! Ingat tak dulu ada bomoh nak lawan terror dengan David Copperfield. Siap masuk paper. Siap cakap DC bela jin...heh3...aku gelak sampai guling-guling...namapun dah "illutionist"... Show memang number one in the world! I like....

Okay, masa Sat tu aku dah dapat message dari Vimmy saying that she'll be going with the whole family. Yeay....aku tunggu. Memang betul dia datang the whole family. Peramah, periang and very the polite. Oh yes...Chef Farid pun sama and the 3 princessses....Chef, lain kali bawak la kuey teow ka..laksa ka.. baru syok sembang! Heh3...Aku bet CF memang terror dalam bab Malay Food ni..background pun solid. Anyway thanks to Vimmy and family for visiting me at the booth. Kalau plan nak pergi Mekah bagitahu yea Vimmy..

3 hari aku berkampung kat PWTC over the weekend. Ada sekali aku pergi sekejap kat Yaohan jalan-jalan. Then aku nampak Kenny Rogers kat situ. Aku teringat pulak kat "40Carrots Restaurant" yang sekarang dah jadi Kenny Rogers. Aku jadi waiter kat situ. Cari duit. Kadang-kadang aku kena tolong Cili Padi Thai Restaurant sebab under satu management. Seronok sebab Cili Padi ada fashion show selalu...mmmmmm... Manager aku masa tu nama dia Aziz. Ada sekali tu aku tertanya kat Aziz. "En Aziz, berapa sebulan gaji you?" Dia jawap kat aku "RM1200.." aku pun yang gaji RM300 cakap, "Wow...banyaknya...mesti best kan..." so sepanjang perjalanan dalam mini bus warna kuning nombor 12 untuk balik SS2 aku pun terbayanglah apa aku nak buat dengan gaji yang banyak macam tu kalau dapat....mmmmmm

8 ulasan:

PINATBATE berkata...

Salam uncle..
amboi!jeles lah saya dgn uncle dan Vimmy !tak boleh jadi ni...;)

Kuey-san berkata...

RM1200 zaman paleolitik/mesolitik/neolitik.. mmg kira mewah la uncle.


hehehe~


tp, zaman dunia nak terbalik nih, RM1200... celah gigi aje la uncle. nak2 pulak kalo dok kat kl.


=)

siti berkata...

ala dah abis uncle?..takdan nk pi tgk :(

Uncle berkata...

Dear Pinat.

Uncle memang happy giler dapat jumpa Vimmy, ChefFarid and their angels....cuma tak sempat nak introduce Aunty je...next time ok!

Uncle

Uncle berkata...

Dear Kuey san.

How time flies...1975 Uncle bawak 20 sen pergi sekolah...tsk...tsk...tapi Uncle seronok kalau kenang-kenangkan balik...

Uncle

Uncle berkata...

Dear Siti...

eleh...eleh...eleh... dah habeh dah pon...malam tu jugak depa buat My Starz LG final show....

Uncle

siti berkata...

woh, org penang dpt nombot 2 kan uncle?..

Uncle berkata...

Ya ka? Oleh sebab siang tu Uncle terlampau busy body, malam tu Uncle tak tengok pun LG tu. Budak Penang? Ishy3...budak-budak Penang memang berbakat sunggoh...kena pulak kalau budak Gelugorg!

Aku Budak Gelugorg vs Aku Budak Minang!

Reunion

Awal 20an Tak putus-putus 'reunion' datang dan pergi. Seperti yang selalu berlaku, sewaktu aku lepas sekolah/universiti dulu, top...